1) Kita sering mendengar orang menyebut, "sabar itu separuh daripada iman". Persoalannya adakah kita faham dengan maksud "sabar itu separuh daripada iman"? Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu mengetahui maksud iman dan sabar itu. Iman bermaksud, percaya dan yakin bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan semesta alam yang mencipta dan menentukan hukum-hakam seperti yang terdapat dalam sains kejadian alam yang di dalamnya terdapat maksud "kenapa" yang bukan hanya "bagaimana". Manakala kita juga harus yakin dan percaya Nabi SAW itu pesuruh Allah, dan harus mengakui dan mengikuti setiap ajarannya. Sabar pula bermaksud tidak cepat marah dan putus asa, kuat menghadapi sesuatu cabaran dan rintangan, juga tidak terburu - buru atau tidak terkejar - kejar, tidak mudah berasa risau dan tidak gopoh ketika membuat sesuatu.
2) Seperti yang telah dinyatakan dalam Bohong Sunat, kisah Nabi Musa menuntut ilmu dari Nabi Khaidir seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah Al Kahfi. Sesungguhnya Nabi Khaidir telah menyatakan kepada Nabi Musa bahawa engkau tidak akan dapat bersabar bersama ku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?. Pada firasat aku, apa yang cuba disampaikan oleh Allah SWT melalui surah ini ialah tentang erti sabar dalam mencari kebenaran yang hakikat. Kerana kebenaran itu tidak datang serta-merta, ianya memerlukan kesabaran dan masa sebelum dapat dirungkaikan. Inilah yang berlaku kepada Nabi Musa yang jelas tawaduk dan rendah diri menuruti perintah Allah untuk belajar daripada Nabi Khaidir yang tidak pun tergolong di kalangan 25 rasul yang harus dipercayai oleh orang Islam.
3) Surah Al Kahfi juga boleh dijadikan pedoman kepada kita tentang tingginya nilai sabar itu sehinggakan boleh ditakrifkan "separuh daripada iman". Iman itu adalah kebenaran, kebenaran itu memerlukan kesabaran oleh setiap manusia untuk mencapainya. Sabar itu mengajar menusia mengawal hawa nafsu kerana hawa nafsu itu adalah punca segala kemungkaran. Jika Nabi Musa tidak sabar terhadap Nabi Khaidir, beliau akan beranggapan Nabi Khaidir telah melakukan kesalahan, sedangkan Nabi Khaidir dan Allah SWT mengetahui dengan jelas hakikat perbuatan beliau itu.
4) Jika kita mengikut perasaan marah kita terhadap Dr. Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim pada 1998, tanpa bersabar mencari kebenaran yang hakikat yang sudah tentu Malaysia ketika ini sudah berada dalam telunjuk Amerika Syarikat, orang Melayu hilang hak istimewanya dan selama-lamanya kita akan dijajah. Semuanya ini adalah kerana kita tidak sabar dalam mencari kebenaran dan terlalu mengikut perasaan tanpa berpaksikan pemikiran yang rasional. Percayalah kebenaran itu sukar dicapai, ia sering menuntut kesabaran, kerana kebenaran itu bersifat kekal. Sebaliknya kemungkaran itu mudah dicapai tetapi ianya bersifat sementara.
5) Malah Rasulullah SAW dalam perjuangan baginda menyebarkan syiar Islam di bumi Mekah, telah berhijrah ke Madinah, sanggup mengorbankan segala-galanya yang telah dicapai di bumi Mekah yang juga merupakan tempat baginda dilahirkan. Baginda sabar dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, sabar menuruti perintah Allah SWT agar berhijrah ke Madinah, dimana syiar Islam itu lebih efektif dilaksanakan dari luar Mekah.
6) Iman itu juga merupakan kebenaran, kebenaran itu datang daripada Allah SAW, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari manusia itu sendiri atau syaitan. Maka apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah kebenaran, iaitu kebenaran yang hakikat, yang bersifat kekal, yang sering kita lupa. Kita pula sering melihat Islam itu dari satu sudut sahaja [yang disukai], sedangkan suka itu adalah mainan perasaan yang belum pasti lagi benar. Malah kita sering gagal melihat dari sudut yang menyeluruh, yang hanya melihat dari ranting - rantingnya, sedangkan akarnya yang merupakan paksi kepada Islam itu dilupakan.
7) Iman @ kebenaran itu juga pahit, sepahit ubat yang sukar ditelan, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit, sebab itu kita perlu sabar menelan ubat yang pahit tersebut kerana ia boleh menyembuhkan penyakit. Ianya tak semanis gula, yang sedap dimakan atau diminum, tetapi bisa menyebabkan manusia terkencing manis.
8) Percayalah yang manis itu sering bersifat sementara yang mudah didapati, sering menyebabkan kita terpegun dan kagum dengan keunikannya dan kesedapannya. Lambat laun ia bakal merosakkan diri. Manakala pahit itu pula amat sukar ditelan, dan sering menuntut kesabaran, yang akhirnya bakal mengembalikan dan mengekalkan kesihatan sesiapa sahaja yang mengamalkannya.
9) Atas dasar inilah aku beranggapan "sabar itu separuh daripada iman" amat relevan dalam ajaran Islam. Kalau kita percaya dan berpegang teguh terhadap prinsip ini dan percaya kepada "Qada dan Qadar", kita akan "Reda" serta sabar terhadap setiap "Qada dan Qadar" yang menimpa diri. Kerana "Qada dan Qadar" itu adalah ujian daripada Allah SWT, jika kita sabar dan reda dalam menempuhinya, ia bakal meningkatkan iman kita terhadap Allah SWT.
* P/S : Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi ku, malah tidak berniat sama sekali untuk aku memberi nafas baru atau menentukan satu hukum baru dalam Islam. Oleh itu aku ingin memohon maaf terlebih dahulu jika terdapat kekhilafan hasil dari kedangkalan diri sendiri, kerana yang salah itu datangnya daripada diriku sendiri, manakala yang baik dan benar itu datangnya daripada Allah SWT.
Salam..
ReplyDeleteSatu pandangan..
Sabar yang diredhai PENCIPTA.. hanya setelah berada pada jalanNYA.. tidak pada jalan THOGHUT..
Betulkah manusia telah kenal IMAN dan KITABNYA..
Itu adalah pernyataan PENCIPTA dalam KALAMNYA..
AJARAN PENCIPTA ITU NYATA..
Mohon share , harap brmanfaat utk yg lain
ReplyDeleteSalam,
DeleteBoleh aja, silakan asalkan bertujuan baik...
no 4 tu lawak ke ape.,,tgok la malaysia mcm mne skrng.,kiki
ReplyDeletekita boleh tafsir dengan sedikit berbeza... kerana bersabarlah... anwar berjaya menjadi calon PM.. walau pun perjalanan masih pjg...
ReplyDeletetapi hikmah sabar ni susah nak associate dgn tun mahathir... beliau berjaya menjatuhkan 4 PM setakat ini... Jadi sabar ini ada dimensinya.. dan perlukan perbincangan panjang...