1) Secara jujur aku berasa amat tersentuh dengan usaha dan kesungguhan Datuk Seri Najib melakukan lawatan ke Gaza Palestin baru - baru ini. Ternyata beliau merupakan seorang Islam yang jelas amat simpati dan tersentuh dengan apa yang menimpa saudara beliau di Palestin.
2) Jelaslah bahawa beliau merupakan seorang Islam yang berpegang pada ajaran Islam, yang telah menyatakan setiap muslim itu bersaudara. Inilah ajaran Islam yang dipegang oleh Perdana Menteri yang sering dilupakan kebanyakan orang Islam ketika ini termasuk parti PAS yang kononnya bejuang untuk Islam. Malah beliau merupakan PM Malaysia pertama melakukan lawatan ke Palestin [Atas kapasiti PM].
3) Aku tak pasti Nik Aziz, Hadi Awang atau Anwar Ibrahim pernah melakukan perkara yang sama dan sangsi yang mereka akan sanggup melakukan perkara tersebut, pada mereka ini, politik itu lebih penting daripada hubungan sesama Islam, perpecahan sesama Islam itu lebih penting untuk mencapai matlamat politik mereka. Mereka ini lebih kurang sama dengan puak - puak Khawarij.
4) Inilah kali pertama aku mendengar Datuk Seri Najib rupa - rupanya pernah mengambil anak angkat Palestin, malah telah sudi membayar segala tanggungan persekolahan mereka. Aku tak pasti yang Nik Aziz juga telah melakukan perkara yang sama, yang sering aku dengar beliau banyak melakukan sembahyang hajat termasuklah sembahyang hajat menjatuhkan saudara seagama beliau. Aku tak pasti adakah ini merupakan ajaran agama Islam?
5) Apa yang Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS telah lakukan untuk membantu saudara seagama di Palestin selain dari sembahyang hajat, derma dan doa? Parti sekular macam UMNO telah lakukan sesuatu dalam membantu saudara mereka. Sekurang - kurangnya Tun Dr Mahathir telah banyak lakukan sumbangan terhadap rakyat Palestin melalui Perdana Global Peace Foundation [PGPF], malah Datuk Seri Najib sendiri telah melakukan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM 3 juta kepada PGPF. Ia telah dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa, tanpa perlu digembar - gembur oleh media, semuanya didorong oleh niat ikhlas.
6) Kalau kita ikhlas, kita tidak perlukan apa - apa sebagai balasan, semuanya atas dasar ikhlas. Seperti keimanan kita kepada Allah SWT, tanpa perlukan sebarang balasan atau pahala atas setiap derma dan ibadah yang dilakukan. Kita bukannya berurus niaga dengan Allah SWT.
7) Aku keliru, adakah benar Nik Aziz dan Hadi Awang seorang Islam? Pada aku kalau kita benar - benar seorang mujahidin, kita tidak akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang. Konsep bersaudara dalam Islam pun Nik Aziz dan Hadi Awang pun tak faham, bolehkah mereka ini dinobatkan sebagai pejuang Islam hatta orang Islam sekali pun. Tak payahlah sembahyang sehari 5 waktu siap dengan sembahyang sunat sekali pun, kalau konsep keimanan dan bersaudara sesama Islam kita lupakan. Serban dan jubah bukan tiket keredaan Allah di akhirat kelak.