1) The Star telah melaporkan bahawa isu bahasa dan agama merupakan dua perkara yg berbeza. Dalam hujahnya Wong Chun Wai telah menyatakan ulama UMNO dan PAS bersetuju bahawa terjemahan kitab Injil kedalam bahasa Melayu adalah tidak salah di sisi undang - undang.
2) Kata Chun Wai lagi, ianya tidak melanggar kesucian Islam sama sekali memandangkan kitab tersebut hanya untuk umat Kristian Malaysia sahaja, justeru ia tidak perlulah ia distampingkan. Beliau turut menyatakan perkara tersebut telah pun dinyatakan di dalam perlembagaan.
3) Aku ingin bertanya kepada Wong Chun Wai, ulama UMNO dan PAS, bolehkah mereka dan pihak berkuasa memastikan pengedaran kitab tersebut tidak sampai ke tangan umat Islam Malaysia? Aku termanggu kerana aku sendiri telah mengalami pengalaman mengenai penyebaran risalah kitab Injil [berbahasa Inggeris] di kawasan rumah ku sendiri [Laman Midah Apartment, Taman Midah, Cheras, KL]. Risalah tersebut disebarkan kepada semua peti surat termasuk peti surat rumah aku.
4) Ekoran dari itu, aku telah membuat laporan polis pada 5 Februari 2011 agar pihak polis menyiasat siapakah dalang dan pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran risalah tersebut.
5) Setelah dinasihat oleh pihak polis, aku juga telah melaporkan isu ini kepada pihak JAKIM bagi menjalankan siasatan susulan, memandangkan pihak JAKIM adalah merupakan pihak yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga akidah umat Islam.
6) Sungguhpun aku berjaya membuat laporan kepada pihak JAKIM. Aku dapati pihak JAKIM hanya sekadar merupakan jabatan yang sekadar mengambil laporan sahaja, bukannya merupakan pihak yang menjalankan siasatan. Sebaliknya pihak polis yang lebih proaktif, ternampak keseriusan dalam mengambil laporan dan dalam tindakan susulannya. Malah aku difahamkan, laporan yang dibuat telah mendapat perhatian dari pihak tertinggi polis di Bukit Aman, malah polis juga telah bertindak dalam memberi tekanan kepada pihak JAKIM agar mengambil serius perkara tersebut dan bersama - sama membantu polis menjalankan siasatan.
7) Aku berasa amat pelik melihat layanan yang diberikan oleh pihak polis berbanding pihak JAKIM yang merupakan badan yang lebih khusus dalam menjalan siasatan tersebut. Mungkin pada pegawai JAKIM, jawatan yang disandang merupakan hanya jawatan "cari makan", tiada kepentingannya langsung kepada umat Islam. Yang penting cukup bulan gaji masuk. Maka tidak hairanlah, pegawai yang mengambil laporan aku, hanya sekadar mengambil laporan sahaja, tanpa memberi sebarang indikasi atau janji untuk melakukan siasatan susulan. Sebaliknya pula, pihak polis yang telah menghubungi aku sebanyak dua kali bagi mendapatkan kepastian mengenai maklumat aku sampaikan kepada pihak JAKIM, dan juga jawapan yang telah diberikan oleh pihak JAKIM kepada aku ketika laporan dibuat.
8) Berbalik kepada isu Wong Chun Wai, aku ingin bertanya kepada ulama UMNO & PAS serta Wong Chun Wai, bolehkah mereka pastikan bahawa penyebaran risalah kitab Injil tersebut tidak akan sampai ke tangan orang Melayu? Jalan terlalu nak ber retorik sangat dan bermain ayat minda seolah - olah gereja itu robot dan "magically" akan tunduk kepada arahan KDN. Kalau sekarang bukan Islam sudah berani mencabar keputusan mahkamah Syariah menghalang beliau menjadi peguam Syarie. Apa lagi yang tinggal kepada orang Islam di Malaysia ni? Habis semua ingin dirampas. Apa jenis manusia sehinggakan berfikiran komunis, semuanya di bawah perlembagaan, harus tunduk dan akur oleh semua orang.
9) Mungkin mereka harus masuk program Imam Muda dan berjumpa masyarakat. Pergi tengok di Jalan Gereja, siapa yang bagi makan percuma dan siapa pula yang pergi makan percuma di sana. Malah untuk mendaftar pengundi pun dah boleh dilakukan di gereja. Fikir dan renungkanlah.
Asas-asas negara ini sedang dicabul sewenang-wenangnya tanpa sebarang tindakan yag sewajarnya dari pihak-pihak yang sepatutnya pertama sekali tampil untuk mempertahankan kedaulatan negara, Rukun dan Perlembagaannya.
ReplyDeleteSalam Bro Bey
ReplyDeleteI've linked your post to my latest, hope you don't mind me using the scanned pictures.
Wass
satD
Wsalam Bro satD,
ReplyDeleteIts ok, you can use it, as long as its for the benefits of the ummah, I will always support it.