1) Bohong seperti yang disyariatkan adalah "haram", dan dilarang oleh Islam. Terdapat banyak kesan tidak baik bakal berlaku akibat dari perbuatan bohong. Selalunya perbuatan bohong berniat tidak baik.
2) Bagaimanakah pula halnya perbuatan bohong tetapi berniat baik? Atau boleh disimpulkan "matlamat menghalalkan cara" atau "bohong sunat". Matlamat menghalalkan cara juga telah disyariatkan "haram". Bagaimanakah pula hukumnya perbuatan bohong yang terpaksa? Sebagai contoh, seseorang itu telah berusaha upaya untuk berterus terang, tetapi setiap alasan jujur yang diberi tetap dipandang serong oleh pihak yang mendengarnya, lalu tidak dapat tidak beliau terpaksa berbohong kerana niat beliau sebenarnya baik. Tambahan pula pihak yang mendengar itu, mempunyai pemikiran negatif yang membaluti jiwa dan akal dari mendengar kebenaran. Semuanya berpunca dari perasaan benci, tamak haloba, cemburu, takut, bangga, riak dan tidak suka, lalu beliau telah menutupi diri dari kebenaran, tanpa berpandukan akal yang rasional dan kebijaksanaan yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
3) Allah mengetahui kebenaran yang hakikat, manusia pula sering gagal dalam mencari kebenaran yang hakikat, lalu mereka sering gagal mencapai kebenaran. Akhirnya mereka sering menyokong kemungkaran tanpa mengetahui hakikatnya yang sebenar. Syariat sering kali bertentangan dengan hakikat. Contoh terbaik ialah kisah Nabi Khaidir dengan Nabi Musa, setiap perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Khaidir ternampak kesalahan seperti yang telah disyariatkan, tetapi hakikatnya, adakah ianya salah? Kisah dari surah Al Kahfi ini juga mengajar kita tentang erti sabar [akan dirungkai nanti].
4) Manusia telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT. Malangnya masih terdapat ramai manusia yang gagal menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan. Mereka masih lagi membuat kesimpulan berdasarkan emosi tanpa alasan yang kukuh. Sering kali keputusan yang dibuat berdasarkan perasaan atau emosi, sedangkan emosi dan perasaan itu berpaksikan nafsu yang sering dipandu oleh syaitan. Benarlah apa yang disebut oleh Kassim Ahmad, kebenaran itu datang daripada Allah SWT, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari diri sendiri dan syaitan. Mana mungkin Allah itu gedebe dan mencarut kerana sikap dan perbuatan tersebut hanya datang dari manusia itu sendiri dan syaitan. Maka kita perlulah meminta maaf terhadap setiap insan atas setiap kesalahan yang dilakukan, kerana kesalahan itu adalah hasil dari perbuatan diri sendiri bukannya dari Allah SWT.
5) Jadi perlukah kita berbohong jika situasi kita berada dalam keadaan sedemikian?
No comments:
Post a Comment