1) Sebagai rakyat marhein, aku hanya dapat melihat dari jauh dan hanya dapat merasai kesan perlaksanaan dasar hasil dari kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak [DSN]. Kesimpulan yang dibuat hanya berdasarkan apa yang aku tempuhi dan rasai serta hasil dari maklumat yang tidak rasmi dari mulut ke mulut yang mungkin ada benarnya atau mungkin tidak benar sama sekali.
2) Jadi pandangan yang bakal akan dikemukakan nanti mungkin bersifat sempit dan hanya dapat melihat dari kulitnya sahaja, hakikatnya mungkin jauh beza sama sekali. Oleh itu terlebih dahulu ingin ku memohon maaf atas kedangkalan ini.
3) DSN telah menerajui kepimpinan negara lebih daripada 2 tahun, tempoh tersebut masih lagi singkat bagi seseorang PM dan rakyatnya untuk melihat hasil setiap polisi yang dilaksanakan. Seperti yang telah Tun Dr. Mahathir pernah nyatakan, setiap PM memerlukan tempoh sekurang - kurangnya 2 tahun untuk merangka dan melaksanakan polisi, manakala 2 tahun lagi untuk melihat hasil dari polisi yang telah dilaksanakan itu. Maka setiap PM memerlukan sekurang - kurangnya 4 tahun untuk rakyat melihat hasilnya. Maka tempoh 5 tahun merupakan tempoh yang amat sesuai bagi rakyat menilai dan membuat keputusan samaada mahu mengekalkan pemimpin tersebut atau pun tidak.
4) Tun Abdullah telah pun melalui tempoh tersebut, beliau hanya kekal sepenggal sebagai PM kerana polisi dan perlaksanaan beliau jelas tidak disukai oleh kebanyakan rakyat. Hasilnya BN kalah teruk dalam PRU12 yang lalu. Sikap tamak haloba pemimpin tertinggi UMNO/BN, sombong dan terlalu beretorik merupakan alasan rakyat menolak kepimpinan BN/UMNO di bawah teraju Pak Lah.
5) Pengalaman yang dilalui oleh Pak Lah merupakan pengajaran yang sangat berguna kepada DSN, UMNO/BN dan orang Melayu khususnya. Aku yakin DSN belajar dari kesilapan tersebut, dan aku berharap ia merupakan "blessing in disguise" kepada UMNO/BN dan juga orang Melayu. Pengajaran pahit PRU12 jelas merupakan "wake-up call" kepada orang Melayu - kerana selain tamak haloba, sombong dan hasad dengki, orang Melayu juga terkenal dengan sikap mudah lupa.
6) Pendekatan perlaksanaan dasar yang dilakukan oleh DSN secara "reverse psychology" setakat ini agak berjaya, malah membuahkan hasil jangka pendek, manakala pendekatan dasar jangka panjang masih terlalu awal untuk didebatkan.
7) Kritikan pembangkang telah dijawab dengan kerja keras - pendekatan yang jelas tidak beretorik berbanding ketika era Pak Lah. Kepimpinan yang lebih inklusif - jelas dapat dilihat apabila PM telah cuba berhubung dengan rakyat melalui pelbagai medium, samaada secara maya [facebook, twitter dan blog] atau pun melalui radio serta melalui siri jelajah negara untuk bertemu rakan maya beliau. Salah satu lagi pendekatan yang menampakkan sikap atau daya kepimpinan inklusif beliau, apabila PM secara peribadi memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kebangsaan dalam piala Suzuki, malah beliau turun bersama - sama rakyat menonton secara langsung perlawanan bolasepak pasukan kebangsaan bermain di kejohanan piala AFF Suzuki.
8) Dalam sektor korporat pula, PM telah melantik beberapa individu yang jelas mempunyai kreadibiliti serta keupayaan untuk menerajui setiap syarikat yang dikuasai kerajaan [GLC]. Contoh yang jelas apabila beliau melantik Datuk Nazmi Salleh untuk menerajui Proton, manakala Tan Sri Hassan Merican telah digantikan oleh Datuk Shamsul untuk menerajui Petronas, Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai sebagai pengerusi FELDA. Secara kasarnya syarikat - syarikat tersebut mengekalkan momentum pertumbuhan masing - masing, malah Proton telah kembali menguasai pasaran kereta tempatan sambil turut mencatat keuntungan. Datuk Nadzmi Salleh yang berlatar belakangkan bidang automotif jelas nampak kehendak dan keperluan Proton untuk terus kekal sebagai salah sebuah syarikat automotif tempatan yang bebas dan berdaya saing. Kepentingan dan keperluan teknologi terus dititik beratkan oleh Datuk Nadzmi Salleh, yang jelas merupakan aset yang paling berguna kepada sesebuah syarikat automotif untuk kekal dalam industri yang amat mencabar dan sengit ini.
9) Manakala dalam soal politik pula, UMNO/BN sudah mula menunjukkan kestabilan - hasilnya jumlah sokongan orang Melayu dan India kepada BN mula kembali dan menampakkan penambahan. Malangnya sokongan kaum Cina masih belum kembali, sebaliknya bertambah buruk lagi. Contoh yang jelas dapat dilihat, ketika pilihanraya Sarawak. Sokongan kuat dari pengundi Bumiputera menyebabkan BN dapat mengekalkan Sarawak dengan majoriti 2/3. Mungkin kaum Cina memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali memberi sokongan kepada BN.
10) DSN mungkin boleh kekal menerajui UMNO/BN selama beberapa tahun lagi jika kerja kuat dan daya kepimpinan sekarang dapat dikekalkan. Peranan yang dimainkan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah [DSR] mungkin juga merupakan faktor pembantu - beliau ternyata aktif dalam aktiviti sosial serta NGO. Seperti unsur Yin dan Yang yang memerlukan antara satu sama lain. Faktor yang menjadi "catalyze" kepada 2 elemen bertentangan yang menjadi nadi penggerak. Contoh jelas terdapat antara Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, dimana Tun Siti Hasmah yang berjiwa lembut adalah merupakan nadi penggerak kepada Tun Dr. M yang berjiwa keras. Seperti kata Robert Greene dalam bukunya "Art of Seduction" chapter "The Ideal Lover" yang menghuraikan perhubungan dua manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain. Faktor yang menjadi elemen penggerak kepada sesuatu perhubungan.
11) Aku beranggapan, untuk melihat DSN "true colours" kita mungkin dapat melihatnya jika BN berjaya mengembalikan majoriti 2/3 pada PRU13 nanti. Ketika ini dasar yang dilaksanakan perlu mengambil pendekatan menarik benang dalam tepung. Jika beliau berjaya mengatasinya, ia akan menjadi pengalaman yang sangat berguna kepada beliau bila berhadapan soal pengurusan dan kepimpinan negara - kerana pada aku cabaran dan dugaan yang sedang dilalui sudah kuat magnitudnya.
12) Namun begitu, faktor DSR boleh menjadi elemen perosak jika ia gagal ditangani dalam jangka masa panjang, tetapi jika DSN berjaya "to keep her in check" sebaliknya ia juga bakal memberi impak positif kepada kepimpinan beliau dalam jangka masa panjang, Insyaallah. Pengalaman yang telah dilalui oleh President Ferdinand Marcos perlu dijadikan teladan.
No comments:
Post a Comment