1) Manusia mempunyai berbagai cara untuk menyuarakan perasaannya dengan perbuatan atau secara verbal. Selagi perbuatannya dan percakapannya baik dan bertujuan baik maka kita harus memandang baik walaupun beliau mempunyai niat sebaliknya.
2) Malangnya ada di kalangan kita yang memandang serong terhadap perbuatan baik tersebut, peliknya mengapa kita harus berfikiran sedemikian. Inilah yang menjadi tanda tanya dalam diri saya.
3) Islam mengajar kita harus bersikap adil terhadap sesiapa saja termasuklah musuh sendiri, malangnya kita lebih suka mendengar cerita yang kita suka, hasilnya mungkin kita membuat keputusan yang tidak adil atau berat sebelah dengan hanya mendengar pandangan di satu belah pihak saja, oleh itu kita akan menjadi seorang yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang adil terhadap umatnya.
4) Kebenaran selalunya pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataannya, suka atau tidak kita haruslah mendengarnya dengan hati terbuka, hasilnya kita mungkin akan membuat keputusan yang adil.
5) Manusia ada berbagai cara untuk meluahkan perasaan, salah satu dengan memberi hadiah kepada orang disayangi, menyuarakan perasaan tersebut terus kepada orang tersebut dan berbagai lagi cara. Malangnya masih ada dikalangan kita masih berperasangka buruk terhadap orang tersebut, perbuatan tersebut akan dianggap sebagai perbuatan yang tidak ikhlas atau membodek untuk mendapat sesuatu.
6) Ada ahli politik yang bekerja dan berusaha dengan bersungguh dengan memberi bantuan akan dianggap sebagai rasuah atau memancing undi, soalnya disini adakah kita tahu mereka benar - benar ikhlas atau tidak? Kita lebih suka beranggapan serong terhadap ahli politik tersebut. Mengapa kita harus beranggap begitu? Adakah kita cemburu? Atau pun benar - benar mengetahui bahawa beliau tidak ikhlas? Yang pastinya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Wang

1) Tidak dinafikan wang adalah sumber yang amat penting dalam kehidupan kita, segala - galanya memerlukan wang, samaada untuk makan, beli barangan keperluan harian hatta hendak mati sekali pun memerlukan wang.
2) Tetapi wang tidak boleh membeli kebahgiaan, kasih sayang dan akhirat. Malangnya tanpa kita sedari ada dikalangan kita bermusuhan dan bermasam muka kerana wang. Suami dan isteri boleh bercerai kerana wang, sahabat karip boleh menjadi musuh kerana wang, adik - beradik serta kekeluargaan boleh berpecah berai kerana wang.
3) Wang secara fizikalnya hanyalah kertas yang tak bernilai, tetapi kertas tersebut boleh menyebabkan kita berbunuhan sesama sendiri dan bermasam muka sesama sendiri.
4) Pertalian kekeluargaan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi sebaliknya yang berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari. Kita selalu terlupa atau tanpa sedari.
5) Tetapi kenyataan inilah yang berlaku dan sedang berlaku kepada kita. Pada anggapan saya, ianya mungkin disebabkan oleh sifat tamak kita yang menyebabkan kita menjadi hamba duit.
6) Ingatlah kasih sayang, kebahgiaan dan akhirat tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.