Monday, July 13, 2015

Plaza Low Yat, Sejarah dan Kaum

1) Apakah iktibar yang boleh kita perolehi dari isu rusuhan dan pergaduhan di Plaza Low Yat baru - baru ini? Apakah isu sebenarnya, isu kaum ke atau isu telifon bimbit?


2) Pada aku iktibar yang berlaku, adalah realiti pepecahan yang berlaku antara kaum Melayu dan Cina. Sila baca pandangan Tun Dr M di sini.


3) Terdapat 2 objektif yang ingin aku capai apabila membuat keputusan untuk menghantar anak aku belajar di Smart Readers kid;
  •  Beliau boleh bergaul dengan anak - anak kaum lain dalam suasana iklim pembelajaran yang sihat. Beliau akan belajar berinteraksi dengan anak - anak kaum lain tanpa sekatan kaum.
  • Kaedah pembelajaran yang disediakan sesuai untuk masa depan beliau disamping berada dalam iklim yang kompetitif.
4) Suatu perkara lagi, suasana yang dirasai oleh Melayu ketika ini, adalah perasaan diketepikan dalam perkongsian kek ekonomi Negara. Ketika ini kek ekonomi ini sedang menyusut, maka tinggallah kelompok - kelompok yang kompetitif yang sudah stabil dan kuat, mendominasi sebahagian besar daripadanya.

5) Kepimpinan korup dan kontroversi yang melanda kepada parti pemerintah, telah memburukkan lagi keadaan, ketika rakyat menghadapi cabaran getir persekitaran ekonomi yang gawat, kos sara hidup yang tinggi dan meningkat. Manakala kepimpinan tidak memperlihatkan dan bertindak bersama - sama dengan rakyat menanggung beban ini - kepimpinan melalui tauladan.


6) Pemimpin - pemimpin politik dan Negara yang hidup dalam penafian, tidak ikhlas dalam perjuangan mempertahankan bangsa dan Negara. Dimana 90% daripada mereka lebih sibuk menpertahankan jawatan masing - masing. Akhirnya realiti yang menimpa rakyat tidak diketengahkan secara objektif, sebaliknya sibuk mempertahankan jawatan PM dengan harapan PM akan terhutang budi kepada mereka.


7) Isu di Plaza Low Yat baru - baru ini merupakan isu kecil, tetapi ia boleh menjadi isu besar jika tidak ditangani secara tegas dan berani. Malah ia telah menjadi isu perkauman, disebabkan ketidakpuasan antara kaum yang telah wujud sejak merdeka lagi. Masalah ini bertambah buruk sejak tahun 2008 lagi apabila ahli - ahli politik samaada dari pembangkang mahupun parti pemerintah sibuk memainkan sentimen kaum bagi meraih undi.


8) Maka kaum Melayu mula berasa tergugat akibat pepecahan yang berlaku disebabkan oleh ahli - ahli politik yang sibuk ingin menjadi hero tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku kepada perpaduan antara kaum.


9) Kunci perpaduan antara kaum mestilah didahului oleh orang Melayu dengan kembali bersatu. Sejarah telah membuktikannya apabila orang Melayu bersatu, ia bakal menghasilkan elemen yang kuat, dan memberi signal kepada kaum lain untuk turut serta dengan orang Melayu bagi mencapai kemakmuran dalam Negara. Sejarah kemerdekaan Negara boleh dijadikan contoh, dan sejarah kejayaan BN mempertahankan majoriti 2/3 pada pilihanraya 1999, apabila kaum Cina memberi undi kepada BN yang diterajui oleh orang Melayu dari parti UMNO, walaupun undi kaum Melayu sendiri kepada BN jatuh.


10) Benarlah kata Tun Dr. Mahathir, kalau hendak lihat masa depan, kita kenalah lihat sejarah, kerana sejarah boleh memberi panduan yang amat berguna kepada kita mengharungi masa depan. Malangnya ramai daripada kita tidak minat sejarah, apakan lagi mendalami dan menghayatinya.     

No comments:

Post a Comment