Saturday, November 3, 2012

Kamarul Dalam Kenangan

1) Pepatah Melayu berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan ini boleh digunakan keatas nasib yang menimpa Zalida Zakaria yang baru sahaja kehilangan suami yang dikasihi, Kamarul Ariffin Hj Nordin.

2) Kamarul juga merupakan seorang insan yang amat ku kenali dan hormati. Malah beliau merupakan bekas ketua ku ketika mula - mula berkhidmat dalam bidang jualan dan pemasaran ketika masih bersama Syarikat Pembinaan Jayabumi [Sarawak] Bhd [PJB] di Alor Star sekitar 2000 hingga 2005.

3) Permegian beliau juga amat mengejutkan dan menyedihkan kerana keluarga beliau amat ku kenali, malah anak - anak dan isteri beliau amat rapat dengan ku. Tidak dapat tidak ia juga mengundang perasaan cemburu beliau terhadap ku.

4) Bila terkenangkan saat akhir hayat beliau menghembus nafas terakhir, aku tidak dapat menahan perasaan sedih dan pilu ku kepada nasib yang menimpa beliau dan keluarga. Akan ku lakukan apa yang terdaya untuk membantu beliau, tetapi akan daya ajal dan mati itu hak mutlak Tuhan. Sesungguhnya kita harus redha dengan setiap nasib yang menimpa kita. Kepada yang masih hidup, terutama sekali keluarga beliau, hidup mesti diteruskan.

5) Sejujurnya perhubungan aku dengan Kamarul tidaklah begitu baik. Beliau mungkin cemburu dengan hubungan ku dengan keluarga beliau terutama sekali isteri beliau. Atas dasar apa cemburu tersebut tidaklah aku mengerti, tetapi pada firasat ku, perasaan cemburu itu mungkin didasari oleh perasaan ego beliau yang tidak boleh menerima penerimaan isteri beliau terhadap aku. Sedangkan penerimaan itu hanya atas dasar sebagai kawan baik yang bukannya atas dasar perhubungan kekasih. Malah ego beliau juga terlalu tebal dengan anak dan isteri, lalu sering kali menyulitkan keluarga. Pada aku, kita haruslah sedia menerima kelemahan diri masing - masing kerana kita hanya insan biasa, menerima kelemahan diri itu adalah salah satu tanda keimanan kita kepada Yang Esa. Namun begitu beliau beruntung kerana beristerikan Zalida Zakaria yang merupakan seorang yang sabar yang berhati cekal yang berjiwa halus walaupun kadang - kadang tu agak "confront". Tidak pastilah aku akan nasib beliau jika beliau beristerikan orang lain, orang tersebut haruslah mempunyai jiwa cekal dan sabar yang tidak ego dan sombong seperti Zalida.

6) Sesungguhnya aku tidak kisah apa sahaja pandangan beliau terhadap ku, yang penting aku tetap menghormati beliau sebagai bekas ketua ku yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada aku sebagai seorang pegawai pemasaran dan jualan. Malah kalau tidak kerana beliau, aku mungkin tidak akan jadi "best salesman" pada tahun 2005. Jadi aku harus berterima kasih dan bersyukur kepada beliau.

7) Kamarul yang dikenali amat berbakat dalam bidang pemasaran dan jualan. Beliau tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang ini, beliau hanya berpandukan pengalaman dan personaliti beliau yang pandai membuat orang mudah tertarik dengan beliau. Salah satu ilmu yang aku belajar dari beliau ialah, kemampuan untuk membuat "client" menjadi kawan, yang bakal mengekalkan perhubungan antara kita dengan "client", yang dapat mengelak dari menjadi "one off", yang lebih bersifat keikhlasan.

8) Malangnya kelebihan ini sering dicemburui oleh kawan dan lawan. Sering kali beliau menghadapi masalah dengan kawan sekerja dan juga pihak atasan syarikat yang menganggap beliau sebagai ancaman, sedangkan jauh dari sudut hati, beliau tidak berniat langsung untuk menjatuhkan sesiapa. Beliau hanya dipandu oleh perasaan jujur dan ikhlas terhadap syarikat. Salah satu ilmu yang aku pelajari dari beliau ialah KESETIAAN, walau buruk sekali pun syarikat itu, beliau tidak pernah memburukkan syarikat itu, malah tidak pernah seumur hidup ku mendengar beliau memburukkan syarikat kepada orang luar. Ketika syarikat bertungkus lumus menghadapi saat getir apabila pegawai - pagawai kanan syarikat yang bertindak meletak jawatan beramai - ramai, sebaliknya beliau berani bertindak menongkah arus dengan bertindak enggan menuruti langkah pagawai - pegawai kanan syarikat yang ada dikalangannya merupakan anak didik beliau.

9) Dari Johor ke Terengganu sampailah ke Kedah, semua cawangan - cawangan ini berjaya dibaik pulih oleh beliau. Malangnya usaha dan sumbangan ini tidak pernah dihargai oleh pengurusan syarikat. Seperti yang aku telah jelaskan tadi, beliau telah dianggap sebagai ancaman kepada beberapa pegawai atasan syarikat yang cemburukan beliau. Jelaslah mereka ini adalah orang yang takutkan bayang - bayang diri sendiri, yang akhirnya merugikan syarikat. Sehingga kini syarikat PJB kekal dalam keadaan tenat, sama seperti ketika aku tinggalkan syarikat dahulu, mungkin lebih buruk lagi ketika ini. Ini semua angkara pegawai - pegawai syarikat yang tidak ikhlas, yang lebih mementingkan diri sendiri yang masih lagi berjiwa kemelayuan karat.  

10) Kamarul juga tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan atas hubungan kekeluargaan beliau dengan Tan Sri Ahmad Johan, yang merupakan pengasas PJB, yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk beliau ke dalam syarikat PJB. Tan Sri merupakan kenalan rapat abang sulung Kamarul, malah abang Kamarul, Tan Sri Shahrom bekas Panglima Angkatan Tentera Darat juga merupakan salah satu pengarah syarikat SMEO yang dimiliki oleh Tan Sri Ahmad Johan. Tan Sri Ahmad Johan juga memiliki Airod dan NADI yang merupakan pemilik saham terbesar syarikat Malindo Airways yang baru ditubuhkan baru - baru ini, diatas inisiatif kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi bersaing dengan Air Asia. Kalaulah Kamarul bersifat opportunist, beliau mungkin sudah berjawatan tinggi dalam syarikat atau pun mungkin PJB dapat dipulihkan, tak perlulah Tan Sri jual syarikat tersebut.

11) Malangnya orang - orang kepercayaan Tan Sri ini telah menyalahgunakan syarikat untuk tujuan peribadi, ada diantara mereka telah menggunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi, contohnya dengan mengarah syarikat menanggung perbelanjaan kos mereka untuk bertitle Dato'. Ada diantara mereka ini merupakan bekas pegawai kanan kerajaan, yang masih bermentaliti awam. Syarikat telah dijadikan lubuk untuk penyenggelaraan diri kepada pengarah - pengarah ini, kebanyakan mereka langsung tidak menyumbang kepada syarikat. Akhirnya syarikat terpaksa menanggung kos yang amat tinggi.    

12) Bayu Tiara Engineering Sdn Bhd [BTE] merupakan syarikat terakhir beliau. BTE seperti PJB juga menghadapi masalah kewangan. Satu masalah yang sering terdapat kepada syarikat Melayu ialah kelemahan pengurusan, terutama sekali dalam pengurusan kewangan. BTE tidak terlepas dari masalah ini, bezanya BTE tiada masalah politik cantas mencantas seperti yang berlaku dalam PJB. Masalah BTE lebih bersifat kelemahan pengurusan syarikat yang gagal mengawal pengurusan kewangan agar lebih berhemah. Bagusnya BTE ini, pemilik syarikat dapat melihat potensi Kamarul sebagai seorang pengurus, lebih baik daripada pengurus sedia ada. Lalu beliau telah diberikan kepercayaan untuk menggantikan pengurus sedia ada. Malangnya Tuhan terlalu sayangkan beliau, arwah telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2012 ketika pulang ke Kuala Lumpur setelah berhari raya korban di Sungai Petani dan di Pulau Pinang bersama isteri dan anak - anak. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir akibat komplikasi jantung ketika cuba menukar tayar kereta yang pancit.

13) Malang kepada BTE, sekali lagi mereka kehilangan orang yang berkaliber setelah kehilangan pengasas syarikat yang juga meninggal dunia akibat sebab yang sama. Aku amat yakin, jika nyawa arwah panjang, beliau pasti akan dapat memulihkan syarikat, malangnya beliau tidak berkesempatan.

14) Pemergiaan arwah bakal meninggalkan ruang yang amat besar kepada seluruh keluarga, isteri yang sebelum ini banyak bergantung harap kepada arwah pasti akan merasai kesan kehilangan beliau. Sudah pasti isteri arwah perlu mencari sumber kewangan lain untuk menampung keluarga, anak sulung beliau masih lagi belajar di MSU, manakala anak perempuan arwah bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, anak ketiga arwah pula masih belajar tingkatan 1 dan yang bongsu baru berumur 1 tahun lebih.

15) Aku redha jika ini ketentuanNya, aku sedia menyerah jiwa dan ragaku membantu keluarga ini. Sesungguhnya aku telah pun menganggap mereka sebagai keluarga kedua ku. Pada aku persepsi masyarakat itu tidak penting, yang pentingnya keikhlasan hati dalam membantu. Masyarakat bukanlah Tuhan untuk menilai dan menghukum kita (walaupun kebanyakan mereka sangat ingin menjadi Tuhan dalam menghukum orang). Mungkin mereka perlu belajar dari surah Al Kahfi dalam mencari kebenaran yang hakikat. Biarlah diri ini buruk di mata masyarakat tetapi tidak di mata Tuhan. Aku pohon kepada Mu ya Allah, Engkau tempatkanlah Kamarul Ariffin Hj Nordin di kalangan hamba - hamba Mu yang soleh.

16) Setiap kali aku ingin mengingati Kamarul, aku hanya ingin mengingati beliau sebagai seorang ketua yang jujur dan ikhlas yang amat setia kepada syarikat walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia seperti mana keikhlasan kita kepada negara tanpa mengharapkan apa - apa imbuhan, benarlah kata John F Kennedy, bekas president Amerika Syarikat, "don't asked what country can do for you, but what you can do/contribute to the country". Inilah falsafah hidup yang aku pegang hasil didikan arwah.    

18 comments:

  1. Alfatihah. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  2. Kepada Puan Zalida Zakaria.... semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini..... Tidak ada kata-kata yang mampu mentafsirkankan Betapa sedihnya berita kehilangan seorang teman, kawan, suami... Ida terpaksa menerima dan menanggungnya. Allah telah memilih Ida... Hanya doa yang mampu aku berikan semoga Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini kepada beliau sekeluarga.
    Aku masih menyimpan dan menggunakan sebuah buku dan tasbih yang dihadiahkan oleh Ida kepada aku, dimasa aku dalam kecelaruan fikiran yang amat sangat satu waktu dulu...... Thanks to Ida you are the best.
    Dari Kak Num

    ReplyDelete
  3. Assalam...semoga arwah di tempatkn di kalangan org2 mukmin..Insyallah..sesungguhnya menurut blogger arwah seorang yg sangat jujur dan ikhlas..tidak berburuk sangka..tetapi tidak salah bg seorang suami berasa cemburu sekiranya isterinya rapat dgn lelaki lain..ada kemusykilan di sini..blogger merupakan staf bawahan arwah dgn terang menyatakan tidak rapat dgn ketuanya sendiri iaitu arwah tetapi bgaimana hubungan yang tersangat rapat boleh terjalin antara blogger dan isteri arwah?..mungkin blogger menyimpan dendam terhadap arwah..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 kita sebagai pembaca yg tidak tahu akan cerita disebalik cerita ..sebaiknya mendoakan yg terbaik buat arwah dan juga buat isteri arwah dan anak2...tak perlu hendak membuat andaian yg tanpa kita sedari boleh menimbulkan fitnah atau mendatangkan dosa saja....

      Delete
  4. Assalam..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tmpatkn di kalangan org2 yg beriman..insyallah..dpt dirasakn arwah ialah seorang yg amat jujur dan sgt ikhlas dlm kehidupannya samada pd kerjaya atau pon prhubungan..seperti yg digmbarkn oleh blogger..tidak salah rasanya seorang suami brasa cemburu sekiranya lelaki lain brgaul rapat dgn isteri sendiri..musykilnya disini ialah blogger merupakan staf bawahan arwah yg dinyatakn blogger tidak begitu rapat dgnnya tetapi lebih rapat dgn isteri arwah yg tiada prtalian kerjaya dgn blogger..dari tulisan blogger dpt dirasakn mungkin blogger merasa dendam dan melepaskan di blog setelah arwah tidak dpt mmpertahankan dirinya lg..wallahualam

    ReplyDelete
  5. Assalam. Why on earth did u write all these about arwah? Hidup arwah tersiksa disebabkan awak. U screwed his life by having an affair w his wife while he was away mencari rezeki utk keluarga. U were caught red handed by arwah's brother. Tp arwah tetap bertahan dlm perkahwinan disebabkan anak-anak. Saya sebagai ahli keluarga sgt marah dgn artikel ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sekiranya saya ingin memperkatakan sesuatu disini...
      Bukan untuk memihak kepada sesiapa mahu pun untuk menimbulkan cerita yg lama...tapi sekadar ini menyatakan sesuatu yg benar...
      rasanya disini ada ketidak adilan saudara dlm bercerita.Saya sebagai salah sorg kawan arwah yg agak rapat kepada pasangan suami isteri ini..dan saya juga pernah berkerja bersama2 dgn arwah semasa bertugas di Sudan beberapa tahun sebelum ini...jadi saya tahu apa yg sebenarnya berlaku sewaktu arwah bekerja disana.....Didalam perkara ini rasanya arwah juga ada melakukan kesilapan...yg rasanya "wife" dia lebih mengetahui atau mungkin saudara juga tahu...tak perlu saya nyatakan disini..cuma apa yg boleh saya katakan.....apa yg saudara tulis berkenaan "wife" arwah adalah perkara yg sama apa yg arwah pernah lakukan kesilapan juga....tak baik hanya membuat tuduhan pada belah 1 pihak....sdgkan pihak yg 1 lagi pun turut melakukan kesilapan yg sama...

      Delete
  6. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman.

    ReplyDelete
  7. As salam.. Al fatihah utk Allahyarham Kamarul. Dr cerita blogger nmpk seolah2 u baru dpt luahkn apa yg bersarang di hati. Ketidakpuasan hati u trhadap arwah & dlm masa yg sama u baru trsedar kebaikan nya, bermaksud u ada rasa bersalah.. Bgus la.. Moga isteri & anak2 arwah tabah & bersabar di atas ujian yg maha hebat ni. Jika blogger berniat baik utk membantu, alhamdulillah.. moga bantuan yg di beri tanpa ada niat yg tidak baik & bukan tujuan untuk ambil kesempatan.. Moga Allah membalas dgn kebaikan..

    ReplyDelete
  8. Blogger tk nk comment apa2 ke psl hubungan sulit dgn isteri arwah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf....kenapa saudara perlu menanya perkara yg rasanya tak perlu untuk saudara tahu.....Bukan ke lebih baik mendoakan yg terbaik buat arwah..mendoakan agar penulis berubah dan menyedari akan kesilapannya ..dan mendoakan kebahagiaan buat isteri arwah dan anak2nya....

      setiap manusia melakukan kesilapan dan kesalahan....dan kdg2 kesilapan dan kesalahan itulah yg akan membuat seseorang itu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.....berfikir lah secara baik2....

      Delete
  9. Blogger ni berani bersuara selepas arwah dh tkde je..msa arwah ada..termasuk teloq..

    ReplyDelete
  10. Rasanya yg memberi komen diatas yg termasuk teloq...sbb bersembunyi disebalik komen...
    .....jgn mudah menuduh org jika diri sendiri pun tak sesempurana mana....kalau diri sendiri tak sepenuhnya ber sikap jujur

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Kpd yg Berselindung "Anonymous",

    Minta maaf komen anda terpaksa dikeluarkan memandangkan ulasan sudah menjadi terlalu keterlaluan and bersifat peribadi. Blog ini bukan bertujuan untuk menyerang peribadi seseorang, samaada yg telah mati mahupun yg masih hidup. Sebarang ketidakpuasan haruslah ditujukan terus kpd tuan yg empunya diri atau secara berdepan. Tidak perlulah kita membicara kisah yg lepas2 dlm blog, berfikirlah secara matang sedikit, dan jgn lah terlalu emosional. Semua org buat silap, dan aku percaya pengulaskan [anonymous] ini pun terdapat banyak kesalahan dan kesilapan diri bukan? Lagi banyak aib org lain yg kita dedah, lagi banyak aib kita org akan dedahkan bukan?

    ReplyDelete