2) Terdapat 3 polemik yang aku ingin kupaskan di sini :-
Pertama :
Apakah hukum menjual tanah wakaf? - Persoalan ini perlu kembali kepada "mutual agreement" diantara pemilik asal tanah wakaf dengan penerima tanah wakaf yakni penjaga amanah wakaf tersebut, apakah yang telah diwakafkan oleh pemilik asal tanah tersebut tidak dapat dipastikan, hanya pihak yang terlibat iaitu pemilik asal tanah wakaf dengan pihak pemegang amanah tanah wakaf tersebut sahaja yang dapat mengetahuinya. Setahu aku, tanah wakaf tidak boleh dijual, ia dapat dikiaskan dengan analogi seorang penjaga anak yang masih tidak boleh memBINkan atau memBINTIkan anak tersebut kerana beliau telah diamanahkan oleh ibu bapa anak tersebut untuk menjaga anak. Berbeza dengan isu penjualan tanah wakaf ini, apabila pihak pemegang amanah telah menjualnya yakni melepaskan hak mereka sepenuhnya sebagai pemegang amanah tanah wakaf kepada pemilik baru tanah tersebut. Yakni pemilik baru tanah wakaf tersebut berhak berbuat apa sahaja terhadap tanah tersebut kerana ia telah menjadi hak mutlak mereka. Melainkan jika tanah wakaf tersebut telah "luput kegunaan", tetapi bagaimana pihak masjid boleh memastikan tanah tersebut telah "luput kegunaannya" sedangkan taukeh Cina yang membelinya berjaya membuktikan tanah tersbut masih boleh memberi pulangan lumayan? Inilah polemik orang Melayu yang sering menjual tanah bagi keuntungan singkat berbanding orang Cina yang jelas berfikiran objektif dalam setiap tindakan mereka yang akhirnya menguntungkan mereka dikemudian hari.
Kedua :
Jelas sekali Jabatan Tanah dan Jabatan Agama Islam negeri tidak mengetahui isu ini. Jauh sekali untuk ADUN dan ahli Parlimen Sungai Petani yang telah dilantik oleh rakyat Kota Kuala Muda untuk mengetahuinya, memandangkan amat jarang sekali mereka melawat kawasan jajahan. Malah tidak dapat dipastikan pernahkah mereka bersembahyang di masjid Haji Kudong, kalau pernah pun mungkin ketika dekat - dekat pilihanraya. Sekurang - kurangnya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Paduka Ahmad Bashah yang pernah melawat masjid tersebut ketika bulan Ramadhan yang lalu. Malah jalan bertar dari pekan Kota Kuala Muda ke Kuala Sungai Muda yang rosak teruk akibat lori tanah yang sering lalu lalang menggunakan jalan tersebut bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Muda yang dilaksanakan sejak Kedah dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran BN lagi, langsung tidak diendahkan oleh ahli Parlimen Sungai Petani dan ADUN Pantai Merdeka.
Signboard Tapak Projek |
Tidak hairanlah jika isu besar yang melibatkan kepentingan orang Islam pun tidak dipertahankan oleh parti yang kononnya memperjuangankan Islam, malah nama Allah pun telah dijual untuk mendapatkan undi, surau dan masjid yang dibina atas tanah wakaf pun boleh diroboh, syurga dan neraka pun boleh dilelong untuk mendapatkan undi pilihanraya, anak bini pun boleh telah dijual supaya dapat jadi PM, itu tidak termasuk beberapa hukum - hukum Islam yang telah ditafsirkan sesuka hati agar sesuai dengan selera politik masing - masing, macam Islam itu adalah hak peribadi masing - masing dimana semua orang harus mengikutinya.
Peta Jalan Kota Kuala Muda |
Keadaan Jalan Yang Jelas Menyukarkan dan Membahayakan Pengguna Jalan |
Ketiga :
Kalau tanah wakaf tersebut kepunyaan mana - mana kuil Cina, sudah pasti tanah wakaf tersebut bakal menghasilkan pendapatan kepada kuil. Malangnya tanah wakaf tersebut kepunyaan masjid Kampung Haji Kudong. AJK masjid langsung tiada idea bagaimana mahu mengusahakan tanah tersebut untuk kepentingan masjid dan Islam, akhirnya tanah tersebut dijual kepada bangsa lain yang bukan beragama Islam. Akhirnya bangsa Cina terus bertambah kaya, manakala orang Melayu yang beragama Islam terus berada dalam kemiskinan disebabkan tiada pemikiran yang objektif bagi membangunkan ummah di kalangan orang Islam itu sendiri serta badan yang bertanggungjawab termasuklah pemegang amanah. Perlu diingat, tanah wakaf adalah harta yang diwakafkan untuk tujuan Islam, bukan hanya untuk tujuan masjid sahaja. Pendapatan yang dihasilkan daripada penjualan tanah wakaf hanya bersifat "one-off", sedangkan tanah yang diwakafkan itu boleh digunakan untuk tujuan untuk Islam, contohnya pemegang amanah tanah wakaf tersebut juga boleh membina bangunan sarang burung layang - layang untuk tujuan perniagaan, dimana hasilnya boleh digunakan untuk tujuan Islam. Malangnya pihak AJK masjid Haji Kudong membuat keputusan tiada modal untuk membangunkan tanah wakaf tersebut lalu membuat interpritasi dan melaksanakan hukum Islam tanpa mendapat rujukan daripada pihak Jabatan Agama Islam dahulu. Ini merupakan kesalahan yang jelas sekali "to the absolute fullest". Kalau kesalahan seorang pelacur hanyalah antara beliau dengan Allah, mungkin tanpa kerelaan disebabkan situasi dan keadaan yang mendesak. Tetapi bayangkan kesalahan seorang Islam yang telah diamanahkan oleh Allah dan umat Islam bagi menjaga harta wakaf, kesalahan beliau bukan hanya antara mereka dengan Allah, malah turut melibatkan antara mereka dengan saudara seagama yang akan berlanjutan selama - lamanya sehingga ianya dapat ditebus kembali, Wallahhualam. Tanah yang sepatutnya memberi faedah dan manfaat kepada masjid dan orang Islam, malangnya telah hilang begitu sahaja dek oleh kesilapan, kedangkalan, kelalaian dan tidak amanah pemegang amanah tanah wakaf tersebut.
3) Untuk pengetahuan, pemilik asal tanah wakaf tersebut telah pun meninggal dunia, arwah telah mewakafkan tanah tersebut kepada masjid Haji Kudong, dengan menukarkan nama pemilikan kepada individu yang dipercayai salah seorang AJK masjid. Ia bertujuan untuk memudahkan pihak masjid mengendalikan tanah wakaf tersebut jika diperlukan. Jika tanah tersebut ditukar nama kepada Jabatan Agama Islam negeri, ia bakal menyukarkan urusan pihak masjid menguruskan tanah tersebut. Namun begitu, jika ditukarkan nama pemilik kepada Jabatan Agama Islam negeri, sekurang - kurangnya tanah tersebut tidak mudah terlepas ketangan orang lain yang jelas belum tentu akan mengusahakannya bagi pembangunan Islam.
3) Untuk pengetahuan, pemilik asal tanah wakaf tersebut telah pun meninggal dunia, arwah telah mewakafkan tanah tersebut kepada masjid Haji Kudong, dengan menukarkan nama pemilikan kepada individu yang dipercayai salah seorang AJK masjid. Ia bertujuan untuk memudahkan pihak masjid mengendalikan tanah wakaf tersebut jika diperlukan. Jika tanah tersebut ditukar nama kepada Jabatan Agama Islam negeri, ia bakal menyukarkan urusan pihak masjid menguruskan tanah tersebut. Namun begitu, jika ditukarkan nama pemilik kepada Jabatan Agama Islam negeri, sekurang - kurangnya tanah tersebut tidak mudah terlepas ketangan orang lain yang jelas belum tentu akan mengusahakannya bagi pembangunan Islam.
No comments:
Post a Comment