Saturday, April 24, 2010

Nik Aziz Yang Menyeleweng


Ceramah Politik Dalam Masjid Tak Salah - Nik Aziz
KUALA KUBU BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.
"Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.
"Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.
"Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Banglo Pejabat Daerah Hulu Selangor di sini malam ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.
Sultan Sharafuddin sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyerang peribadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu perkara yang memalukan bagi politik di Malaysia.
"Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti. Kalau Umno ada modal serang partilah.
"Jangan serang tubuh badan calon, ini kerja bodoh, kerja budak-budak," katanya.
Tegasnya, jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.
"Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan. Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi," tegasnya lagi.

My view : Orang tua nyanyuk ni sasau lagi nampaknya, soalan aku, boleh ke nak berceramah politik dalam masjid? Kalau ceramah tersebut penuh dengan maki hamun dan fitnah. Inilah yang Tuanku Sultan Selangor amat risaukan, bukannya tak boleh, tetapi Baginda risau masjid dan surau menjadi tempat menabur fitnah dan caci maki, sudah tentu kesucian masjid dan surau akan tercemar. Apa yang si nyanyuk ni cakap? Kalau di masjid Pulau Melaka tu dia boleh sewenang - wenangnya seleweng ajaran Islam dengan berkata "Jika melawan UMNO tiba - tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid", dipetik dari Kickdefella blog, sila klik di sini. Ini adalah salah satu contoh salah dalam ajaran Nik Aziz yang diajar di masjid Pulau Melaka tersebut yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, ada banyak lagi ajaran menyeleweng beliau sebenarnya. Oleh itu beliau hendak semua masjid dan surau di dalam negara menjadi tempat menabur fitnah dan penyelewengan ajaran Islam.  

No comments:

Post a Comment