Friday, May 25, 2012

Good News to Malaysian Football

1) Clearly it was a good news to Malaysian football when our national youngster Nazmi Faiz Mansor become the first Malaysian to play in European top league. His agent has confirmed the deal that Nazmi has signed 3 year contract with Biera Mar's of Portuguese.

2) As I always firmly believe, in order to step-up our national football level, we need to send our national player abroad, notably in European leagues. We can't rely anymore to our national football league since the level of competency is not even as high as J-League or Korean League. I do believe that one of the key success of Japanese and Korean football is that when they sent their players to play in major European leagues. The experience they had these players will benefit their countries significantly when they are competing in the international level. Therefore Japan and Korean especially never fail to qualify in world cup since 1982.

3) It has been many decades that our national football plunge in the doldrums. Surely this news could become a turning point to our national football out of stagnation and ranked national football team at higher place. I do hope this achievement would bridge a road to the other young talented national players in following the same footstep casted by Nazmi Faiz Mansor.

4) Since 1985 our national football team never won any major tournament except 1989 SEA Games. It took 21 years for our national football team to won the international competition, when our Malayan Tiger team won Suzuki cup in 2010.

5) The stagnation of our national football team could be partly blamed to FAM due to its lack of long terms talent breeding. We have seen many projects has been carried-out by FAM. Starting from Semi Pro, Professional league, bring in imported players etc, none of its bear fruitful. Its only recently, we could see some progress has been made, and Suzuki cup 2010 is the testament of hard works and long terms plan that being carry-out by FAM, fingers crossed I wish it could be maintained.

6) FAM also one of national football association that cannot be criticized. Anyone including FAM official who dares to criticize openly must be ready to received severe punishment. The most recent case is FAM vice president Tan Sri Annuar Musa who received 3 years suspension by FAM for openly criticizing our national football team. Before this, Raja Ahmad and Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil did received the same fate.

7) This barbaric law imposed by FAM will befall to anyone including some of good officials that has a honest view and good idea to ascending our national football level. Unfortunately, these officials has been kick-out from FAM due to feudalistic behaviour of some of  their top officials.

8) I am pretty sure all Malaysian love their national football team. Otherwise, they would not coming to stadium every time our national football team play. This huge support was obviously seen during Suzuki cup 2010. Even my own brother willing to come all the way from Kedah to see for the first time our national football team play in the final Suzuki cup 2010 in Bukit Jalil stadium.             

Wednesday, May 16, 2012

BBC Hard Talk




1) Earlier on, I was seeing BBC Hard Talk with Tun Dr. Mahathir over You Tube. Seeing how heat debate took place between Stephen Sackur and Tun Dr. Mahathir. And later discovered that Anwar Ibrahim have the same either.

2) As usual he was very sharp in his argument and has no slight hesitation in revealing his notions. Unlike Anwar Ibrahim as you can see above, there were several occasions, Stephen Sackur was forced to ascertain, especially during early debate. Still he did not giving his definite answer in one of those occasions. Its probably due to he trying to obscure the truth that could cause retaliation against him.

3) Below are the videos with Dr. Mahathir for you to evaluate. Sometimes it is not too hard to find the truth, its just needs our mind sharpness, deep understanding about the whole issues and have a clear mindset and not being preconceive.



  

Monday, May 14, 2012

Zam - Akhirnya Mahathir Tegur Marina


Aku mengambil keputusan untuk menyiar kembali artikel yang ditulis oleh Zainuddin Maidin mengenai teguran yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir terhadap anaknya Marina Mahathir dalam artikel beliau di dalam akhbar The Star baru - baru ini. 

Teguran yang dibuat ekoran artikel Marina Mahathir dalam The Star yang jelas berat sebelah, tidak berpijak di bumi yang nyata dan malah prejudis. Jelas ia tidak memperlihatkan kematangan pemikiran yang seharusnya terdapat pada diri beliau.

Secara jujurnya, aku amat bersetuju sekali dengan pandangan Zam. Malah pendirian ini haruslah dinyatakan secara terbuka dan lebih berani sejak dari awal lagi agar golongan ini sedar bahawa mereka bukan berpijak di bumi yang nyata. Sebaliknya mereka masih lagi dibelengu oleh dunia khayalan elitis dan keegoan masing - masing. 

Akhirnya Mahathir tegur Marina

TIDAK semestinya bapa borek anak rintik. Marina, anak perempuan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeleweng dari ident iti bapanya dalam aliran pemikiran atau pendirian sosio politiknya yang terserlah dari aktiviti dan penulisannya tetapi mereka yang merasa tidak senang tidak memberikan reaksi terbuka kerana menghormati Mahathir.
Secara diam-diam orang memperkatakannya dan Mahathir tentu menyedarinya.

Marina memperkenalkan dirinya sebaris dengan penulis-penulis ejen globalisasi lainnya yang terdiri dari Azmi Sharom, Karim Raslan, Tunku Abidin Muhriz .Mereka adalah kolumnis kepada akhbar The Star dan menjadi star kepada akhbar The Star sebagai wira Melayu dalam perjuangan untuk menegakkan liberalisme Barat di Malaysia.
Dengan keyakinan dalam perjuangan berani bagi dunia baru ini maka mereka terlihat sebagai wira kebebasan dan demokrasi sekalipun tulisan mereka terikat dengan sentimen, fanatik dan terpimpin oleh liberalisme Barat. Malangnya tulisan mereka tidak ramai dibaca oleh orang Melayu maka tidak banyak timbul kontroversi.

Mereka ini adalah setaraf dengan penulis dan wartawan-wartawan Utusan Melayu sebelum tahun 1961 iaitu sebelum UMNO mengambilalih Utusan Melayu yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang kebebasan dan mempertahankan kebebasan akhbar tetapi sebenarnya berjuang untuk imperialisme Melayu Raya yang dijuarai oleh Indonesia dan dibiayai oleh Comintern ( Komunis Antarabangsa) dalam masa Perang Dingin.

Di zaman Perang Dingin, mereka ini akan dianggap oleh pihak komunis sebagai imperialisme atau kapitalisme tetapi dalam keadaan dunia yang berada dalam kuasa unipolar, mereka adalah wira kepada konsep globalisasi Barat. Mereka tenggelam dalam kebanggaan ini dan tidak dapat melihat dunia lain lagi.
Tulisan-tulisan mereka yang selalunya bersifat protes tidak berasaskan kepada fakta yang benar tetapi ilusi keyakinan dan prejudis yang tidak diimbangi oleh fahaman akar umbi dan sejarah tanah air kerana mereka adalah anak golongan elit.

Umpamanya tulisan Karim Raslan dalam The Star 8 Mei 2012 menampakkan beliau terpesona dengan Dahlan Iskandar, Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia yang popular sebagai pemimpin berteraskan akar umbi yang senang bergaul dengan rakyat bawahan dan tidak meninggi diri untuk dijadikan contoh kepimpinan politik Malaysia.
Sekali gus ia memberikan gambaran kepada pembaca-pembacanya seolah Malaysia tidak mempunyai kualiti
kepimpinan yang sedemikian sebaliknya mereka yang telah melalui sejarah negara ini menyedari bahawa dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Dr. Mahathir hingga kepada Najib adalah golongan elit dan feudal yang turun ke bawah. Tidak semua anak golongan elit yang berada di awang-awangan sehingga tidak dapat melihat kekuatan sendiri.
Ini hanyalah suatu contoh dari tulisan Karim dan banyak lagi tulisannya yang mengukur kepimpinan Malaysia dari segi elitismenya.

Tunku Abidin Muhriz dalam suatu tulisannya menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang lalu telah menganggap orang UMNO sebagai lintah tetapi berikutan dengan reaksi marah orang Melayu atas tulisannya yang melulu dan bersifat prejudis itu maka sesiapa yang terus mengikuti tulisannya akan menyedari bahawa beliau sedang belajar untuk menjadi rasional dan mengurangkan keegoannya.

Sesiapa yang mengikuti kolum Marina Mahathir bila membaca satu dua para awal sahaja bagi tiap tulisannya maka kita sudah mengetahui alirannya yang bersifat protes dan berat sebelah dan lebih bertujuan untuk memperkuatkan identitinya sebagai terasing dari pendirian bapanya. Kita tidak perlu membaca tulisannya hingga ke akhir kerana konklusinya dapat dijangka sama sahaja.

Tulisannya yang terkini di The Star 9 Mei 2012 mengenai Bersih 3.0 cuba untuk menampakkan pandangannya yang seimbang tetapi pada akhirnya nyatalah dia lebih berat untuk menyalahkan polis yang mencabar kesabaran toleransi bapanya Mahathir dari terus berdiam diri. Beliau memberikan gambaran seolah-olah polis yang bertindak ganas dengan adanya bukti 65 orang awam tercedera sedangkan hanya dua orang anggota polis cedera.

Dalam suratnya kepada The Star pada 10 Mei 2012, Mahathir menolak dakwaan anaknya itu dengan penjelasan " Ramai yang tercedera bukan dipukul oleh polis. Demonstran juga menyerang orang awam yang mereka fikirkan memerhati dan merakamkan apa yang sedang berlaku. “Dan terdapat samseng-samseng yang dilatih khusus dari Pas yang memakai baju merah yang tugas mereka adalah untuk menggunakan kekerasan" Mahathir berkata Marina yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tidak tercedera kerana dia tidak cuba untuk memecahkan sekatan yang diletakan oleh pihak berkuasa. Kiranya semua demonstran mencontohinya maka tidak ada seorang pun yang akan tercedera. Mahathir juga berkata Marina tentunya mengetahui bahawa di tempat lain sekatan telah dibuang , cermin kereta polis diketuk dan dipecahkan dan kereta diterbalikkan.

Jika tidak silap saya inilah pertama kalinya Mahathir membetulkan fahaman anak yang keliru dan mungkin mengelirukan orang ramai dengan tujuan untuk memperlihatkan diri sebagai ejen globalisasi dan mahu terbilang sebagai salah seorang jaguh perjuangan kemanusiaan, kebebasan dan demokrasi di Malaysia.
Walaupun Marina diketahui telah menyekutukan dirinya dengan mereka yang mahukan keadilan kepada golongan LGBT dengan mengenepikan nilai-nilai murni tempatan tetapi Mahathir yang diketahui penentang keras perkahwinan sejenis dan menyingkirkan Anwar dari kepimpinan UMNO kerana memiliki kesukaan sejenis, tidak pernah menegur Marina sebelum ini. Mungkin Mahathir merasakan bahawa beliau tidak harus membiarkan lagi anaknya apabila sampai kepada peringkat usaha mengikis kredibiliti pihak polis dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap tonggak utama negara ini.

Dengan teguran Mahathir terhadap Marina maka pihak tertentu tidak seharusnya memikirkan lagi bahawa Mahathir telah membiarkan anaknya menumpang pengaruhnya untuk meneruskan perjuangan untuk liberalisme Barat dalam hal-hal yang bertentangan dengan nilai tempatan. Marina tidak mempunyai kekuatan pengaruhnya sendiri tetapi bergantung kepada kemasyhuran bapanya, penyelewengan dari identiti bapanya telah dieksploitasi atau dipinjam oleh parti-parti pembangkang untuk meningkatkan moral mereka tanpa kerelaan Marina sendiri.

Bagaimanapun Marina tidaklah sama bahayanya kepada bangsa dan negara seperti Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz yang pengaruh kepimpinan agamanya mengelirukan pemimpin-pemimpin Pas dan ahlinya untuk menerima seorang yang didakwa penzina dan homoseksual sebagai pemimpin mereka dan juga sebagai bakal pemimpin negara.

Thursday, April 26, 2012

Drive It To Believe It



1) I have to admit I haven't test this car yet. But looking from Tun Dr. Mahathir face and enthusiasm speech by the Proton MD and his team, there are full of confidences given to this new model Preve by the Proton staffs itself. Looking at most of Malays who took in-charged for development of this car really make me proud. Proton has proved that Malay has capabilities to design and manufacture highly technological engineering intricacies. This is a true reflection of Malaysia Boleh and Malay Boleh.

2) Now its up to customers to judge. Probably this is a mirror reflection to prove that Proton also capable to design and manufacture not only a cheap car at minimal specs but  also capable to design and manufacture a car that have same specs and performance with their foreign counterparts. I hope our Malaysian people would use their wise wisdom to judge this car, and throw away any bad sentiment lingering in their minds. Hopefully they will judge with sense of maturity and wisdom.

3) To certain people, Proton possibly is just a CAR, there were no significant importance and pride to all Malaysian, Proton is same with other car i.e. Toyota, Honda, Hyundai or other continental car. Maybe Proton is a burden to the public for causing foreign imported car very expensive. Or even Proton is just a "besi buruk" [scrapped metal] on the road.

4) It would not be surprised to hear any commenter's bitching and moaning about same old story of Proton power window, rusted roof, low quality bumper etc. They will bitching and moaning until Proton failed one day, and will blame to the government for wasting public money. There will always wrong to the governments even if it was right.

Tuesday, April 17, 2012

Sekadar Renungan

1) Kemampuan berfikir tidak hanya tertakluk kepada keluasan ilmu yang dicapai. Kita sering mampu berdiskusi dan berdebat dalam isu - isu yang kita ketahui. Tetapi soalnya, adakah kita mampu melihat sesuatu perkara tersebut dari luar topik yang dibicarakan?

2) Jika kita berbicara dan berdiskusi dalam berbagai topik termasuklah hudud sekali pun. Tetapi adakah kita mampu melihat dari sudut praktikalitinya? Seorang yang telah memimpin negara selama 22 tahun berdiskusi dan berdebat dengan seorang pelajar yang baru berumur 23 tahun yang hanya nampak dalam ruang lingkup teorinya sahaja, tentulah amat berbeza sekali pandangan masing - masing.

3) Dari satu sudut yang terlalu berteori, sehinggakan ternampak kekhilafannya, sehinggakan sanggup dan berani mendakwa terdapat surah Al-Quran yang telah dimansuhkan tetapi masih boleh dibaca iaitu baca tanpa terima. Inilah yang dinamakan kegagalan berfikir yang terlalu berpaksikan hukum - hukum yang dirumuskan dalam hadis yang akhirnya telah menidakkan yang haq atau benar.

4) Mungkin ia disebabkan oleh ketaksuban kita terhadap hadis lalu menidakkan asas Islam itu sendiri yang bersandarkan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan barulah diikuti oleh hadis sohih.

5) Inilah polemik yang sering melanda di kalangan pelajar - pelajar institusi pengajian tinggi, yang hanya nampak teorinya sahaja tanpa melihat dari sudut praktikalitinya. Pandangan dari sudut praktikaliti memerlukan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman serta kemampuan melihat dari sudut luar lingkupnya.

6) Sebagai contoh apabila serangan matawang melanda negara dan rantau Asia pada tahun 1997. Malaysia telah mengambil tindakan "unorthodox" dengan mengambil keputusan mengikat matawang Ringgit dengan US Dolar, membekukan matawang Ringgit di akaun luar pesisir oleh rakyat asing dan "twelve- month rule" yang menghalang penghantaran balik dana.

7) Perlaksanaan polisi tersebut telah dilaksanakan oleh seorang "medical doctor" yang jelas tiada latar belakang akauntasi mahupun ekonomi. Malah polisi tersebut telah berjaya dilaksanakan dan telah diakui oleh dunia termasuklah IMF yang sebelum itu jelas menentang perlaksanaannya.

8) Inilah yang dikatakan kemampuan berfikir yang melihat dari ruang lingkup yang lebih luas yang tidak hanya melihat dari satu sudut sahaja. Pada ketika dunia tanpa sempadan yang menuntut kita agar melihat, berfikir dan menganalisa sesuatu perkara secara lebih holistik agar dapat diadaptasikan secara menyeluruh dan praktikal bersesuaian dengan keadaan semasa. Inilah zaman tanpa sempadan yang menuntut pemikiran yang progresif dan praktikal.

9) Begitulah juga bila mana terdapat seorang sahabat yang bukan hanya berpengetahuan dalam bidang agama Islam hatta dalam bidang katolik sekali pun. Justeru dapatlah dilihat keindahan Islam itu dari sudut pandangan luar yang sering kali bertentangan. Lalu dapat dimengertikan apakah itu Iman dan apakah itu Islam.

10) Bila mana ketika ini terdapat begitu ramai yang ketagihan agama, sering aja menyuarakan ketagihan masing - masing di laman web, blog dan sosial media. Agar semua orang dapat melihat ketinggian ilmu Islam masing - masing, sedangkan Islam itu mengajar umatnya agar tidak menunjuk - nunjuk atau riak hatta dalam agama sekalipun. Kerana Islam itu bergerak seiringan iman, jika iman itu tinggi, secara tak langsung nilai - nilai Islam itu akan terpancul, maka timbullah sikap tawaduk, tawakal, zuhud dan soleh.

11) Jadi tak perlulah kita bermegah - megah menunjukkan keIslaman diri dengan berpakaian dan beserban agar diri dikenali sebagai seorang Islam yang hebat dan menunaikan ajaran yang wajib serta yang sunat agar diri dikenali sebagai soleh. Kerana soleh, tawaduk, tawakal dan zuhud itu datangnya daripada cahaya iman.

12) Islam dan iman itu bukannya terletak pada pada kulit dan rupa tetapi jiwa dan amalan kita yang akan menentukan keislaman kita, Wallahualam. 

Saturday, February 25, 2012

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

1) Kita sering mendengar orang menyebut, "sabar itu separuh daripada iman". Persoalannya adakah kita faham dengan maksud "sabar itu separuh daripada iman"? Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu mengetahui maksud iman dan sabar itu. Iman bermaksud, percaya dan yakin bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan semesta alam yang mencipta dan menentukan hukum-hakam seperti yang terdapat dalam sains kejadian alam yang di dalamnya terdapat maksud "kenapa" yang bukan hanya "bagaimana". Manakala kita juga harus yakin dan percaya Nabi SAW itu pesuruh Allah, dan harus mengakui dan mengikuti setiap ajarannya. Sabar pula bermaksud tidak cepat marah dan putus asa, kuat menghadapi sesuatu cabaran dan rintangan, juga tidak terburu - buru atau tidak terkejar - kejar, tidak mudah berasa risau dan tidak gopoh ketika membuat sesuatu.

2) Seperti yang telah dinyatakan dalam Bohong Sunat, kisah Nabi Musa menuntut ilmu dari Nabi Khaidir seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah Al Kahfi. Sesungguhnya Nabi Khaidir telah menyatakan kepada Nabi Musa bahawa engkau tidak akan dapat bersabar bersama ku. Dan bagaimana engkau  akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?. Pada firasat aku, apa yang cuba disampaikan oleh Allah SWT melalui surah ini ialah tentang erti sabar dalam mencari kebenaran yang hakikat. Kerana kebenaran itu tidak datang serta-merta, ianya memerlukan kesabaran dan masa sebelum dapat dirungkaikan. Inilah yang berlaku kepada Nabi Musa yang jelas tawaduk dan rendah diri menuruti perintah Allah untuk belajar daripada Nabi Khaidir yang tidak pun tergolong di kalangan 25 rasul yang harus dipercayai oleh orang Islam.

3) Surah Al Kahfi juga boleh dijadikan pedoman kepada kita tentang tingginya nilai sabar itu sehinggakan boleh ditakrifkan "separuh daripada iman". Iman itu adalah kebenaran, kebenaran itu memerlukan kesabaran oleh setiap manusia untuk mencapainya. Sabar itu mengajar menusia mengawal hawa nafsu kerana hawa nafsu itu adalah punca segala kemungkaran. Jika Nabi Musa tidak sabar terhadap Nabi Khaidir, beliau akan beranggapan Nabi Khaidir telah melakukan kesalahan, sedangkan Nabi Khaidir dan Allah SWT mengetahui dengan jelas hakikat perbuatan beliau itu.

4) Jika kita mengikut perasaan marah kita terhadap Dr. Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim pada 1998, tanpa bersabar mencari kebenaran yang hakikat yang sudah tentu Malaysia  ketika ini sudah berada dalam telunjuk Amerika Syarikat, orang Melayu hilang hak istimewanya dan selama-lamanya kita akan dijajah. Semuanya ini adalah kerana kita tidak sabar dalam mencari kebenaran dan terlalu mengikut perasaan tanpa berpaksikan pemikiran yang rasional. Percayalah kebenaran itu sukar dicapai, ia sering menuntut kesabaran, kerana kebenaran itu bersifat kekal. Sebaliknya kemungkaran itu mudah dicapai tetapi ianya bersifat sementara.

5) Malah Rasulullah SAW dalam perjuangan baginda menyebarkan syiar Islam di bumi Mekah, telah berhijrah ke Madinah, sanggup mengorbankan segala-galanya yang telah dicapai di bumi Mekah yang juga merupakan tempat baginda dilahirkan. Baginda sabar dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, sabar menuruti perintah Allah SWT agar berhijrah ke Madinah, dimana syiar Islam itu lebih efektif dilaksanakan dari luar Mekah.  

6) Iman itu juga merupakan kebenaran, kebenaran itu datang daripada Allah SAW, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari manusia itu sendiri atau syaitan. Maka apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah kebenaran, iaitu kebenaran yang hakikat, yang bersifat kekal, yang sering kita lupa. Kita pula sering melihat Islam itu dari satu sudut sahaja [yang disukai], sedangkan suka itu adalah mainan perasaan yang belum pasti lagi benar. Malah kita sering gagal melihat dari sudut yang menyeluruh, yang hanya melihat dari ranting - rantingnya, sedangkan akarnya yang merupakan paksi kepada Islam itu dilupakan.

7) Iman @ kebenaran itu juga pahit, sepahit ubat yang sukar ditelan, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit, sebab itu kita perlu sabar menelan ubat yang pahit tersebut kerana ia boleh menyembuhkan penyakit. Ianya tak semanis gula, yang sedap dimakan atau diminum, tetapi bisa menyebabkan manusia terkencing manis.

8) Percayalah yang manis itu sering bersifat sementara yang mudah didapati, sering menyebabkan kita terpegun dan kagum dengan keunikannya dan kesedapannya. Lambat laun ia bakal merosakkan diri. Manakala pahit itu pula amat sukar ditelan, dan sering menuntut kesabaran, yang akhirnya bakal mengembalikan dan mengekalkan kesihatan sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

9) Atas dasar inilah aku beranggapan "sabar itu separuh daripada iman" amat relevan dalam ajaran Islam. Kalau kita percaya dan berpegang teguh terhadap prinsip ini dan percaya kepada "Qada dan Qadar", kita akan "Reda" serta sabar terhadap setiap "Qada dan Qadar" yang menimpa diri. Kerana "Qada dan Qadar" itu adalah ujian daripada Allah SWT, jika kita sabar dan reda dalam menempuhinya, ia bakal meningkatkan iman kita terhadap Allah SWT.

* P/S : Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi ku, malah tidak berniat sama sekali untuk aku memberi nafas baru atau menentukan satu hukum baru dalam Islam. Oleh itu aku ingin memohon maaf terlebih dahulu jika terdapat kekhilafan hasil dari kedangkalan diri sendiri, kerana yang salah itu datangnya daripada diriku sendiri, manakala yang baik dan benar itu datangnya daripada Allah SWT.          

Sunday, January 29, 2012

Bohong Sunat

1) Bohong seperti yang disyariatkan adalah "haram", dan dilarang oleh Islam. Terdapat banyak kesan tidak baik bakal berlaku akibat dari perbuatan bohong. Selalunya perbuatan bohong berniat tidak baik.

2) Bagaimanakah pula halnya perbuatan bohong tetapi berniat baik? Atau boleh disimpulkan "matlamat menghalalkan cara" atau "bohong sunat". Matlamat menghalalkan cara juga telah disyariatkan "haram". Bagaimanakah pula hukumnya perbuatan bohong yang terpaksa? Sebagai contoh, seseorang itu telah berusaha upaya untuk berterus terang, tetapi setiap alasan jujur yang diberi tetap dipandang serong oleh pihak yang mendengarnya, lalu tidak dapat tidak beliau terpaksa berbohong kerana niat beliau sebenarnya baik. Tambahan pula pihak yang mendengar itu, mempunyai pemikiran negatif yang membaluti jiwa dan akal dari mendengar kebenaran. Semuanya berpunca dari perasaan benci, tamak haloba, cemburu, takut, bangga, riak dan tidak suka, lalu beliau telah menutupi diri dari kebenaran, tanpa berpandukan akal yang rasional dan kebijaksanaan yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

3) Allah mengetahui kebenaran yang hakikat, manusia pula sering gagal dalam mencari kebenaran yang hakikat, lalu mereka sering gagal mencapai kebenaran. Akhirnya mereka sering menyokong kemungkaran tanpa mengetahui hakikatnya yang sebenar. Syariat sering kali bertentangan dengan hakikat. Contoh terbaik ialah kisah Nabi Khaidir dengan Nabi Musa, setiap perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Khaidir ternampak kesalahan seperti yang telah disyariatkan, tetapi hakikatnya, adakah ianya salah? Kisah dari surah Al Kahfi ini juga mengajar kita tentang erti sabar [akan dirungkai nanti].

4) Manusia telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT. Malangnya masih terdapat ramai manusia yang gagal menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan. Mereka masih lagi membuat kesimpulan berdasarkan emosi tanpa alasan yang kukuh. Sering kali keputusan yang dibuat berdasarkan perasaan atau emosi, sedangkan emosi dan perasaan itu berpaksikan nafsu yang sering dipandu oleh syaitan. Benarlah apa yang disebut oleh Kassim Ahmad, kebenaran itu datang daripada Allah SWT, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari diri sendiri dan syaitan. Mana mungkin Allah itu gedebe dan mencarut kerana sikap dan perbuatan tersebut hanya datang dari manusia itu sendiri dan syaitan. Maka kita perlulah meminta maaf terhadap setiap insan atas setiap kesalahan yang dilakukan, kerana kesalahan itu adalah hasil dari perbuatan diri sendiri bukannya dari Allah SWT.

5) Jadi perlukah kita berbohong jika situasi kita berada dalam keadaan sedemikian?