Wednesday, January 7, 2015

Antara Najib dan Abdullah

1) Salah seorang sahabat aku pernah membandingkan pemerintahan DS Abdullah (DSA) dengan DS Najib. Berikut dinyatakan fakta - fakta beliau:


  • Jika  Pak Lah ada Khairi Jamaluddin (KJ), Rosmah Mansor. Kedua - dua KJ dan Rosmah adalah orang terdekat PM yang memberi kesan negatif terhadap kepimpinan kedua - dua PM. Kesan daripada persepsi terhadap KJ telah pun menjatuhkan Pak Lah. Manakala kesan Rosmah terhadap PM bakal memberi kesan yang sama kepada beliau.
  • Jika dasar Pak Lah yang kononnya berjimat cermat dengan membatalkan jambatan bengkok dan electrified double track, manakala Najib boros berbelanja membina infrastruktur seperti MRT dan 1MDB yang menelan kos berbilion ringgit dan menambahkan hutang negara. 
  • Ketika pemerintahan Pak Lah, salah satu matlamat beliau adalah dengan mengurangkan defisit belanjawan negara. Manakala ketika di bawah pentadbiran Najib, defisit belanjawan negara telah bertambah, justeru telah meningkatkan beban hutang negara.
  • Jika Pak Lah sedia meletak jawatan selepas BN gagal mengekalkan majoriti 2/3 majoriti, manakala DSN masih degil tidak mahu meletak jawatan dan masih mabuk kuasa di bawah pengaruh sindrom penafian - walaupun prestasi beliau ketika PRU13 yang lepas jelas lebih teruk daripada pemimpin sebelum beliau.
  • Jika pentadbiran Pak Lah diulit dengan pengaruh tingkat 4, yang sering mempengaruhi keputusan beliau. Manakala keputusan Najib pula sering dikaitkan dengan pengaruh penasihat - penasihat beliau yang jelas tidak sensitif terhadap masalah rakyat, kerisauan dan nasib anak bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment