2) Polemik yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya kepada orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Apa yang berlaku terhadap Melayu akan memberi kesan kepada Islam kerana Islam dan Melayu di Malaysia amat senonim, ianya dapat disimpulkan di dalam perlembagaan persekutuan melalui artikel 160.
3) Isu terbaru ini ternyata amat merisaukan saya, mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan lunas undang - undang di mana ianya tidak semestinya selari dengan sensitiviti masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Perkara ini haruslah diletak kepada bahu kerajaan, tetapi harus diingat, kerajaan juga tertakluk kepada undang - undang.
4) Inilah akibat dari polisi "give and take" yang amat berleluasa ketika zaman Tun Abdullah dahulu yang telah berlarutan ke zaman DS Najib Razak. Adakah demokrasi atau keterbukaan ini yang dicanangkan ketika era Tun Abdullah dahulu yang kita mahukan sekarang ini. Nampaknya najis yang telah ditinggalkan oleh Tun Abdullah masih belum terhakis, sebaliknya ianya telah berlarutan ke zaman DS Najib Razak sehinggakan daki - dakinya masih berbau lagi.
5) Suatu yang menjadi kemuskilan kepada saya, kenapa pihak majalah Katolik Herald begitu beriya - iya ingin menggunakan nama ALLAH sehinggakan sanggup menghabiskan wang untuk membawa kes ini ke mahkamah. Kalau mereka boleh bertoleransi tentang perkara ini selama ini, kenapa sekarang tidak boleh? Kenapa mesti ditiupkan perasaan sensitif yang selama ini tidak menjadi masaalah pun?
6) Mengapa perkataan TUHAN tidak digunakan sebagai kata ganti GOD? Saya difahamkan majalah tersebut adalah majalah berbahasa Melayu, jadi amat moleklah jika perkataan TUHAN digunakan kerana perkataan ALLAH adalah hak eksklusif agama Islam yang bermaksud tuhan yang esa yang tiada duanya, tiada tiganya, iaitu ALLAH yang satu, dimana ianya bercanggah dengan konsep Trinity agama Kristian, oleh itu, ianya boleh merosakkan akidah umat Islam.
7) Islam adalah agama rasmi Malaysia, jadi sebagai agama rasmi negara Malaysia maka kelebihan tersebut haruslah diberikan kepada Islam selagi ianya tidak mengganggu agama lain.
8) Jadi mengapa kita harus menjolok sarang tebuan jika hanya sekadar untuk "berseronok" jika dapat menggunakan perkataan ALLAH.
9) Ingatlah, setiap tujuan yang tidak baik akan diakhiri dengan keputusan yang tidak baik jua.
10) Saya percaya, agama Kristian juga mengajar umatnya bertoleransi dengan agama lain, jadi oleh itu, saya amat berharap pihak majalah Herald dapat mempertimbangkan kesan isu ini terhadap negara, menang sorak kampung tergadai, adakah ini akan berlaku kepada negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment