Thursday, April 26, 2012

Drive It To Believe It



1) I have to admit I haven't test this car yet. But looking from Tun Dr. Mahathir face and enthusiasm speech by the Proton MD and his team, there are full of confidences given to this new model Preve by the Proton staffs itself. Looking at most of Malays who took in-charged for development of this car really make me proud. Proton has proved that Malay has capabilities to design and manufacture highly technological engineering intricacies. This is a true reflection of Malaysia Boleh and Malay Boleh.

2) Now its up to customers to judge. Probably this is a mirror reflection to prove that Proton also capable to design and manufacture not only a cheap car at minimal specs but  also capable to design and manufacture a car that have same specs and performance with their foreign counterparts. I hope our Malaysian people would use their wise wisdom to judge this car, and throw away any bad sentiment lingering in their minds. Hopefully they will judge with sense of maturity and wisdom.

3) To certain people, Proton possibly is just a CAR, there were no significant importance and pride to all Malaysian, Proton is same with other car i.e. Toyota, Honda, Hyundai or other continental car. Maybe Proton is a burden to the public for causing foreign imported car very expensive. Or even Proton is just a "besi buruk" [scrapped metal] on the road.

4) It would not be surprised to hear any commenter's bitching and moaning about same old story of Proton power window, rusted roof, low quality bumper etc. They will bitching and moaning until Proton failed one day, and will blame to the government for wasting public money. There will always wrong to the governments even if it was right.

Tuesday, April 17, 2012

Sekadar Renungan

1) Kemampuan berfikir tidak hanya tertakluk kepada keluasan ilmu yang dicapai. Kita sering mampu berdiskusi dan berdebat dalam isu - isu yang kita ketahui. Tetapi soalnya, adakah kita mampu melihat sesuatu perkara tersebut dari luar topik yang dibicarakan?

2) Jika kita berbicara dan berdiskusi dalam berbagai topik termasuklah hudud sekali pun. Tetapi adakah kita mampu melihat dari sudut praktikalitinya? Seorang yang telah memimpin negara selama 22 tahun berdiskusi dan berdebat dengan seorang pelajar yang baru berumur 23 tahun yang hanya nampak dalam ruang lingkup teorinya sahaja, tentulah amat berbeza sekali pandangan masing - masing.

3) Dari satu sudut yang terlalu berteori, sehinggakan ternampak kekhilafannya, sehinggakan sanggup dan berani mendakwa terdapat surah Al-Quran yang telah dimansuhkan tetapi masih boleh dibaca iaitu baca tanpa terima. Inilah yang dinamakan kegagalan berfikir yang terlalu berpaksikan hukum - hukum yang dirumuskan dalam hadis yang akhirnya telah menidakkan yang haq atau benar.

4) Mungkin ia disebabkan oleh ketaksuban kita terhadap hadis lalu menidakkan asas Islam itu sendiri yang bersandarkan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan barulah diikuti oleh hadis sohih.

5) Inilah polemik yang sering melanda di kalangan pelajar - pelajar institusi pengajian tinggi, yang hanya nampak teorinya sahaja tanpa melihat dari sudut praktikalitinya. Pandangan dari sudut praktikaliti memerlukan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman serta kemampuan melihat dari sudut luar lingkupnya.

6) Sebagai contoh apabila serangan matawang melanda negara dan rantau Asia pada tahun 1997. Malaysia telah mengambil tindakan "unorthodox" dengan mengambil keputusan mengikat matawang Ringgit dengan US Dolar, membekukan matawang Ringgit di akaun luar pesisir oleh rakyat asing dan "twelve- month rule" yang menghalang penghantaran balik dana.

7) Perlaksanaan polisi tersebut telah dilaksanakan oleh seorang "medical doctor" yang jelas tiada latar belakang akauntasi mahupun ekonomi. Malah polisi tersebut telah berjaya dilaksanakan dan telah diakui oleh dunia termasuklah IMF yang sebelum itu jelas menentang perlaksanaannya.

8) Inilah yang dikatakan kemampuan berfikir yang melihat dari ruang lingkup yang lebih luas yang tidak hanya melihat dari satu sudut sahaja. Pada ketika dunia tanpa sempadan yang menuntut kita agar melihat, berfikir dan menganalisa sesuatu perkara secara lebih holistik agar dapat diadaptasikan secara menyeluruh dan praktikal bersesuaian dengan keadaan semasa. Inilah zaman tanpa sempadan yang menuntut pemikiran yang progresif dan praktikal.

9) Begitulah juga bila mana terdapat seorang sahabat yang bukan hanya berpengetahuan dalam bidang agama Islam hatta dalam bidang katolik sekali pun. Justeru dapatlah dilihat keindahan Islam itu dari sudut pandangan luar yang sering kali bertentangan. Lalu dapat dimengertikan apakah itu Iman dan apakah itu Islam.

10) Bila mana ketika ini terdapat begitu ramai yang ketagihan agama, sering aja menyuarakan ketagihan masing - masing di laman web, blog dan sosial media. Agar semua orang dapat melihat ketinggian ilmu Islam masing - masing, sedangkan Islam itu mengajar umatnya agar tidak menunjuk - nunjuk atau riak hatta dalam agama sekalipun. Kerana Islam itu bergerak seiringan iman, jika iman itu tinggi, secara tak langsung nilai - nilai Islam itu akan terpancul, maka timbullah sikap tawaduk, tawakal, zuhud dan soleh.

11) Jadi tak perlulah kita bermegah - megah menunjukkan keIslaman diri dengan berpakaian dan beserban agar diri dikenali sebagai seorang Islam yang hebat dan menunaikan ajaran yang wajib serta yang sunat agar diri dikenali sebagai soleh. Kerana soleh, tawaduk, tawakal dan zuhud itu datangnya daripada cahaya iman.

12) Islam dan iman itu bukannya terletak pada pada kulit dan rupa tetapi jiwa dan amalan kita yang akan menentukan keislaman kita, Wallahualam.