1) Penyakit orang pandai ialah riak, sombong dan takbur. Penyakit ini akan bertambah serius jika seseorang tersebut adalah dari golongan yang terkenal dan dikenali.
2) Inilah yang berlaku kepada Marina Mahathir, Dr. Asri dan Nik Aziz, tiga orang insan yang amat dikenali di seluruh Malaysia. Bacalah blog mereka dan cubalah fahaminya. Inilah yang dikatakan insan yang pandai tetapi kurang bijak, yang beranggapan pandangan yang tidak sealiran dengan mereka akan dianggap sebagai tidak penting atau lebih teruk lagi dianggap sebagai "rubbish".
3) Bila kita belajar untuk memahami sesuatu, tanpa disedari kita akan jadi semakin jauh untuk tidak memahaminya langsung, malah ada yang menjadi sesat. Bila kita belajar agama untuk mendekatkan diri dengan Allah, tanpa disedari kita akan menjadi lebih jauh daripadaNya. Inilah polemik yang sering berlaku kepada setiap orang, hilangnya sikap berlapang dada, akhirnya kita akan mengambil pendekatan untuk melihat sesuatu dari syariatnya sahaja tanpa melihat hakikatnya. Kita akan melihat sesuatu dari sudut yang sangat sempit, lebih idealistik tetapi tiada praktikalnya. Akhirnya kita akan menjadi ekstrem, lalu terus menutup minda kita kepada pandangan lain, terutama sekali pandangan yang bersifat bertentangan.
4) Tun. Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang boleh dikelaskan sebagai pemimpin yang tawaduk, yang boleh dijadikan contoh. Faktor yang banyak membantu beliau kekal menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Faktor yang jelas gagal dihayati dan diikuti oleh anak perempuan beliau. Setiap orang akan berasa senang dan seronok jika dapat berjumpa beliau, kerana beliau jelas telah mengenepikan "physical barrier", sedia mendengar setiap persoalan yang dilontarkan kepada beliau samaada yang bersifat menentang mahupun yang berunsur ekstrem. Beliau akan cuba memberi jawapan kepada setiap persoalan yang diutarakan secara yang amat berhemah sekali.
5) Personaliti yang dibentuk adalah disebabkan cabaran getir dan pengalaman hidup yang telah ditempuhi oleh beliau. Faktor inilah yang membentuk keperibadian beliau yang sentiasa tawaduk walaupun telah digelar sebagai negarawan.
6) Mungkin benar apa yang telah dikatakan oleh saudara Najieb Mokhtar, Tun Dr. Mahathir mungkin telah mempelajari ilmu hakikat. Sesiapa yang mempelajari ilmu tersebut akan berupaya meramal dan melihat masa depan, beliau juga dapat melihat sesuatu tersebut dari sudut hakikatnya, bukan hanya dari sudut syariatnya sahaja, kerana hakikat sering berbeza dengan syariatnya. Lihatlah setiap dasar - dasar yang telah dilaksanakan oleh beliau ketika menjadi PM Malaysia dahulu, semuanya bersifat yang memberi kesan jangka panjang kepada negara. Sering kali dasar - dasar yang dilaksanakan oleh beliau akan menjadi kontroversi kerana kita sering melihatnya dari sudut jangka pendek, tanpa melihatnya dari segi kesan jangka panjang. Malah kita sering tidak dapat mengerti apa yang ingin dicapai oleh beliau melalui dasar - dasar tersebut? Hanya orang yang melihat dari sudut hakikatnya sahaja dapat mengerti apakah matlamatnya.
7) Kalau direnung kembali, adakah dengan hanya membaca buku dan berfikir secara logik akan membuatkan kita dapat meramal masa depan dengan tepat? Manusia hanya dapat meramal sahaja, tetapi ramalan tidak selalu tepat. Manusia memerlukan satu lagi ilmu, ilmu mengenali Allah, sedar tentang kebesaranNya, iaitu ilmu hakikat. Oleh itu, janganlah kita cepat menghukum seseorang tersebut tanpa melihatnya secara lebih mendalam, kerana hakikatnya mungkin berbeza. Pepatah Inggeris pernah menyebut "don't judge the book by its cover". Jadi janganlah menghukum Tun Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, kerana hakikatnya Anwar Ibrahim adalah seorang yang munafik dan bisexual. Sebaliknya kita haruslah berterima kasih kepada beliau kerana hakikatnya Malaysia berjaya membebaskan diri daripada pengaruh Amerika Syarikat jika Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara. Kalau Anwar Ibrahim tidak dipecat, Malaysia mungkin akan jadi seperti Mesir ketika ini, itulah hakikatnya.
8) Tindakan kerajaan menghalang beberapa pihak tertentu melakukan demontrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir baru - baru ini, haruslah dilihat secara lebih mendalam. Janganlah melihat dari sudut perbuatannya sahaja, tetapi matlamat dan tujuannya dilupakan. Apakah matlamat demontrasi tersebut? Adakah tindakan pihak tersebut selari seperti yang telah digariskan oleh undang - undang? Adakah golongan tersebut benar - benar ikhlas dalam membantu saudaranya di Mesir? Adakah membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir merupakan tindakan yang tidak baik yang tidak "concern" kepada perjuangan saudaranya di Mesir ataupun lebih pentingkan diri sendiri? Adakah pendekatan melakukan demontrasi atau menyerahkan memorandum kepada setiap kedutaan tersebut merupakan pendekatan yang berkesan? Sudah banyak kali rakyat Malaysia telah melakukan demontrasi dikedutaan Amerika Syarikat bagi membantah sikap kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin. Soalnya di sini, adakah kita telah mencapai "tangible result" dari pendekatan tersebut? Jelas Israel masih lagi berleluasa dalam melakukan tindakan - tindakan yang "barbaric" terhadap rakyat Palestin. Adakah dengan jatuhnya kerajaan regim Mubarak di Mesir akan mengembalikan demokrasi kepada Mesir, mendemokrasikan Mesir daripada Amerika Syarikat? Dapat meningkatkan kembali taraf hidup rakyat Mesir? Dapat kembali mengurangkan kadar pengangguran di Mesir? Bolehkah kerajaan baru Mesir nanti dapat mengurangkan kadar inflasi dan harga barang yang melambung tinggi? Bolehkah kerajaan tersebut dapat mengurangkan kadar rasuah, korupsi dan persepsi rasuah di kalangan rakyatnya terhadap mereka?
9) Semua persoalan di atas masih belum mampu dijawab. Kerajaan baru Mesir dan rakyat Mesir haruslah banyak bersabar, sebelum segala dasar yang akan dilaksanakan nanti akan dapat membuahkan hasil. Setiap yang baik tidak akan dikecapi dalam jangka masa yang singkat, seseorang tersebut haruslah melalui pahit maung dan cabaran getir sebelum mencapai kejayaan. Kesabaran amat diperlukan, kerana sabar adalah sebahagian dari iman, akhirnya iman akan bertambah kukuh hasil dari kesabaran kita seiring dengan kejayaan kita. Inilah resipi kejayaan yang abadi, yang diberkati olehNya.
P/S : Pandangan yang dinyatakan di atas, hanyalah nukilan peribadi penulis, hasil daripada pengamatan penulis terhadap situasi yang berlaku ketika ini. Faktanya mungkin kurang tepat, tetapi penulis mendapati ianya logik dan harus diketengahkan kerana berpendapat, kita sering gagal melihat sesuatu perkara tersebut dari sudut yang lebih jelas dan perlu diberi keutamaan kerana ramai di kalangan kita sering melihat sesuatu perkara tersebut dari ranting - rantingnya tetapi tidak dari terasnya samaada dalam soal agama mahupun duniawi.
No comments:
Post a Comment