1) Ketika pulang dari Pantai Timur, aku terdengar lagu Inayah, nyanyian Zainal Abidin dari album Hijau. Ia mempunyai maksud yang sangat mendalam.
2) Jadi aku mengambil keputusan untuk menyiarkan lagu ini agar kita dapat menikmati serta menghayati maksudnya bersama - sama.
Lirik :
Biar ku berdiam saja
Dari ku berpura - pura
Ku jauh dari gembira
Ku lihat anak di bumi
Melarat merana kerna
Dosa kami
Sengketa yang berlaku
Salah mereka
Bukan salah ku
Bertepuk hanya tangan kiri
Dapatkah sebelah berbunyi
Sendiri
Tangan - tangan setiap insan di bumi
Jangan musnahkan
(Segala yang diberi) 2x
Maka harus kita
Biar pun jalan berbeza
Bersekutu bersama
Dunia ini hanya fana
Biar dia yang menentukan
Semua
Biar dia yang menjaminkan masa depan mu
Sabar, sabarlah
(Walau apa yang menimpa mu) 2x
Larilah lari dari bala di bumi
Janganlah kau dibutakan oleh kesenangan
Larilah lari dari jalan dikeji
Percayalah dunia ini pasti
Disuatu hari diambil kembali
Ohh ohh uhmm uhmm
Adalah harapan segalanya
Biar mereka saling
(Menyintai saudara yang ada) 2x
Larilah lari dari bala di bumi
Janganlah kau dibutakan oleh kesenangan
Larilah lari dari jalan dikeji
Percayalah dunia ini pasti
Disuatu hari diambil kembali
3) Album Hijau - Zainal Abidin, pada aku merupakan antara album Melayu terbaik selain dari M Nasir, Ramli Sarip dan lain - lain, yang harus disimpan sebagai koleksi khazanah muzik Melayu.
4) Suatu ketika industri muzik tempatan terutama sekali muzik Melayu telah mencapai tahap tinggi, terutama sekali ketika 80an dan 90an dahulu. Walaupun dihimpit dengan masalah cetak rompak dan beberapa lagi larangan dari pihak berkuasa, pemuzik - pemuzik tempatan masih mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi seperti album ini.
5) Benarlah kata M Nasir, pemuzik dan artis sekarang tiada "soul" atau jiwa baik dalam muziknya mahupun dalam kariernya. Berbeza dengan artis dahulu, yang bermula dengan bermain muzik dan menyanyi di kelab malam, malah ada yang bermula dengan bermain muzik di majlis kenduri kahwin, kemudian itu naik menjadi "recording" artis, sehinggalah popular, dan kekal menjadi lagenda muzik tanahair. Muzik yang dimain adalah "muzik cari makan" kerana ia bakal menentukan masa depan masing - masing dalam industri muzik. Akhirnya roh atau penjiwaan pun datang secara tidak langsung.
6) Berbeza dengan kebanyakan artis zaman sekarang yang kadang - kadang lebih kuah dari sudunya. Bintang mereka sering bergemelapan sekejap sahaja, kemudian itu hilang ditiup angin. Kerana apa ini berlaku? Kerana tiadanya penjiwaan dalam muzik masing - masing.
Banyak program TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan beberapa lagi gagal mencari mutiara seperti ni, tentu ada sebabnya atau mungkin mereka lebih mementing kantong sendiri.
ReplyDeletePuan Seti,
ReplyDeleteSaya tak beranggapan begitu. Pada saya program tersebut berjaya mencungkil bakat - bakat baru, sambil pada masa yg sama berjaya mengaut keuntungan. Malangnya bakat - bakat yang dihasilkan dari program ini gagal meneruskan momentum tersebut kerana tiada jiwa atau "soul". Industri muzik hanyalah tempat utk mereka "menumpang" glamour bukan tempat mencari duit atau karier. Benarlah kata org tua - tua, cepat naik cepatlah jatuh. Seperti yg telah dirungkaikan, artis dahulu bermula dari kelab mlm dan dari majlis kenduri, kemudian tu baru jadi recording artis. Artis sekarang bypass semua tu, Mawi sebagai contoh, dia langsung tak terlintas nk jadi artis. Search sbg contoh, dari JB dtg KL main kt kelab mlm dulu, sewa rmh ramai - ramai, duit hari - hari tak cukup, harapkan duit dari dlm kelab mlm. Ada yg buat album, syarikat rekod gulung tikar, ada yg kena "kencing" dgn syarikat rekod. Bila dah popular, kena ban pulak. Macam - macam lagi la. Tapi itulah asam garam kehidupan artis - artis dahulu, everything susah. Bila dh dpt melekatlah. Sekarang ni mudah, nak jadi artis pun mudah, suara sedap sikit, muka lawa ka hensem sikit ja dah boleh jadi artis dah. Akhirnya artis tersebut terlalu bergantung kpd kehenseman dia, lalu terlupa nak menajamkan bakatnya. Sebab bakat hanya dtg dlm seribu, apa yg membezakan kita dgn artis lain, kenapa kita disukai sebab bakat kita berbeza dari org lain itu yg org cari. Ramli Sarip, M Nasir, Amy Search semuanya mempunyai identiti masing - masing. Bila kita hilang identiti, kita juga akan hilang, "gone with the wind".