Monday, December 28, 2009

Apakah itu Malayan Union

1) Pada tahun 1943 Jabatan Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk British merancang untuk menjadikan Negeri - Negeri Melayu sebagai "Jajahan Takluk (Koloni) Britian", apabila Jepun dikalahkan dalam perang dunia ke2. Britian kembali keTanah Melayu dan bercadang untuk menggabungkan "Negeri - Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dan Negeri - Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dengan Negeri - Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Province Wellesly dan Melaka untuk menjadi Negara Malaya Bersatu atau Malayan Union di bawah satu pentadbiran pusat yang diperintah oleh Gabernor Inggeris.

2) Malayan Union akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri - Negeri Melayu dengan cara :

i) Memansuhkan Negeri - Negeri Melayu yang berdaulat dari berada di bawah "naungan" Kerajaan British kepada jajahan takluk (Koloni) yang dikuasai penuh oleh Britain.

ii) Mengawal dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

iii) Menghapuskan kuasa Raja - Raja Melayu, termasuk sebagai Penaung Agama Islam dan Ketua Adat Resam Melayu. Sebuah "Majlis Penasihat Islam dan Adat Resam Melayu" akan ditubuhkan oleh Kerajaan Malayan Union kelak. Majlis itu akan dipengerusikan oleh Gabernor Inggeris, dengan Raja - Raja Melayu akan menjadi ahli - ahlinya. "Majlis Penasihat" itu akan berperanan sebagai kuasa penimbal untuk memutuskan fatwa - fatwa berkaitan dengan Agama Islam dan perkara - perkara berkenaan dengan adat resam orang Melayu.

iv) Mewujudkan hak kerakyatan sama taraf (Common Citizenship), dengan syarat kerakyatan yang longgar bagi semua penduduk Malaya tanpa mengambil kira bangsa atau keturunan.

v) Memastikan sumbangan kaum - kaum pendatang sebagai pelabur dan sumber tenaga kerja dipelihara dan diutamakan untuk memajukan ekonomi Malayan Union.

vi) Menghapuskan hak - hak istimewa untuk orang Melayu termasuk peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserved Land) dan jawatan - jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.

P/S: Sumber dari Dato' Ja'afar Onn melalui bukunya UMNO dan Malayan Union

No comments:

Post a Comment