1) Orang
Melayu ketika ini telah sampai di persimpangan masa depan mereka. Orang Melayu
telah berpecah kepada tiga kumpulan kecil UMNO, PAS dan PKR meski pun mereka
mewakili 60% populasi Malaysia - akibatnya mereka telah menagih / mengemis
sokongan dan undi dari bangsa lain terutama dari bangsa Cina yang bersatu di
bawah payung parti DAP. MCA parti yang sepatutnya mewakili bangsa Cina telah
ditolak, mengakibatkan iklim politik Malaysia kembali panas seperti sebelum
tragedi 19 Mei.
2) Suka atau
tidak inilah realiti yang melanda orang Melayu yang tidak bersatu dan kuat,
sedikit demi sedikit hak - hak keistimewaan mereka sedang dicabar dan dirampas
atas semangat moderasi yang dipelopori oleh akhbar The Star yang dimiliki oleh
parti MCA. NGO - NGO yang mempertahankan hak - hak orang Melayu termasuklah
Perkasa telah dilabelkan sebagai ektrem oleh golongan moderat ini, sedangkan
NGO - NGO tersebut hanya berjuang mempertahankan hak - hak Bumiputera dan nasib
orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
3) Seperti
yang telah dibincangkan dengan sahabat aku baru - baru ini, beliau telah
mencadangkan agar meletakkan Islam sebagai panji atau tiang seri kebersatuan
orang Melayu. Malangnya macam mana Islam akan kuat jika orang Melayu tidak
bersatu dan kuat? Soal aku kepada beliau. Apa yang berlaku di timur tengah
boleh dijadikan contoh - dimana orang Arab yang tidak bersatu maka Islam telah
diperkotak katikkan oleh musuh Islam. Apa yang berlaku di negara Arab boleh
berlaku di Malaysia, malah ia sedang berlaku, dan akan menjadi parah jika tiada
sebarang usaha dilakukan oleh badan - badan dan pihak yang bertanggungjawab,
terutama sekali UMNO dan kepimpinan orang Melayu.
4) Atas
faktor di ataslah aku berpendapat kepimpinan orang Melayu yang ditunjangi oleh
UMNO perlu melakukan tindakan drastik untuk mengembalikan sokongan orang Melayu
kepada UMNO/BN. UMNO sendiri perlu berubah sebelum diubah. Kepimpinan UMNO
sekarang jelas telah gagal menangani masalah dan kerisauan orang Melayu, apa
yang ternampak ketika ini, terdapat usaha mengemis undi dan sokongan dari
bangsa lain. Apa yang berlaku di Perak selepas PRU12 boleh dijadikan contoh,
dimana kepemimpinan Melayu PAS telah dijadikan lembu yang dicucuk hidungnya
oleh parti DAP. Melayu hanya berkuasa di atas kertas kerana undang - undang
tubuh kerajaan negeri Perak yang menetapkan menteri besar haruslah dari
kalangan orang Islam.
5) Tan Sri
Muhyiddin Yassin perlu dilantik menjadi president UMNO dan Perdana Menteri
Malaysia menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak. Masanya sudah tiba perubahan
kepimpinan UMNO dan negara dilakukan dari sekarang, jika tidak nasi bakal
menjadi bubur. Suka atau tidak inilah realitinya, orang Melayu harus prakmatis
dan berani berubah kerana suasana dan keadaan yang memerlukan. Jesteru Tan Sri
Muhyiddin perlu menerima beban yang dipikul, kerana ini merupakan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh beliau sebagai pemimpin parti politik bangsa.
6) Maka
dengan ini aku menarik kembali sokongan aku kepada Datuk Seri Najib sebagai
president UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dan memberi sokongan penuh kepada
Tan Sri Muhyiddin Yassin naik sebagai President UMNO dan Perdana Menteri
Malaysia menggantikan Datuk Seri Najib.
7) Perubahan
perlu dilakukan sekarang bagi memastikan kelangsungan kepimpinan orang Melayu
kekal ditangan orang Melayu yang juga merupakan pemangkin kestabilan politik
negara. Sejarah telah membuktikan jika orang Melayu bersatu dan kuat, ia bakal
memberi kestabilan ekonomi kepada negara, dimana setiap bangsa bakal memperolehi
nikmatnya.
No comments:
Post a Comment