Saturday, June 19, 2010

Tian Chua

1) Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 48(1)(e) jelas menyatakan bahawa seseorang ahli dewan rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada 1 tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.00 dan ia tidak dapat pengampunan.

2) Malah perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, juga menyebut bahawa "jika berbangkit apa - apa soal sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamat.

3) Manakala peguam Karpal Singh pula lebih jujur dan tepat dalam memberi pandangan beliau berhubung isu tersebut. Beliau telah menyatakan "Jika denda RM2,000.00 beliau habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan RM2,000.00 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan. Tiada hujah lagi dalam soal ini" ujar beliau.

4) Karpal juga merujuk kepada ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, bahawa Speaker Dewan Rakyat telah mengistiharkan bahawa kerusi itu kosong setelah beliau didenda RM2,000.00 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan. Karpal juga menyatakan, undang - undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehkan kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

5) Apa yang aku nampak di sini ialah, Dewan Rakyat seperti takut atau cuba mengelak implikasi perundangan  dan dicop sebagai berat sebelah oleh pihak yang didakwa dengan menyerahkan bulat - bulat tanggungjawabnya kepada pihak Peguam Negara dan SPR untuk membuat keputusan. Sedangkan SPR hanyalah badan yang menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan "verdict" yang diputuskan oleh pihak Dewan Rakyat dan pihak Mahkamah.

6) Alasan yang diberikan oleh pihak Dewan Rakyat ialah "Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini, ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana  kadar yang dikenakan RM2,000.00 (di paras sempadan), lebih elok statusnya ditentukan oleh Peguam Negara". Soalan aku disini, apakah justifikasi Dewan Negara yang menyatakan RM2,000.00 paras sempadan? Sedangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan seperti yang telah aku nyatakan di atas.

7) Dewan Rakyat haruslah berani serta tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sudah menjadi adat atau lumrah kepada sesiapa sahaja yang tewas atau di pihak yang kalah untuk tidak menyetujui atau menentangnya. Jadi Dewan Rakyat haruslah tegas melaksanakan tanggungjawabnya kerana peruntukan Perlembagaan Persekutuan jelas membuktikannya. Gagal dalam melaksanakan akan menyebabkan Dewan Rakyat akan dianggap lemah serta bias. Dewan Rakyat juga berkemungkinan akan dilabel sebagai badan yang bias dan lemah di satu pihak yang lain pula.      

1 comment: