1) Rata - rata rakyat Malaysia memiliki sindrom suka menghukum orang sebelum ia dibuktikan bersalah "presumption guilty until proven innocent". Dengan isu terbaru mengenai pemberian lesen WIMAX kepada syarikat YTL Communication oleh kementerian Penerangan dan Komunikasi di bawah seliaan Datuk Seri Rais Yatim.
2) Terdapat beberapa blogs yang telah menyiarkan isu tersebut seperti Rocky's Bru dan Jelapang yang seperti cuba meletakkan kesalahan atau cuba membentuk kepercayaan "presumption guilty until proven innocent" terhadap beberapa individu yang mungkin tidak disenangi oleh mereka.
3) Rais Yatim mungkin merupakan salah seorang daraipada beberapa menteri yang dianggap bersih, tetapi setelah beliau dapati intergriti beliau telah cuba dirobek oleh beberapa bloggers pro kerajaan, termasuklah Rocky's Bru dan Bigdogdotcom, beliau telah membuat satu laporan polis terhadap beberapa bloggers tersebut. Sukar untuk aku pastikan siapakah yang benar berkenaan isu tersebut, tetapi kita haruslah mempunyai pendirian dan prinsip untuk "presumed innocent until proven guilty".
4) Rais Yatim mungkin telah melaksanakan tanggungjawab beliau dalam membersihkan nama beliau, mungkin caranya berbeza iaitu melalui saluran pihak berkuasa. Walaubagaimanapun sebagai blogger kita haruslah bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang kita buat, sebab kita sebagai rakyat yang menyanjung perlembagaan negara tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib undang - undang negara.
5) Kita sering suka mendengar cerita yang disukai, manakala cerita yang kurang disukai akan dibiarkan begitu sahaja, tanpa disedari, cerita tersebut mungkin mempunyai asas dan kebenarannya, akhirnya kebenaran yang hakikat telah disembunyikan. Jelas di sini kita telah menjadi seorang manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.
6) Kita sering bercakap dan kadang - kadang menasihati orang dengan berkata "dont judge the book by its cover", tetapi sebaliknya tanpa disedari, kita yang "judge the book by its cover". Kita sering membuat sesuatu keputusan berdasarkan emosi bukan berdasarkan kenyataan dan rasional, akhirnya kita membuat keputusan yang langsung tidak praktikal. Jika ingin menukar kereta Kancil kita kerana ingin mengurangkan kos maintenancenya, janganlah cuba dengan digantikan dengan kereta Mercedes pula.
No comments:
Post a Comment