Sunday, November 22, 2009

UMNO Kedah


1) Situasi politik negeri kesayangan saya Kedah kembali menarik minat dan juga mencetus resah. Nampaknya Datuk Shafie Apdal berhadapan dengan cabaran "mount everest" yang perlu ditakluki.

2) Daripada 15 bahagian UMNO Kedah hampir semuanya bermasalah, ianya ternyata satu penyakit yang amat kronik yang pasti amat sukar diubati. Ianya mungkin disebabkan oleh beberapa pemimpin - pemimpin muda bahagian yang telah dicantas oleh golongan establishment yang melihat mereka sebagai suatu ancaman politik.

3) Jika ianya benar ternyata sikap "living in denial" masih kuat meresap di kalangan pemimpin politik Kedah yang telah disemai ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

4) Mungkin Tun Dr Mahathir perlu campur tangan untuk mengatasi masaalah ini, walaupun beliau bukan lagi aktif dalam politik tetapi boleh memainkan peranannya dalam membantu UMNO kerana beliau masih mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan akar umbi UMNO.

5) Penyakit ini haruslah ditangani sekarang sebelum ianya terlambat, UMNO Kelantan harus dijadikan contoh sebelum jatuh ke tangan PAS dahulu mereka juga mempunyai sindrom "living in denial" akhirnya jatuh ke tangan PAS sampai sekarang.

6) Langkah - langkah yang telah dilaksanakan oleh PAS Kedah dibawah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan tidak melakukan perubahan drastik seperti yang berlaku di negeri Perak dan Selangor boleh menjadi daya penarik pengundi untuk terus mengundi PAS pada pilihan raya depan.

7) Saf kepimpinan UMNO Kedah haruslah kuat, barisan - barisan pemimpin UMNO Kedah yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, Dato' Jamil Khir dan Dato' Ir Nawawi haruslah menunjukkan kedriabiliti kepimpinan yang tinggi agar akar umbi UMNO dan rakyat Kedah khususnya boleh kembali menyokong UMNO / BN.

8) Secara peribadi, saya masih was - was dengan kemampuan Datuk Shafie Apdal untuk memimpin UMNO Kedah, saya amat berharap pandangan saya ini tidak tepat / benar sama sekali. Tetapi percayalah pandangan peribadi ini hanyalah pandangan yang ikhlas yang amat sayangkan UMNO.

No comments:

Post a Comment