Saturday, May 9, 2009

Hari Ibu

Sempena hari ibu, ingin aku merakam penghargaan kepada ibu yang tersayang Salmah Bt. Ahmad yang berada di kampung, Kota Kuala Muda, Kedah. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana taraf kehidupannya. Aku dilahir ketika keadaan ekonomi keluarga yang berada dalam keadaan yang sukar sekali, tetapi berkat dengan kesabaran dan usaha seorang ibu menghadapi perit jerih kehidupan untuk mencari sesuap nasi bagi menampung seisi keluarga ditambah lagi keadaan arwah ayah yang tidak berkemampuan amat menginsafkan.

Alhamdulillah, atas pengajaran tersebut sebenarnya ianya telah membuat aku lebih insaf dan bersyukur ketika diwaktu senang. Ketika diwaktu susah dahulu setiap anggota keluargaku memainkan peranan untuk turut sama membanting tulang membantu keluarga. Inilah pengajaran yang telah dipupuk oleh keluarga aku dan terutama sekali ibu yang tersayang. 

Pada ketika ini, ibu yang sudah uzur amat mengharap pengorbanan daripada seorang anak pula. Inilah masanya untuk aku membalas pengorbanan ibuku. 

Ketegasan dan kelembutan dari seorang ibu sentiasa kena pada waktunya, sedikit sebanyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan amat berguna bila kita berada ditempatnya kelak.

Ibu kaulah tempat aku berlindung, kaulah tempat aku mengadu dan kaulah segala - galanya bagi aku. Aku pohon kepada Mu ya Allah, semoga Engkau cucurilah rahmat kepada ibu ku dan kaum ibu secara umumnya.    

2 comments:

  1. 'HARI IBU'...adalah hari untuk memperingati sejauh mana perngorbanan yang telah diberikan oleh seorang ibu pada sianaknya..Tetapi adakah jasa dan pengorbanan ibu itu hanya diingati pada hari ini saja...sedangkan pengorbanan seorang ibu pada anak2 tidak mengira hari,waktu dan saat..Bagi seorng ibu yang tinggal jauh diceruk kampung sering membilang hari dan waktu akan sekerap mana sianak yang jauh diperantuan mengirim surat ,menanyakan khabar berita tentang si ibu yang jauh dikampung..sering ternanti2 pangilan telepone hanya sekadar untuk mendengar suara sianak sebagai pelepas rindu..tetapi adakah sianak yang sering sibuk dengan kekalutan dikota mempunyai waktu dan ruang untuk memikir atau mengenangkan siibu dikampung..inilah yang sering terjadi apabila anak2 jauh dikota...tetapi walauapapun siibu tetap menanti dan menymbut kepulangan sianak kekampung dengan linangan airmata dan penuh kegembiraan dimuka..inilah pergorbanan seorang ibu dan inilah kebesaran kasih dan sayang seorang ibu pada anak2nya..semoga jaa seorang ibu itu bukan hanya dikenang pada hari2 yang tertentu saja tpi hendaklah sepanjang hayat dikandung badan.

    .Buat sianak yang tidak lagi mempunyai ibu "HARI IBU" adalah hari yang paling menyedihkan kerana tiada ibu yang hendak diluahkan rasa kasih sayang,rasa kesyukuran atas setiap pengorbanan yang telah diberi oleh siibu, tiada ibu untuk berkongsi suka dan duka dan tiada ibu untuk diberi pelukan dan ciuman sebagai tanda kasih dan sayang dari sianak..jadi bagi saudara yang masih mempunyai ibu saudara begitu beruntung kerana dapat menikmati hari ibu dan gunakanlah ianya sebaik2 yang mungkin..dan disini saya ingin menumpang untuk mengucapkan'SELAMAT HARI IBU BUAT IBU SAUDARA..SEMOGA IBU AKAN SENTIASA DIDALAM PELIHARAAN ALLAH SUBHANATAALLA...AMIN YA RABIL ALAMIN'..memang bukan mudah bagi seorang anak untuk memenuhi segala kehendak dan kemahuan si ibu namun apa pun sekali ianyan tak akan mengurangkan rasa kasih dan sayang siibu pada sianak...Buat saudara semoga saudara menjadi seorang anak yang sentiasa menghargai dan mengigati ibu saudara walau dimana pun saudara berada..dan semoga saudara dpat memenuhi segala kehendak dan keinginan ibu saudara...akhir kata salam buat kaum ibu semua

    ReplyDelete
  2. Pada saya seandainya ibu saudara dapat menatap dan membaca coretan dan luahan hati suadara sempena sambutan Hari Ibu ini pasti dia akan mengalirkan airmata dan merasa sungguh terharu kerana terasa dihargai dan dingati segala pergorbanannya sebagai seorang ibu pada saudara.Doa saya semoga ibu saudara merupakan salah seorang ibu didalm dunia ini yang merasa bangga dan gembira kerana dikurniakan seorang anak yang mengigatinya sempena sambutan 'HARI IBU"...

    ReplyDelete