Monday, November 7, 2011

Seksualiti Merdeka 2011

1) Tindakan pihak Majlis Peguam menganjur Seksualiti Merdeka 2011 baru - baru ini jelas merupakan tindakan yang bertujuan menjolok sarang tebuan bagi menguji kesabaran orang Melayu terhadap hak mereka dalam perlembagaan persekutuan.

2) Perbuatan LGBT jelas bertentangan dengan fitrah manusia dan ajaran semua agama termasuklah Islam. Memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara, perbuatan pihak Majlis Peguam jelas bertujuan untuk mencabar kedaulatan Islam dalam perlembagaan persekutuan.

3) Perbuatan menjolok sarang tebuan tersebut juga bertujuan untuk menguji atau "test market" yang mempunyai niat politik bagi mendapat sokongan daripada golongan minoriti LGBT. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa NGO dan beberapa orang Melayu melatah dan berdemontrasi mengutuk program tersebut.

4) Memandangkan orang Melayu dan Islam mendapat tempat istimewa dalam perlembagaan persekutuan, pihak majlis peguam jelas cemburu dengan hak - hak keistimewaan orang Melayu ini. Maka pihak Majlis Peguam yang dikuasai oleh golongan bukan Melayu ini, berusaha sedaya upaya dan mencari ikhtiar untuk mencabar, malah kalau boleh menghapus terus hak - hak tersebut. Perbuatan menganjur program ini merupakan salah satu daripada usaha - usaha pihak Majlis Peguam.

5) Aku tidak berniat untuk mencampuri hak setiap manusia untuk melakukan dosa atau pahala terhadap Tuhan, walaupun perbuatan mereka jelas bertentangan dengan Islam. Pada aku LGBT tetap seorang Islam, jika akidah dan iman mereka masih kukuh terhadap Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Dosa mereka terhadap Allah, biarlah mereka yang menanggungnya.

6) Tetapi perbuatan menganjurkan program Seksualiti Merdeka 2011 tersebut jelas bertentangan dengan undang - undang dan perlembagaan Malaysia, suatu perbuatan yang jelas mencabar hak majoriti rakyat Malaysia. Maka atas sebab tersebutlah aku menentang penganjuran program tersebut yang jelas bertujuan politik.

7) Pihak Majlis Peguam dan DAP sedar tentang implikasi pepecahan orang Melayu ini, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan orang Melayu terus berpecah agar cita - cita politik mereka tercapai. Percayalah orang Melayu dan Islam akan musnah suatu hari nanti jika kita terus berpecah jika anasir - anasir dan ajen pemecah belah orang Melayu seperti PKR dan AI, DAP, PAS dan Majlis Peguam dibiarkan terus bermaharaja lela.

8) Orang Melayu tidak akan kembali dapat hak - hak istimewa ini jika ditakdirkan terlepas suatu hari nanti. Orang Melayu harus bersyukur kerana perlembagaan kita bukan perlembagaan sekular seperti yang terdapat di negara - negara lain termasuklah negara jiran kita yang serumpun dengan kita, dimana majoriti rakyatnya beragama Islam. Oleh itu tidak hairanlah pemimpin - pemimpin negara tersebut tidak mampu mempertahankan akidah saudara seIslam sendiri daripada serangan pihak - pihak kafir dan beberapa pertubuhan sesat yang bertapak kukuh di negara tersebut. Mereka tidak mampu melakukan apa - apa memandangkan perlembagaan dan undang - undang negara mereka bersifat sekular.

9) Adakah orang Melayu Malaysia ingin jadi seperti saudara mereka di negara tersebut? Tepuk dada tanyalah selera.          

1 comment:

  1. saya ada terbaca pasal benda yg sama dkt blog ni:
    http://bedaduz2.blogspot.com/2011/11/my-views-on-seksualiti-merdeka.html
    tapi penulisnya lagi neutral, tak terlampau mengutuk tak terlampau menyokong

    ReplyDelete