1) Telah menjadi prinsip aku untuk bersikap liat dalam memberi sedekah kepada peminta sedekah jalanan. Bukan aku hendak berlagak, tetapi perbuatan memberi sedekah kepada golongan ini langsung tidak akan membantu mereka. Malah akan menambah parah kepada masyarakat.
2) Iklim dan suasana tenang dan mewah jelas membentuk satu budaya negatif kepada rakyat negara ini. Terdapat golongan yang sanggup bekerja hanya dengan meminta sedekah kerana mereka sedar rata - rata rakyat negara ini mudah berasa simpati terhadap golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Budaya bersedekah bukanlah tidak baik, malah ia amat dituntut oleh Islam. Tetapi budaya ini juga boleh menjadi barah kepada masyarakat jika diamalkan tanpa diselit oleh pemikiran yang strategik dan objektif.
3) Sudah terdapat ramai orang mengambil kesempatan terhadap sikap mudah rasa simpati masyarakat Malaysia ini. Antara tempat popular yang sering menjadi perhatian golongan peminta sedekah ini termasuklah di depan bank, di depan masjid dan di kedai atau gerai - gerai makan. Di depan bank memang diketahui merupakan tempat orang - orang berduit mengambil atau menyimpan wang mereka, maka peluang untuk mendapat habuan amatlah tinggi sekali. Di depan masjid pula elemen agama boleh diguna pakai, modal yang sering diguna pakai biasanya nak buat asrama anak - anak yatim, memerlukan modal untuk bina sekolah agama dan macam - macam lagi. Di kedai atau gerai - gerai makan kaedah yang sering digunakan pakai pula ialah dengan menyerlahkan kedaifan diri atau kecacatan diri untuk meraih simpati. Inilah kaedah - kaedah yang sering diguna pakai oleh golongan ini. Modus operandi mereka tetap sama, iaitu dengan meraih simpati daripada prospek masing - masing.
4) Aku tidak pasti badan - badan penguat kuasa ada mengambil serius perkara ini, setakat yang aku nampak dengan mata ku, tiada tindakan atau operasi dari pihak berkuasa bagi membendung budaya ini.
5) Kaedah meraih simpati ini juga dilakukan oleh orang yang terdesak untuk mendapatkan wang, kadang - kadang mereka telah lupa dosa yang pernah dilakukan terhadap pemiutang sebelum ini, tanpa segan silu meminta pertolongan daripada orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Inilah golongan yang MUDAH LUPA.
6) Pada satu ketika pernah meminta pemiutang agar merahsiakan perbuatan mereka, kononnya tidak mahu memburukkan keadaan, tetapi sebenarnya mereka hendak menutup malu bagi menjaga maruah diri. Jelas ini merupakan perbuatan yang "double standard". Dosa bersekongkol dalam merosakkan kehidupan seseorang telah dilupakan begitu sahaja, tanpa segan silu mereka mengemis simpati dari orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Lebih buruk lagi mereka langsung tidak meminta maaf atas perbuatan mereka sebelum ini.
7) Inilah manusia yang tidak pernah cermin diri sendiri, membangga diri lalu buta tentang kekhilafan diri sendiri. Bolehkah kita percaya dengan golongan ini? Sudah pasti tidak sama sekali.
No comments:
Post a Comment