1) Utusan Malaysia melaporkan, sila klik di sini, Nik Aziz sebagai berkata beliau tidak kisah siapa jadi PM Malaysia asalkan pemimpin tersebut beragama Islam.
2) Soalnya di sini, PM sekarang bukan beragama Islam ke? Kalau Islam sekali pun, bukan bermakna mereka tidak akan jadi kuda tunggangan DAP. Contoh yang paling jelas dapat dilihat ketika Nizar jadi menteri besar Perak. Beliau sebenarnya hanyalah proksi atau pun orang suruhan DAP. Jawatan MB hanyalah jawatan atas sekadar nama, tidak lebih daripada itu.
3) Kalau Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain beriya - iya ingin menjadi PM, mereka haruslah memeluk Islam terlebih dahulu. Salah satu syarat untuk menjadi Melayu di Malaysia, seseorang tersebut haruslah beragama Islam. Di Malaysia, hanya pemimpin Melayu yang akan diterima menjadi PM. Jadi kriteria tersebut sudah pun dapat dipenuhi oleh PM sekarang, maka tidak timbul soal pemimpin tersebut mesti beragama Islam untuk menjadi PM.
4) Pada aku Nik Aziz merupakan ajen perosak Islam di Malaysia, beliau sedar untuk memecahkan orang Islam di Malaysia, beliau perlu mengasingkan definasi orang Melayu itu daripada Islam. Pada beliau, Melayu itu hanyalah keturunan yang berdarah Melayu. Sedangkan definasi Melayu itu berdasarkan perlembagaan menetapkan seseorang itu haruslah beragama Islam. Jadi Nik Aziz sedar tentang implikasi ini terhadap perjuangan politik PAS beliau, maka beliau berpendapat Melayu itu haruslah diasingkan daripada Islam. Jika strategi ini berjaya memesongkan orang Melayu, maka peluang cita - cita perjuangan politik beliau akan berjaya.
5) Jadi untuk memastikan perpaduan orang Melayu terus kekal, UMNO dan orang Melayu yang sedar tentang implikasi ini, haruslah melakukan sesuatu bagi menghalang cita - cita politik Nik Aziz, kerana beliau merupakan musuh dalam selimut terhadap perpaduan orang Melayu / Islam di Malaysia. DAP hanya perlu menunggu peluang agar orang Melayu berpecah terlebih dahulu, sebelum dapat mengeluarkan taringnya. Jika ini terjadi orang Melayu tidak perlu bermimpi lagi untuk menjadi TUAN di tanah sendiri, pada ketika itu nasi sudah menjadi bubur untuk orang Melayu.
No comments:
Post a Comment