Wednesday, June 30, 2010

Jambatan Bengkok

1) Isu jambatan bengkok kembali bergema apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor bertitah agar kerajaan persekutuan menghidupkan kembali jambatan bengkok yang telah dibatalkan oleh kerajaan ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu. Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

2) Aku percaya pandangan Tun Dr. M tersebut bukan bertujuan untuk membalas dendam atau memalukan Pak Lah. Tindakan tersebut dibuat kerana Tun Dr. M dapat melihat kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh Malaysia dan rakyat Johor khususnya jika projek jambatan tersebut dihidupkan kembali.

3) Aku percaya ramai di kalangan kita sedar tentang peluang dan keuntungan yang bakal diperolehi secara langsung atau tidak langsung hasil daripada pembinaan jambatan tersebut, yang juga dapat meningkatkan kadar persaingan Malaysia dalam menarik pelabur - pelabur asing ke Malaysia. Malah, Malaysia juga akan mendapat manfaat dari faktor alam sekitar.

4) Aku menyokong penuh saranan Tun Dr. Mahathir tersebut, malah Datuk Seri Najib Tun Razak harus mempertimbangkan saranan tersebut secara serius kerana aku percaya ramai rakyat Malaysia tidak setuju dengan pembatalan projek jambatan tersebut oleh kerajaan Malaysia terdahulu. Malah parti MCA juga meyokong penuh saranan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir, sila klik di sini.  

5) Pada aku, hanya satu saja alasan yang boleh diberikan oleh Datuk Seri Najib, iaitu terdapat perjanjian rahsia diantara beliau dengan Pak Lah jika beliau ingin menjadi PM Malaysia dengan menggantikan Pak Lah, iaitu dengan mengekalkan keputusan pembatalan projek tersebut.

6) Jika sebaliknya, beliau merupakan PM Malaysia yang prihatin dan mendengarkan pandangan rakyat, aku pasti beliau akan memberi pertimbangan sewajarnya untuk kembali menghidupkan projek jambatan bengkok tersebut, malah ianya pasti akan meningkatkan populariti beliau sebagai PM Malaysia.

7) Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jika projek tersebut dihidupkan kembali, kita akan berpeluang menyaksikan lakonan badut - badut sarkas para menteri - menteri kabinet dahulu yang masih berada dalam kabinet kerajaan sekarang, mahupun yang sudah bersara atau digugurkan yang suatu ketika menyokong keputusan kerajaan terdahulu berhubung pembatalan projek tersebut. Aku pasti para menteri - menteri tersebut akan berpeluh dalam melakonkan sandiwara serta akan terpaksa melakonkan aksi - aksi panas dalam meyokong keputusan kerajaan. Sama - samalah kita saksikan babak - babak dan adegan panas para menteri - menteri tersebut. Untuk itu, marilah kita bersama - sama mendoakan agar kerajaan memberi pertimbangan serius dan akhirnya kembali menghidupkan projek jambatan tersebut, Insyaallah.             

No comments:

Post a Comment