Wednesday, May 18, 2011

Kes Sodomi II - Suatu Penilaian

1) Utusan Malaysia melaporkan Mahkamah Tinggi telah mengambil keputusan untuk menolak permohonan barisan pembelaan yang memohon agar menolak hujah Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Seadon yang bersependapat bahawa DNA lelaki Y dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sepadan dengan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2) Aku tak berminat atau berniat sama sekali untuk mencampuri urusan mahkamah. Aku cuma ingin menjelaskan strategi yang dimainkan oleh barisan pembelaan untuk mewujudkan keraguan terhadap terhadap saksi - saksi pendakwa, barisan pendakwa, hakim serta elemen - elemen luaran kononnya terdapat campur tangan PM dalam prosiding mahkamah. Jika berjaya mewujudkan keraguan tersebut serta berupaya meyakinkan mahkamah dan rakyat mengenai cerita rekaan tersebut, DSAI akan berjaya membuktikan kepada dunia:
  • Proses judiciary Malaysia adalah tidak telus serta penuh dengan keraguan - terdapat campur tangan dari pihak eksekutif bagi mempengaruhi keputusan mahkamah.
  • Beliau tidak bersalah sejak kes yang terdahulu lagi - akhirnya beliau berjaya membuktikannya melalui kes sekarang. 
  • Jika beliau berjaya membuktikan keraguan tersebut dan beliau tidak bersalah, ia bakal meningkatkan prospek beliau sebagai ketua parti pembangkang yang akhirnya akan memberi impak besar kepada pembangkang.
  • Peranan media mainstream seperti Utusan dan NST sebagai kuda tunggangan UMNO/BN berjaya dibuktikan.
  • Kononnya rakyat Malaysia selama ini telah ditipu dengan dakyah pembohongan yang dijalankan oleh media mainstream dan sistem yang korup.    
3) Pada aku, hakim telah cuba sedaya upaya yang mungkin untuk berlaku adil terhadap barisan pendakwa dan pembela. Sebagai contoh - dengan menolak permohonan pendakwa untuk mengambil sampel DNA DSAI, tetapi bagi berlaku adil kepada pendakwa, hakim telah menarik balik keputusan beliau yang sebelum ini menolak permohonan menggunakan sampel DNA DSAI ketika dalam tahanan lokap. 

4) Sebaliknya barisan pembelaan gagal untuk berlaku adil malah menuduh hakim sebagai tidak layak dan biased - malah DSAI telah menuduh hakim telah pun membuat pra-penghakiman ketika prosiding mahkamah masih berjalan lagi. Beliau telah menyatakannya ketika menjawab soalan wartawan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan DSAI perlu mengemukakan hujah pembelaan beliau. 

'Anwar adalah Lelaki Y, DNA mereka sepadan'

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima keterangan dua ahli kimia yang mendapati bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan DNA Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyatakan, walaupun barisan pembelaan memohon agar keterangan Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon ditolak kerana terlalu banyak keraguan, mahkamah tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

Beliau dalam penghakimannya menyatakan, ini kerana selain meneliti keterangan kedua-dua pakar tersebut di mahkamah, maklumat latar belakang mereka juga menunjukkan bahawa Lay Hong dan Nor Aidora mempunyai pengetahuan, latar belakang pendidikan dan pengalaman yang tiada cacat cela.
''Bukti ini (padanan DNA Anwar dan Lelaki Y), jika diterima masuk, membuktikan bahawa penyumbang air mani yang tidak dikenali dan dinamakan Lelaki Y yang ditemui di dalam dubur pengadu berasal daripada tertuduh,'' katanya.

Selain itu, terdapat bukti daripada tiga doktor yang memeriksa mangsa pada 28 Jun 2008 di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) Hospital Kuala Lumpur (HKL); Dr. Siew Sheue Feng, Dr. Razali Ibrahim dan Dr. Khairul Nizam Hassan, serta Lay Hong yang menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari bahawa telah berlakunya penetrasi.

''Keterangan ketiga-tiga doktor itu berdasarkan latar belakang mangsa dan lokasi calitan-calitan kapas diambil juga secara positif merumuskan bahawa telah berlaku kemasukan zakar ke dalam dubur mangsa,'' katanya.

Merujuk kepada ketiadaan kesan luka pada bahagian dubur, hakim tersebut menyatakan, Sheue Feng dan Khairul Nizam dalam keterangan mereka telah menjelaskan bahawa penetrasi boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan atas beberapa faktor termasuk penggunaan pelincir.

Mengenai isu pencemaran dan degradasi, hakim itu memberitahu, tiada bukti-bukti lain bahawa keadaan tersebut wujud sehingga boleh menjejaskan profil DNA diperoleh.

Ujarnya, Lay Hong dalam keterangannya menyatakan bahawa degradasi akan sentiasa berlaku dalam mana-mana sampel DNA tetapi apa yang penting ialah tahap keseriusannya.

''Walaupun terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak cukup untuk memusnahkan DNA. Dalam kes ini, saksi pendakwa kelima (Lay Hong) menyatakan bahawa profil DNA yang diperoleh daripada calitan-calitan putik kapas adalah jelas,'' ujarnya.

Selain itu, keterangan doktor- doktor yang memeriksa mangsa di HKL turut menunjukkan bahawa setiap sampel yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari telah dimasukkan ke dalam bekas steril, dimeterai dan dilabel sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk diberikan kepada Lay Hong.

Atas sebab itu, mahkamah mendapati kemungkinan berlakunya sebarang pencemaran ke atas sampel-sampel selepas ia diperoleh adalah sangat terpencil.

Mengenai isu pegawai penyiasat mengganggu bahan bukti apabila membuka bungkusan plastik mengandungi sampel-sampel yang diambil itu, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan tiada cara Supritendan Judy Blacious Pereira untuk berbuat demikian.

Ujar beliau, pada ketika barang-barang kes dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008, sampel-sampel yang diambil di OSCC telah diserahkan kepada Lay Hong dan telah berada di Jabatan Kimia Malaysia.

No comments:

Post a Comment