Sunday, August 1, 2010

Surat Daripada Tun Dr Mahathir Kepada Kerajaan PAS Kelantan

1) Artikel ini telah diambil dari blog OB21.net, yang telah mendedahkan surat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, surat tersebut telah dibuat ketika Tun Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2) Aku mendapati artikel yang disiarkan ini amat bagus sekali, kerana sedikit sebanyak ianya telah mendedahkan pandangan seorang bekas Perdana Menteri berkenaan isu hukum hudud yang pernah suatu ketika dahulu cuba dimanipulasikan oleh parti PAS dalam mendapat sokongan pengundi.

3) Ianya bukan bertujuan politik, tetapi sekadar untuk memberi penjelasan kepada orang bukan Islam, dan juga orang Islam sendiri yang seperti terpesong dengan dakyah politik PAS yang jelas sekali menggunakan nama Islam untuk mendapat undi. Ternyata ianya suatu perbuatan yang salah, maka aku berpendapat, harus bagiku memberi penjelasan kepada kita semua tentang dakyah politik PAS dalam melacuri agama Islam yang suci ini. Tindakan ini bertujuan untuk memberi penjelasan sebenar tentang hukum hakam Islam kepada kita sebagai umat Islam serta yang bukan beragama Islam.

4) Setelah mendapat kebenaran dari saudara Zanuddin Salleh @ OB1, aku linkkan artikel tersebut di sini. Jutaan terima kasih kepada Abang OB1 di atas kebenaran tersebut.

No comments:

Post a Comment