1) Artikel ini yang telah dikarang oleh saudara Zaidel Baharuddin untuk The Malaysian Insider sesuai untuk kita renungi bersama, sila baca di sini.
2) Zaid Ibrahim adalah jenis manusia yang akan memberi masaalah kepada sesiapa yang dekat dengan beliau, baik sekutu politik beliau apatah lagi musuh politik beliau. Beliau adalah manusia yang tidak tahu cermin diri sendiri sebelum berkata terhadap orang lain. Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.
3) Sesungguhnya peguam telah diajar untuk melihat hitam dan putih bukan untuk melihat berbagai warna yang terdapat pada pelangi (Sekadar meminjam kata - kata saudara Najieb Mokhtar). Ianya bertambah buruk lagi jika peguam tersebut menjadi ahli politik, contohnya seperti yang berlaku pada Nazri Aziz.
4) Kita boleh bandingkan artikel yang telah ditulis oleh A. Kadir Jasin (sila baca di sini) dengan Zaid Ibrahim (sila baca di sini). Jelas terdapat perbezaan penulisan yang lebih matang oleh A. Kadir Jasin berbanding penulisan Zaid Ibrahim yang merupakan ahli politik yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara.
No comments:
Post a Comment