1) Sedarkah ketika kita sibuk mendedah aib orang, tanpa disedari kita telah membuka aib diri sendiri. Mungkin terlalu marah dan disaluti oleh dendam kesumat dan kebencian, kita terlupa terdapat 1001 aib diri yang diketahui oleh orang lain juga.
2) Orang putih kata "it takes one to know one" - mungkin bidalan ini boleh diguna pakai dalam situasi di atas. Macam abang aku kata, kalau kita hendak mendedahkan keburukan orang lain, kita haruslah benar - benar bersih / baik, kalau tidak ia tidak laku / valid.
3) Sentiasa beringatlah jika ingin melakukan sesuatu dan sentiasa bermuhasabahlah, kerana jika jujur dengan diri sendiri kita akan dapat mengelak dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
4) Walaubagaimanapun aku ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana sudi meluangkan masa membaca dan mengulas setiap post yang disiarkan. Untuk pengetahuan semua, setiap post yang disiarkan hanyalah pengalaman dan pandangan peribadi aku yang bukan bertujuan untuk membuka aib orang. Kalau ada di kalangan pengunjung yang tidak puas hati, aku cadangkan agar pengunjung bukalah blog sendiri, ceritalah sepuas - puas hati apa yang tersirat di dalam hati. Bukanlah niat aku untuk jadi ajen penyiar fitnah pembuka aib orang.
5) Memandangkan keadaan sudah menjadi "PANAS", aku tidak akan teragak - agak untuk tidak menyiarkan ulasan yang dihantar jika didapati terlalu sensitif dan membuka aib orang yang berniat jahat dengan cara menfitnah.
6) Pada aku kita haruslah beretika baik dengan berlaku, jujur, adil, matang, "gentlemen", berterus terang dan bertanggungjawab atas setiap ulasan diberi, yang bukannya melempar batu sembunyikan tangan.
7) Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment