1) Kenyataan Hishamuddin berhubung ISA tidak akan dikembalikan jelas memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO dan orang Melayu khususnya. Aku percaya lebih 50% bahagian UMNO mengusulkan ISA dikembalikan pada perhimpunan agung UMNO nanti. Jelas sekali pandangan Hishamuddin tidak menepati kehendak akar umbi UMNO.
2) Inilah senario yang berlaku kepada politik UMNO ketika ini - suara akar umbi tidak sampai ke pucuk pimpinan. Jelas sekali Hisham yang juga naib president UMNO membelakangi suara ahli UMNO hanya kerana ini menjadi juara di mata president UMNO/PM. Mungkin beliau terhutang budi kepada president parti kerana secara tidak langsung telah membantu beliau dalam kempen mempertahan jawatan naib president UMNO baru - baru ini. Akibatnya beliau bertindak menjadi orang suruhan president parti dengan membelakangi suara akar umbi.
3) Sudah terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh PM ketika ini - pemansuhan ISA merupakan salah satu daripadanya. UMNO yang merupakan suara dan tunjang kekuatan orang Melayu - yang bertanggungjawab mengekalkan jawatan beliau sebagai PM telah dilupakan. Sebaliknya beliau terus melakukan kesilapan dengan terus memberi muka kepada parti pembangkang dan orang yang menolak beliau ketika PRU13 yang lepas. Beliau jelas tidak belajar daripada kesilapan, dan aku percaya kesilapan akan dibayar dengan hukuman bila sampai masanya kelak.
4) Kesilapan Pak Lah tidak dipelajari dan diperbetulkan, kesilapan pada PRU13 adalah akibatnya. Aku percaya beliau akan dihukum pada PRU14 nanti, malangnya beliau dari parti UMNO/BN, bukannya dari parti PKR. Akibatnya orang Melayu yang akan menanggungnya.
5) Adalah terlalu banyak keputusan beliau yang jelas tidak disenangi oleh ramai orang termasuklah aku. Terdapat suara yang mengatakan beliau kurang jiwa Melayu, terlalu pro Barat - rundingan perjanjian TPPA menimbulkan perasaan risau orang Melayu kerana masa depan orang Melayu bakal dikorbankan hanya untuk memastikan Malaysia memeterai perjanjian tersebut. Tidak banyak maklumat yang boleh didapati oleh rakyat Malaysia berkenaan perjanjian ini.
6) Tiada matlamat dan langkah yang khusus dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN dalam usaha mengembalikan Selangor kepangkuan BN/UMNO. Muka lama terus dikekalkan - yang jelas telah gagal. Mungkin PM sebagai ketua perhubungan UMNO Selangor patut digugurkan, digantikan dengan muka - muka baru yang lebih fresh atau pemimpin - pemimpin senior yang lain. Masa terus bergerak, pendekatan langsung tidak berubah.
7) PM lebih percayakan penasihat - penasihat beliau yang jelas tidak sensitif dengan nasib dan suara orang Melayu. Sebagai contoh beliau boleh menjadikan mantan PM sebagai penasihat beliau, terdapat ramai bekas pemimpin - pemimpin senior UMNO yang boleh dijadikan penasihat beliau termasuklah Tun Daim yang jelas berpengalaman dalam soal ekonomi. Sebaliknya beliau lebih percayakan penasihat yang tiada jiwa kemelayuan yang tidak sensitif dalam soal makan minum rakyat. Sebaliknya beliau lebih percayakan penasihat - penasihat yang dibayar berbillion ringgit dengan wang rakyat - pemberian wang BR1M merupakan contoh nasihat murahan [cheap advice] - suatu kaedah yang banyak diguna pakai oleh ramai ibu bapa Malaysia dalam mendidik anak agar berhenti menangis.
8) Malaysia juga sedang bergerak kearah ekonomi perdagangan seperti yang diguna pakai oleh Singapura ketika ini, tiada usaha dilakukan untuk membentukan ekonomi yang bersifat jangka panjang, seperti industri pembuatan dan reka bentuk yang jelas memberi impak jangka panjang yang dapat memberi nilai tambah kepada keupayaan rakyat Malaysia. Slogan Malaysia Boleh sudah tidak kedengaran lagi, sebaliknya slogan 1Malaysia sering kedengaran - ironiknya hubungan sesama kaum masih tidak berubah, bersengketa sesama sendiri.
9) Angka - angka pertumbuhan ekonomi negara terus naik, peliknya kadar jenayah dan harga barang keperluan harian terus naik, inflasi terus meningkat. Sudah menjadi keperluan kepada setiap pemilik rumah mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi meningkatkan sistem keselamatan rumah, gril yang dipasang pada pintu dan pagar rumah tidak mencukupi, pemilik rumah haruslah membayar khidmat anggota keselamatan dalam mengawal keselamatan rumah masing - masing. Jelas sekali badan yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan rakyat seperti pihak polis gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Soalnya di sini kenapa?
10) Petronas yang sebelum ini dijadikan pemangkin pembangunan dan penyertaan orang - orang Melayu dalam industri minyak dan gas yang berteknologi tinggi, melalui vendor development program (VDP), difahamkan sedang dikurangkan jumlahnya oleh pihak Petronas. Syarikat kereta Proton tidak diberi level playing field (handicap) untuk bersaing dengan syarikat - syarikat pengeluar kereta asing yang jelas mempunyai economic scale berbanding Proton. Kerajaan langsung tidak bersungguh - sungguh dalam membantu syarikat kebanggaan nasional ini.
11) Khazanah Nasional yang bertanggungjawab membantu syarikat - syarikat nasional di bawah seliaannya, lebih berminat menjadi pelabur bukannya sebagai pelabur yang memberi nilai tambah kepada orang Melayu khususnya. Akibatnya Syarikat Silterra bakal dijual kepada orang asing, syarikat kereta nasional Proton telah pun dijual kepada usahawan Melayu yang jelas memberi impak yang lebih baik berbanding pengurusan terdahulu ketika di bawah Khazanah. Jelas sekali DS Najib melihat sesuatu pelaburan itu dari satu sudut jangka pendek mahu pun sempit. Khazanah ingin menjadi Temasek Malaysia.
12) Percayalah wahai DS Najib, jika anda tidak berubah dan tidak belajar dari kesilapan, anda akan dihukum. Hukuman itu akan lebih dirasai oleh bangsa mu, dan anda akan dikenang oleh sejarah sebagai PM yang terakhir dari UMNO/BN. Kemusnahan yang dibawa oleh anda akan dirasai oleh anak dan cucu cicit mu dikemudian hari kelak.
No comments:
Post a Comment