Tuesday, December 27, 2011

Letak Jawatan

1) Pilihanraya umum dijangka bakal berlaku dalam tahun 2012. Setiap parti yang akan bertanding pasti akan memastikan tiada sebarang bentuk masalah atau isu yang akan menggugat peluang mereka dalam pilihanraya nanti.

2) Sudah pasti isu projek ladang lembu yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat bakal memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO/BN pada pilihanraya nanti. Maka oleh itu, Datuk Seri Shahrizat haruslah meletak jawatan jika beliau benar - benar sayangkan UMNO/BN. Kalau tidak beliau akan menjadi liabiliti kepada UMNO/BN pada pilihanraya nanti.

3) Seperti yang diketahui umum beliau jelas enggan meletak jawatan kerana menganggap diri beliau tidak bersalah dalam isu tersebut. Aku tidak berminat untuk mengetahui sama ada beliau bersalah atau tidak, yang aku pentingkan sekarang ini ialah nasib UMNO/BN pada pilihanraya nanti. Pada aku beliau perlu meletak jawatan, samaada benar atau salah, itu perkara nombor dua. Yang penting ketika ini ialah reputasi UMNO/BN mestilah baik di mata rakyat. Jika beliau sayangkan UMNO/BN, beliau perlu meletak jawatan "full stop". Jika beliau tetap berkeras enggan meletak jawatan, PM perlu campur tangan.

4) Masalah dengan pemimpin politik sekarang ini, ialah tiadanya budaya sedia meletak jawatan. Pada mereka jawatan yang disandang adalah jawatan seumur hidup. Pemimpin yang beintegriti tinggi, adalah pemimpin yang sedia meletak jawatan jika merasakan diri sudah menjadi liabiliti kepada negara dan parti. Pemimpin ini terdiri dari golongan yang mempunyai "single mindset" yang sayangkan parti dan negara. Pemimpin jenis ini jelas berkurangan di kalangan pemimpin - pemimpin politik ketika ini.

5) Pemimpin terdahulu seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir adalah contoh pemimpin yang sayangkan parti dan negara. Mereka merupakan pemimpin yang berintegriti tinggi yang sedia meletak jawatan jika berpandangan khidmat mereka tidak lagi diperlukan atau diri sudah tidak mampu menyumbangkan sesuatu kepada parti dan negara. Integriti mereka jauh lebih tinggi daripada pemimpin sekarang yang ada di kalangannya naik hasil daripada politik wang atau rasuah.

6) Pemimpin - pemimpin ini adalah pemimpin - pemimpin hipokrit, yang lebih pentingkan poket sendiri, yang tiada penghayatan tentang erti perjuangan sebenar seorang pemimpin. Tidak perlulah dinamakan setiap seorang daripada mereka, yang pasti sikap jengkel ini telah menonjolkan hati budi  masing - masing. Baik dari yang bersikap kurang ajar terhadap pemimpin lama yang banyak sumbangan kepada negara dan parti, ada yang manis muka tetapi bermasam hati, malah ada yang bermain politik dalaman menjatuhkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dan ada juga budaya mudah lupa di kalangan pemimpin ini. Inilah budaya politik orang UMNO dan orang Melayu.      
 

1 comment:

  1. Kadang2 rasa hairanlah dengan perangai orang-orang UMNO, terlalu penting diri sendiri.......

    ReplyDelete