1) Aku berpeluang mendapatkan buku ini secara percuma jika sampai lebih awal ketika menghadiri sesi pertemuan para blogger dengan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di restoran NZ jalan ampang pada 9.30 malan, 10hb Mac 2011 yang lalu. Walaubagaimanapun aku tetap akan beli buku tersebut jika sahabat blogger ku Rocky gagal mendapatkan buku tersebut daripada pihak penganjur program majlis.
2) Namun buku tersebut setakat ini telah berjaya memanaskan punggung dua orang ahli politik terkenal Tengku Razaleigh Hamzah dan tak lain dan tak bukan saudara Anwar Ibrahim. Kedua - dua mereka baru - baru ini telah mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan diri terhadap tuduhan yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir di dalam memoirnya.
3) Jelaslah Tun Dr. Mahathir membuat keputusan yang tepat merahsiakan tarikh pelancaran buku tersebut. Jika ia tidak dirahsiakan, Tun bakal menghadapi injuksi mahkamah menghalang pelancarannya. Akhirnya hak rakyat Malaysia untuk membaca memoir beliau terhalang dan gagal melihat kejadian - kejadian yang berlaku dari kaca mata Tun Dr. Mahathir.
4) Aku ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia haruslah membaca buku tersebut kerana ia bukan hanya mencatatkan siri kejadian - kejadian yang berkaitan politik tanahair, malah ia turut mencatatkan sejarah hidup beliau sejak kecil lagi sehinggalah sekarang. Sejarah kehidupan beliau sedikit sebanyak ada perkaitan dengan sejarah Malaysia.
The long awaited book is finally complete, and hope it can be a guiding principle for the next generation..
ReplyDeleteAmadeus