Saturday, January 3, 2015

Antara Putrajaya dan Najib

1) Sebagai rakyat Malaysia kita berhak membuat perbandingan antara kepimpinan UMNO/BN sekarang dengan yang terdahulu. Dengan iklim politik dan ekonomi negara yang tidak baik ketika ini, maka kita harus beri peringatan dan teguran terhadap kepimpinan negara.

2) Nasib yang menimpa kepimpinan DS Abdullah (DSA) seharusnya dipelajari dan diperbetulkan, malangnya TIDAK dipelajari oleh kepimpinan sekarang, akibatnya BN keputusan PRU13 adalah lebih teruk daripada PRU12 yang lalu, berkemungkinan besar BN bakal tumbang pada PRU14 nanti. Jelas sekali dasar dan pendekatan populis yang dilaksanakan sebelum PRU13 gagal meningkatkan sokongan kepada BN, sebaliknya ia menjadi lebih teruk, malangnya ia masih dikekalkan dan diteruskan.

3) Adakah orang Cina dan India akan kembali menyokong BN? Jawapannya TIDAK. Kenapa? Jawapannya, kerana orang Melayu tidak bersatu. Jika dikaji sejarah kemerdekaan negara, bangsa Cina dan India menyokong UMNO setelah terbentuk kebersatuan orang Melayu menentang Malayan Union dan ketika menuntut kemerdekaan daripada British. Orang Cina melalui MCA manakala orang India melalui MIC bersatu di bawah parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman yang mewakili UMNO.

4) Seharusnya DSN perlu belajar dari gaya kepimpinan TS Taib Mahmud di Sarawak - kepimpinan yang kuat dan tegas yang telah mengekalkan BN di Sarawak sampai sekarang, malah hubungan antara kaum di Sarawak adalah lebih erat berbanding di semenanjung. Sejujurnya aku bersetuju dengan pandangan TS Zam zamkata.

5) Terlalu banyak kelemahan terdedah ketika di bawah pemerintahan DSN, beliau lebih banyak mendengar nasihat daripada penasihat - penasihat yang kurang sensitif terhadap nasib bangsa, banyak keputusan yang bersifat populis yang jelas tidak memberi manfaat jangka panjang kepada Negara dan rakyat, BR1M jelas merupakan rasuah untuk mendapatkan undi dari rakyat.

6) Membiarkan isteri menonjol sikap yang aktragavanza yang bakal memberi imej yang kurang baik terhadap pentadbiran beliau, yang bakal memberi andaian bahawa isteri mempunyai pengaruh terhadap keputusan beliau dalam soal pentadbiran negara, beliau seharusnya mencontohi sejarah Ferdinand Marcos di Filipina.

7) Dipercayai lebih 70% bahagian UMNO telah mengusulkan agar ISA dikembalikan, ini termasuklah cawangan aku. Malangnya ia langsung tidak diendah oleh President UMNO. Kerisauan orang Melayu terhadap hak - hak mereka yang sedang terhakis - tidak diendahkan. Iklim ekonomi negara dan kenaikan harga barang juga tidak diendahkan.

8) DSN adalah PM Malaysia yang berjiwa aristokrat, yang gagal melihat nasib dan memahami nasib rakyat marhaen. Beliau tidak pernah menghadapi tentangan dalam UMNO, sering mengambil jalan selamat, dan mengambil jalan mustahil dengan cuba memuaskan hati semua orang. Beliau gagal memperlihatkan kepimpinan yang tegas, yang bersifat "single minded" demi untuk masa depan negara dan bangsa.

9) 1MDB satu lagi contoh yang menjerat leher. Ketika negara bergelumang dengan berbagai masalah dalaman dan baget defisit, 1MDB ditubuhkan - bertambahlah hutang negara.

10) Terdapat banyak lagi kesilapan - kesilapan yang telah dan sedang dilakukan DSN. Malangnya rakyat biasa seperti akulah yang akan menanggungnya. Benarlah seperti kata sahabat aku dahulu "Rakyat merindui kepimpinan negara seperti ketika era Tun Dr M". Aku tidak meminta pentadbiran DSN jadi seperti ketika era Tun M, tetapi sekurang - kurangnya beliau tidak membuat kesilapan - kesilapan yang jelas merugikan bangsa dan negara seperti yang aku nyatakan di atas.    



No comments:

Post a Comment