1) Aku ingin menyambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan pembaca blog ini terutama sekali yang beragama Islam.
2) Semoga kedatangan Syawal kali ini dapat memberi kita hidayah agar kita dapat membuang yang keroh ambil yang jernih. Sudah terlalu lama kita diulit oleh permainan - permainan politik oleh ahli politik dalam mencapai kemenangan politik dengan memainkan sentimen agama Islam yang suci ini serta permainan politik sempit sentimen bangsa (rasis).
3) Marilah kita kembali ke jalan asal yang telah disusun rapi oleh pejuang kemerdekaan negara dalam mencapai kejayaan bangsa, agama dan negara yang hakiki. Kita sudah terlalu lama malah sudah terlalu jauh menyimpang daripada matlamat asal kita, hanya kerana permainan politik sempit. Sejarah sebagai panduan, tujuan dan matlamat yang murni sebagai bekalan menuju destinasi yang hakiki. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment