1) Penyakit orang pandai ialah riak, sombong dan takbur. Penyakit ini akan bertambah serius jika seseorang tersebut adalah dari golongan yang terkenal dan dikenali.
2) Inilah yang berlaku kepada Marina Mahathir, Dr. Asri dan Nik Aziz, tiga orang insan yang amat dikenali di seluruh Malaysia. Bacalah blog mereka dan cubalah fahaminya. Inilah yang dikatakan insan yang pandai tetapi kurang bijak, yang beranggapan pandangan yang tidak sealiran dengan mereka akan dianggap sebagai tidak penting atau lebih teruk lagi dianggap sebagai "rubbish".
3) Bila kita belajar untuk memahami sesuatu, tanpa disedari kita akan jadi semakin jauh untuk tidak memahaminya langsung, malah ada yang menjadi sesat. Bila kita belajar agama untuk mendekatkan diri dengan Allah, tanpa disedari kita akan menjadi lebih jauh daripadaNya. Inilah polemik yang sering berlaku kepada setiap orang, hilangnya sikap berlapang dada, akhirnya kita akan mengambil pendekatan untuk melihat sesuatu dari syariatnya sahaja tanpa melihat hakikatnya. Kita akan melihat sesuatu dari sudut yang sangat sempit, lebih idealistik tetapi tiada praktikalnya. Akhirnya kita akan menjadi ekstrem, lalu terus menutup minda kita kepada pandangan lain, terutama sekali pandangan yang bersifat bertentangan.
4) Tun. Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang boleh dikelaskan sebagai pemimpin yang tawaduk, yang boleh dijadikan contoh. Faktor yang banyak membantu beliau kekal menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Faktor yang jelas gagal dihayati dan diikuti oleh anak perempuan beliau. Setiap orang akan berasa senang dan seronok jika dapat berjumpa beliau, kerana beliau jelas telah mengenepikan "physical barrier", sedia mendengar setiap persoalan yang dilontarkan kepada beliau samaada yang bersifat menentang mahupun yang berunsur ekstrem. Beliau akan cuba memberi jawapan kepada setiap persoalan yang diutarakan secara yang amat berhemah sekali.
5) Personaliti yang dibentuk adalah disebabkan cabaran getir dan pengalaman hidup yang telah ditempuhi oleh beliau. Faktor inilah yang membentuk keperibadian beliau yang sentiasa tawaduk walaupun telah digelar sebagai negarawan.
6) Mungkin benar apa yang telah dikatakan oleh saudara Najieb Mokhtar, Tun Dr. Mahathir mungkin telah mempelajari ilmu hakikat. Sesiapa yang mempelajari ilmu tersebut akan berupaya meramal dan melihat masa depan, beliau juga dapat melihat sesuatu tersebut dari sudut hakikatnya, bukan hanya dari sudut syariatnya sahaja, kerana hakikat sering berbeza dengan syariatnya. Lihatlah setiap dasar - dasar yang telah dilaksanakan oleh beliau ketika menjadi PM Malaysia dahulu, semuanya bersifat yang memberi kesan jangka panjang kepada negara. Sering kali dasar - dasar yang dilaksanakan oleh beliau akan menjadi kontroversi kerana kita sering melihatnya dari sudut jangka pendek, tanpa melihatnya dari segi kesan jangka panjang. Malah kita sering tidak dapat mengerti apa yang ingin dicapai oleh beliau melalui dasar - dasar tersebut? Hanya orang yang melihat dari sudut hakikatnya sahaja dapat mengerti apakah matlamatnya.
7) Kalau direnung kembali, adakah dengan hanya membaca buku dan berfikir secara logik akan membuatkan kita dapat meramal masa depan dengan tepat? Manusia hanya dapat meramal sahaja, tetapi ramalan tidak selalu tepat. Manusia memerlukan satu lagi ilmu, ilmu mengenali Allah, sedar tentang kebesaranNya, iaitu ilmu hakikat. Oleh itu, janganlah kita cepat menghukum seseorang tersebut tanpa melihatnya secara lebih mendalam, kerana hakikatnya mungkin berbeza. Pepatah Inggeris pernah menyebut "don't judge the book by its cover". Jadi janganlah menghukum Tun Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, kerana hakikatnya Anwar Ibrahim adalah seorang yang munafik dan bisexual. Sebaliknya kita haruslah berterima kasih kepada beliau kerana hakikatnya Malaysia berjaya membebaskan diri daripada pengaruh Amerika Syarikat jika Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara. Kalau Anwar Ibrahim tidak dipecat, Malaysia mungkin akan jadi seperti Mesir ketika ini, itulah hakikatnya.
8) Tindakan kerajaan menghalang beberapa pihak tertentu melakukan demontrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir baru - baru ini, haruslah dilihat secara lebih mendalam. Janganlah melihat dari sudut perbuatannya sahaja, tetapi matlamat dan tujuannya dilupakan. Apakah matlamat demontrasi tersebut? Adakah tindakan pihak tersebut selari seperti yang telah digariskan oleh undang - undang? Adakah golongan tersebut benar - benar ikhlas dalam membantu saudaranya di Mesir? Adakah membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir merupakan tindakan yang tidak baik yang tidak "concern" kepada perjuangan saudaranya di Mesir ataupun lebih pentingkan diri sendiri? Adakah pendekatan melakukan demontrasi atau menyerahkan memorandum kepada setiap kedutaan tersebut merupakan pendekatan yang berkesan? Sudah banyak kali rakyat Malaysia telah melakukan demontrasi dikedutaan Amerika Syarikat bagi membantah sikap kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin. Soalnya di sini, adakah kita telah mencapai "tangible result" dari pendekatan tersebut? Jelas Israel masih lagi berleluasa dalam melakukan tindakan - tindakan yang "barbaric" terhadap rakyat Palestin. Adakah dengan jatuhnya kerajaan regim Mubarak di Mesir akan mengembalikan demokrasi kepada Mesir, mendemokrasikan Mesir daripada Amerika Syarikat? Dapat meningkatkan kembali taraf hidup rakyat Mesir? Dapat kembali mengurangkan kadar pengangguran di Mesir? Bolehkah kerajaan baru Mesir nanti dapat mengurangkan kadar inflasi dan harga barang yang melambung tinggi? Bolehkah kerajaan tersebut dapat mengurangkan kadar rasuah, korupsi dan persepsi rasuah di kalangan rakyatnya terhadap mereka?
9) Semua persoalan di atas masih belum mampu dijawab. Kerajaan baru Mesir dan rakyat Mesir haruslah banyak bersabar, sebelum segala dasar yang akan dilaksanakan nanti akan dapat membuahkan hasil. Setiap yang baik tidak akan dikecapi dalam jangka masa yang singkat, seseorang tersebut haruslah melalui pahit maung dan cabaran getir sebelum mencapai kejayaan. Kesabaran amat diperlukan, kerana sabar adalah sebahagian dari iman, akhirnya iman akan bertambah kukuh hasil dari kesabaran kita seiring dengan kejayaan kita. Inilah resipi kejayaan yang abadi, yang diberkati olehNya.
P/S : Pandangan yang dinyatakan di atas, hanyalah nukilan peribadi penulis, hasil daripada pengamatan penulis terhadap situasi yang berlaku ketika ini. Faktanya mungkin kurang tepat, tetapi penulis mendapati ianya logik dan harus diketengahkan kerana berpendapat, kita sering gagal melihat sesuatu perkara tersebut dari sudut yang lebih jelas dan perlu diberi keutamaan kerana ramai di kalangan kita sering melihat sesuatu perkara tersebut dari ranting - rantingnya tetapi tidak dari terasnya samaada dalam soal agama mahupun duniawi.
Perjalanan hidup dan kematangan haruslah berlandaskan ilham / hikmah dari Tuhan. Prinsip hidup haruslah berpaksikan kebenaran kerana kebenaran itu juga datang dari Tuhan
Wednesday, February 9, 2011
Sunday, February 6, 2011
Egypt Crisis
1) The political riots which took place in Northern African Countries i.e. Egypt and Tunisia as well as in Arab countries i.e. Jordan and Yemen may happen to our nation as well if current government failed to deliver or forgotten its responsibility. In numerous occasions, an opposition politician seems trying to be a champion of this issue. Mahfuz Omar in particular, has challenged PM to pledge his support the removal of Hosni Mubarak by Egyptian. Meanwhile, Dr. Asri over his facebook wall has sought our students in Egypt to learn from the crisis and have sharp sighted over the issue. Dr. Asri has even goes beyond that, he in-fact has asked our student to be involve in the crisis either directly or indirectly. To me it was such an irresponsible act by our Islamic scholar, who should lead by example and show well behaviour to its follower. By educating it followers in resorting for street democracy and also be involve in the crisis was a blatant interference other country sovereignty. One of his followers through his facebook wall, has described me as turn a blind eye to Egyptian fought against tyrannic Mubarak regime by describing me as unconcerned brother on the fought of its Egyptian brothers. They have described the Egyptian fought as religious jihad against tyrannic pro US government by chanting Allahhu Akbar .
2) As a non Egyptian, we should not be involve in whatsoever roles either directly or indirectly over the crisis engulfed by the Egyptians. We should let the matter be resolved by the Egyptians as we have no right whatsoever to be involved in. What we should do is just by learn the Egypt lesson and move forward.
3) The question is, if Mubarak steps down, does it would help Egyptian people to resolve their unemployment rates, high inflation rates, sky high price of goods as well corruption and bribery that has struck them all this while? The answer is of course, there still no certainty that new regime would able to solve these problems. It is for sure, will take lengthy period for new regime to deliver its responsibility as better alternative for its people. Otherwise, the same fate could happen to them either, if the matters do not well take care of.
4) All the facts mentioned above are the key factors for any government to stay in power regardless of whatever political systems one has. China and Cuba for instance, are the clear examples of this analogy. For your info, these countries still ruled by authoritarian communist rules. It is clearly shown that the democracy was not the only absolute solutions for mankind socioeconomic problems.
5) Indeed democracy has failed in delivering its duties as socioeconomic solutions for these countries. Instead it has resulted an unpleasant experience to these countries where the democracy has taken its heavy toll due to its people resorted for street democracy.
6) Malaysia on the other hand has experienced the same fate during 1998, when former Deputy Prime Minister was sacked from government. The crisis that struck Malaysia those days was due to deception of conspiracy. It is absolutely has a nothing to do with unemployment rates or higher price of goods. Instead Malaysia has enjoyed its economic growth for over 8% of GDP growth for 10 consecutives years before Asian financial crisis struck Malaysia during 1997.
7) Coming back to the Egyptian issue, I assume Mubarak was reluctant to step down at the moment due to his concern over the security he may receive if he steps down. It is believe, the Egyptian would turn their vengeance against him since he has no power already. The new regime would of course has to bow to its people demand to avoid as not listening its people voice. Otherwise they may have same fate as Mubarak regime has.
8) For over 31 years of authoritarian rule, Mubarak regime has enjoyed the political stability despite been denying its people rejection over his alliance with US, which means pro Israel. Indeed US also currently playing essential role to ensure her homogony remain intact with new regime. I thinks US has use its political influence to ask Hosni Mubarak to step down in allowing new favoured regime take over. It was because; Egypt is holding key roles for Israel security in West Asia. Therefore unsurprisingly, US willing to fund Egypt Mubarak regime with USD 30 billion bribe over the past three decades.

Friday, February 4, 2011
Eksport Pemain Kebangsaan
1) Keputusan FAM untuk menghantar 3 orang pemain bolasepak kebangsaan ke J-League adalah satu tindakan yang bijak dan tepat, sila klik di sini. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan Persekutuan Bolasepak Jepun [JFA] samaada untuk menerimanya atau pun tidak.
2) FAM merancang untuk menghantar Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali bagi tujuan untuk pemilihan oleh beberapa kelab yang bersaing dalam Liga J.
3) Aku beranggapan, ia adalah satu keputusan yang sihat yang jelas mementingkan masa depan bolasepak negara. Sesungguhnya keputusan tersebut adalah langkah yang jelas memandang kehadapan, progresif dan dinamik bagi meningkatkan mutu bolasepak negara. Jelas FAM tidak dibuai dengan kejayaan pasukan kebangsaan merangkul piala AFF Suzuki baru - baru ini.
4) Keputusan tersebut juga berkemungkinan dapat menghalang perpindahan beberapa pemain kebangsaan ke liga negara jiran, terutama liga Indonesia, memandangkan liga Indonesia bukanlah liga yang jauh lebih baik berbanding liga Malaysia. Dengan mendedahkan beberapa pemain negara di dalam liga yang jauh lebih baik, contohnya Liga J, bakal meningkatkan mutu permainan pemain negara. Ia bakal menghasilkan pemain yang jauh lebih baik yang bakal meletakkan "benchmark" kepada pemain kebangsaan yang lain, yang akhirnya bakal meningkatkan mutu bolasepak negara.
5) Memandangkan terdapat kegagalan beberapa bekas pemain kebangsaan dalam meneroka peluang bermain di liga Eropah, Liga J dilihat berupaya menengahkan peluang kepada bakat tempatan untuk meningkatkan kualiti pemain kebangsaan. Malah, Liga J mendapat tempat dan menarik minat beberapa kelab Eropah untuk mencari bakat - bakat baru untuk diketengahkan di liga Eropah, selain dari liga - liga Amerika Selatan dan Afrika. Untuk makluman, benua Afrika merupakan pasaran kedua besar selepas Amerika Selatan dalam mengeksport pemain ke pasaran Eropah.
6) Dengan kegagalan beberapa langkah FAM sebelum ini, termasuklah membenarkan pemain import bermain di liga Malaysia, yang jelas gagal meningkatkan kualiti bolasepak negara. Maka keputusan untuk mengeksport pemain kebangsaan bermain di liga luar adalah tindakan yang jelas tepat dan bijak.
7) Selepas berjaya menakluk Asia Tenggara, maka matlamat Malaysia haruslah terarah untuk menakluk benua Asia pula, ataupun sekurang - kurangnya dapat bersaing dengan kuasa - kuasa besar bolasepak Asia dan mungkin suatu hari nanti Malaysia dapat layak ke Piala Dunia.
8) Inilah matlamat yang harus FAM impikan, yang bukan hanya sekadar menjadi jaguh kampung.

Thursday, February 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)