2) Tajuk perbincangan bercambah bukan hanya melihat dari sudut masalah politik yang menimpa orang Melayu ketika ini, malah kami juga berkongsi pendapat tentang masalah yang menimpa orang Melayu dari sudut kebudayaannya dan pendidikannya.
Pedidikan
3) Saudara Najieb Mokhtar telah sedia berkongsi pendapat beliau mengenai orang Melayu dari sudut yang lebih luas hasil dari pandangan yang jauh beliau memandangkan beliau pernah mengikuti sistem pembelajaran di Eropah dan pergaulan beliau di sana.
4) Pada hemat saya, untuk mencapai kemajuan dalam segala bidang kita haruslah mempunyai ilmu dan disemat dengan budaya atau akhlak yang mulia. Kami telah mengupas tajuk di atas dengan lebih holistik dengan memberi perincian yang lebih mendalam iaitu budaya orang Melayu dan pendidikan yang sedang diterapkan oleh kerajaan terhadap orang Melayu.
5) Kita harus mengambil contoh dengan negara Jepun yang satu ketika dahulu musnah disebabkan oleh kekalahan perang dunia ke2 telah bangkit dari debu - debu bom atom dengan tiba - tiba menjadi sebuah kuasa ekonomi sekelip mata dengan hanya mengambil masa kurang dari 50.
6) Saya percaya mantan PM sendiri Tun Dr M amat memahaminya dengan lebih mendalam, tentu sekali ianya juga berpunca dengan budaya dan pendidikan yang diterapkan oleh bangsa Jepun sejak turun temurum. Banyak yang boleh kita belajar dengan orang Jepun dan juga bangsa Jerman yang turut tewas di perang dunia ke2 tersebut. Kedua - dua bangsa ini adalah bangsa yang tekun, berdisiplin, rajin dan mementingkan ketilitian dalam segala aspek kehidupan.
7) Saya rasa inilah perkara asas yang orang Melayu perlu belajar dahulu, tiada gunanya jika kita mempunyai infrastruktur yang hebat dan berkelas dunia tetapi tahap pemikiran dan budaya kita masih di takuk lama.
8) Aspek pendidikan yang juga disentuh, dibandingkan dengan tahap pendidikan zaman sekarang dengan ketika di zaman kolonial dan awal kemerdekaan dahulu. Saya percaya salah satu masalahnya ialah ketika kita leka untuk mencapai kuantiti, kita terlupa dengan soal kualiti. Inilah yang berlaku dengan graduan - graduan Melayu yang kurang kompetitif ketika ini, yang lebih malang lagi kebanyakan mereka yang belajar di mana - mana universiti atau institusi pedidikan sekadar untuk mendapat sijil, diploma atau ijazah sebagai tiket untuk mereka mengharungi alam pekerjaan.
9) Aspek inilah yang telah menghasilkan graduan - graduan kelas ke3 yang gagal "think out of the box", tidak kompetitif di alam pekerjaan dan lebih malang lagi ada menjadi graduan - graduan yang tidak tahu berterima kasih atau tak bersyukur. Apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi? Sifat kurang ingin tahu dan sifat ingin belajar untuk mendapatkan ilmu kurang diterapkan oleh ibu bapa, ditambah lagi dengan kemelut - kemelut politik yang diterapkan ketika di alam persekolahan lagi dan kelemahan sistem pendidikan sekarang kemungkinan besar adalah punca - puncanya.
10) Banyak yang boleh kita belajar dari kedua - dua buah negara tersebut malah negara Rusia juga difahamkan mengadaptasikan sistem pendidikan baik yang boleh dicontohi oleh kita.
11) Sistem pendidikan atau polisi yang sentiasa berubah juga dipercayai antara penyebab atau penyumbang kelemahan tersebut. Pada hemat saya mungkin masa sudah sampai untuk kita kembali kepada sistem pendidikan yang telah diterapkan sebelum ini.
Politik Melayu
12) Sebenarnya orang Melayu telah di beri "wake up call" pada PRU12 lepas, tetapi malangnya orang Melayu atau UMNO masih lagi leka. Sukar dimengertikan mengapa mereka masih lagi leka, mungkin unsur - unsur politik sempit masih tersemat kukuh dikalangan pemimpin - pemimpin Melayu dan UMNO.
13) Budaya cantas mencantas di kebanyakan bahagian - bahagian UMNO di Selangor dan juga di negeri lain masih kuat belaku. Nampaknya apa yang boleh disimpulkan di sini UMNO dan orang Melayu menuju kehancuran dek disebabkan oleh budaya tersebut.
14) Sifat hasat dengki, tamak haloba, malas, rendah diri, sombong, takut mengambil risiko, budaya kuning dan takut adalah antara penyebab - penyebabnya. Inilah yang membantut perjuangan orang Melayu/UMNO.
15) Pada hemat saya pendidikan dan budaya yang betul harus diterapkan terlebih dahulu sebelum prasarana - prasarana berkelas dunia dibina. Mungkin ada betulnya apa yang dikritik oleh penyokong pembangkang dan ahli politik pembangkang. Apa gunanya jika kita mempunyai prasarana - prasarana tersebut jika pemikiran kita masih dijajah dan di kelas dunia ke3.
16) Mungkin ini salah satu penyebab terhasilnya ahli politik UMNO/Melayu yang seperti katak dibawah tempurung, budaya cantas - mencantas, ahli politik yang gagal "think out of the box", rasuah, pecah amanah dan hiprokrit.
17) Budaya UMNO/Melayu yang berpegang kepada asas nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan yang telah menjadi asas perjuangan kita selama ini seperti telah hilang sama sekali lenyap ditelan zaman dan hanyut dibawa oleh budaya baru ini, budaya UMNO BARU.
18) Ingatlah jika orang Melayu dan UMNO khususnya masih tidak berpijak di bumi yang nyata, Allah akan menutup terus pintu/peluang kita pada PRU13 nanti inilah kuman dan penyakit yang menginggapi orang Melayu sejak dahulu lagi.
No comments:
Post a Comment