Monday, January 25, 2010

Mencari Identiti Muzik Malaysia

1) Muzik adalah kurniaan tuhan kepada manusia, muzik boleh merapatkan jurang yang telah renggang dan sebaliknya. Boleh menenangkan hati yang sedang lara, marah, sedih dan pilu hatta boleh menghilangkan mengantuk sekali pun. Malah, ada pepatah orang putih mengatakan "no music no life".

2) Jika Amerika terkenal dengan muzik jazznya, Indonesia dengan keroncongnya, Jamaica dengan reggaenya, Brazil dengan sambanya, Argentina dengan tangonya, Sepanyol dengan flamenconya dan Eropah dengan klasikalnya, bagaimana pula dengan Malaysia? Apakah jati diri muzik Malaysia sebenarnya?

3) Muzik secara dasarnya merupakan salah satu cabang budaya kepada sesuatu bangsa dan negara. Begitulah yang berlaku kepada muzik blues, yang secara asasnya mempunyai banyak pengaruh termasuklah muzik Arab. Ini kerana secara sejarahnya golongan hamba abdi di Amerika berasal dari Barat Afrika dan Utara Afrika yang suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh empayar Islam. Maka secara tidak langsung pengaruh budaya Arab dan muziknya akan meresap kedalam budaya orang kulit hitam tersebut. Begitu juga dengan orang Melayu yang mula memeluk agama Islam pada abad ke12 hasil daripada pengembangan syiar Islam yang dibawa oleh pedagang Arab Islam dan India Islam, maka secara tidak langsung budaya dan pengaruh Arab juga akan meresap kedalam budaya Melayu.

4) Johor merupakan antara negeri di Semenanjung Malaysia yang banyak mempunyai pengaruh Arab (Sekadar pandangan kasar sahaja), malah muzik Ghazal yang popular di daerah Muar dan Batu Pahat mempunyai banyak pengaruh Arab/Parsi, begitu juga dengan Tarian Zapin yang diilhamkan oleh peranakan Arab yang berasal dari Yaman. Manakala tarian Kudang Kepang dan Wayang Kulit Jawa pula mempunyai banyak pengaruh Jawa.

5) Suatu ketika M.Nasir pernah cuba mempelopori muzik Melayu moden yang dinamakan Muzik Nusantara dengan memperkenal elemen - elemen lirik yang penuh penghayatan, teliti, maksud yang begitu mendalam dan mempunyai nilai sastera yang agak tinggi serta lirik berkiasan dengan muzik yang lebih "rugged", bermelodi, susunan muzik yang baik digabungkan dengan alat - alat muzik tradisional ternyata merupakan hasil yang terbaik setakat ini. Sesungguhnya M. Nasir merupakan salah satu mentor saya dalam muzik, malangnya Malaysia tidak seperti Indonesia yang mempunyai ramai artis dan pemuzik baik seperti beliau.

6) Mengapakah perkara ini terjadi? Adakah faktor sekeliling dan "exposure" yang kurang menyebabkan perkara ini terjadi? Adakah artis Malaysia kurang "enthusiasm" untuk menjadi yang terbaik? Kalau kita lihat kembali sejarah kerjaya M.Nasir, Kumpulan Search, Wings, Sweet Charity, Lefthanded dan ramai lagi, kebanyakannya bermula daripada bawah. Sebagai contoh, Kumpulan Search yang berasal dari Johor, datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pemuzik dan pernah bermain di Hard Rock Cafe Taman Tun Dr. Ismail ketika mula - mula bertapak di industri muzik Malaysia, kemudian sedikit demi sedikit menjadi recording artis sehinggalah berjaya seperti sekarang. Pendek kata, mereka ini telah pun minum garam sebelum berjaya.


7) M.Nasir pernah berkata, artis dan pemuzik sekarang tiada "soul". Ini berbeza dengan artis dan pemuzik dahulu dimana karya yang dihasilkan merupakan periuk nasi mereka, jadi karya yang dihasilkan akan lebih "soul". Adakah ini salah satu faktor yang menyebabkan industri muzik kita lesu? Adakah kemampuan alat - alat muzik dan studio yang lebih moden juga menyebabkan kreativiti pemuzik Malaysia terbatas? Adakah sokongan yang kurang dari pihak kerajaan juga antara penyebabnya?

8) Apakah yang harus kita lakukan untuk mengembalikan sinar terhadap industri muzik kita? Mungkinkah kita perlu membudayakan kembali nilai - nilai budaya dahulu yang telah kita tinggalkan?Perlukah kita kembali terapkan nilai pemahaman dan teori muzik yang lebih mendalam terhadap pemuzik - pemuzik dan artis - artis baru?

9) Saya percaya, ramai di luar sana yang berminat untuk menjadi artis dan pemuzik yang berjaya. Lihatlah apa yang berlaku kepada program - program realiti tv seperti Akademi Fantasia yang mendapat sambutan yang baik. Tetapi soalnya sekarang adakah program - program tersebut benar - benar menghasilkan artis - artis dan pemuzik yang baik? Perkara masih menjadi tanda tanya ialah masih tiada seorang pun benar - benar layak menjadi artis/penyanyi yang baik dan berdaya saing serta berdaya tahan dengan kehendak industri muzik keseluruhannya.

10) M. Nasir pernah berkata, artis - artis Malaysia banyak menciplak artis - artis luar terutama sekali dari Barat sehinggakan tiada "originality" dalam karya masing - masing. Tidak seperti artis - artis dan pemuzik Indonesia yang mana kebanyakannya mempunyai nilai - nilai tersendiri yang berbeza dengan yang lain. Malah, saya dapati ramai juga artis - artis Malaysia yang meniru bulat - bulat artis dan pemuzik Indonesia tersebut.

11) Industri muzik yang lesu dengan tahap penjualan album yang rendah mungkin juga antara penyebabnya. Suatu ketika dahulu Kumpulan Search dan Riahan pernah menjual album sehingga sejuta unit (Tidak termasuk jumlah yang telah dicetak rompak), tetapi malangnya penjualan album oleh artis sekarang tidak pun boleh melebihi 20,000 unit. Fenomena yang berlaku ini bukan hanya berlaku terhadap industri muzik Malaysia, malah industri muzik Barat dan dunia juga menghadapi masalah yang sama. Malah syarikat rakaman besar dunia seperti EMI yang suatu ketika dahulu mempunyai ramai artis - artis atau pemuzik besar di bawah naungannya seperti Beatles, Pink Floyd, Queen dan lain - lain juga mendapat tempias oleh teknologi digital seperti teknologi mp3 dan mp4 yang mana video dan lagu boleh dimuat turun secara berleluasa tanpa perlu membayar royalti kepada artis dan syarikat rakaman tersebut.


12) Nampaknya artis sekarang perlu mencari pendekatan baru, baru - baru ini Amy Search pernah mempelopori penjualan lagu secara maya bagi mengikut kehendak industri muzik zaman sekarang. Sesungguhnya ianya merupakan idea yang baik sekali, tetapi saya kurang pasti adakah pendekatan beliau itu benar - benar berjaya.

13) Akhir sekali, marilah kita boleh renung kembali maksud yang ingin disampaikan oleh lagu ini.


14) Sekian.

Sunday, January 24, 2010

Memancing di Port Dickson

Sufian dengan anak buah dia


On the way back


Tekun penuh sabar


Ikan buntal sesat

Ni lah kelong

Ni lah hasil tangkapan kami yang tak seberapa, apa pun better less than none

Ikan gelama




Ni lah ikan yu cicak, very agresive

Berat ikan semilang ni +- sekilo, biggest catches of the night


Ikan semilang, jaga - jaga duri dia sangat bisa






Tu yang pegang joran tu, nama dia Dollah saudara Sufian, dia yang banyak beri tunjuk ajar nak memancing tu..............

Krew - krew memancing aku, depa ni semua expert kecuali aku


Memancing mengajar kita bersabar, suatu pengalaman yang aku pelajari





Pulau - pulau yang berdekatan

Jeti tempat boat parking.

Kelong

Baru - baru ni, aku berpeluang mengikuti office mate aku Sufian pergi memancing kat PD. Ni lah kali ke2 aku dapat pergi memancing, sebelum ni kat Pulau Perhentian masa company trip.

Walaupun sekor saja yang aku dapat (ikan gelama sesat) tapi agak menyeronokkan jugak. 2 jenis umpan yang kami pakai, udang hidup dan perumpun.

Difahamkan, kelong tempat yang kami pancing tu merupakan tempat ikan lalu lalang. Kebanyakannya ikan siakap dan jenahak. Waktu yang sesuai ialah pada pukul 12 malam keatas sebab pada masa itu air akan pasang dan ikan banyak.

Malangnya hasil tangkapan kami amat kurang sekali walaupun baru - baru seorang pemancing telah berjaya menangkap 14 kg ikan kerapu yang berharga +- RM480.00.
Walaubagaimanapun kami akan mencuba sekali lagi memancing di PD, tetapi kali ini dengan menaiki bot pulak, Insyaallah bulan February nanti.

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat



1) Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat malam tadi.

2) Takziah kepada Sultanah Zanariah Alamarhum Tunku Ahmad.

3) Baginda merupakan sultan yang penyayang, kliks di sini, saya percaya ramai rakyat Johor bersetuju dengan pendapat saya.

4) Baginda merupakan Yang di Pertuan Agong yang ke8 pada 15 November 1984 dan dimasyhurkan sebagai sultan Johor pada 11 Mei 1981.

5) Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail akan dimasyhurkan sebagai pemangku raja.

6) Almarhum merupakan cicinda yang putera ketiga Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan merupakan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.

7) Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh baginda.

Thursday, January 14, 2010

Hassan Marican Stay As Petronas CEO & President


1) I'm glad to hear that Hassan Marican contract as Petronas CEO and President extended another 1 year.
2) My point of view is, he is best man for the job, no doubt about it, his track records says that.
3) For more info's please click here.
4) It shows that Prime Minister was very professional in making this decision.

Tuesday, January 12, 2010

Another Court Battle


1) It look like this word ALLAH issue is not going to end yet, to rub further salt into the wound, there is another new court battle between Melanau woman to challenge Home Ministry decision in confiscating 8 cds of Christian religious teaching containing the word ALLAH. Please clicks here for more info's.

2) Probably this is the high time for the government to act more proactively and more firm over this issue as to avoid further public uproar which could even deteriorate our nation image.

3) There is wide crying from the people who requested government to start reviewing in imposing ISA against the real culprits behind the church's arson.

4) But the question is, who is the real culprits? Can anyone prove it that the real culprits is from Muslim people, the authority need to find sufficient evidents and the real culprits before prosecute them. The authority cannot implement their authority blindly as it could increase the damage that has been done already.

5) As a responsible citizen, we need to stay clam and be matured, let the authority exercise it duty.

6) Apparently, this is a real acid test to 1Malaysia concept which need to deal with delicately.

Monday, January 11, 2010

Akhbar Herald-The Catholic Weekly Perlu Gugurkan Tuntutan

1) Akhbar Utusan hari ini dalam berita utamanya telah menyiarkan pandangan Datuk Clarence Bonkos Malakun, sila baca di sini, yang mana pada hemat saya merupakan pandangan ikhlas seorang penganut agama Kristian.

2) Pandangan beliau sepatutnya perlu mendapat perhatian daripada kita kerana pandangan tersebut merupakan pandangan yang keluar dari mulut penganut agama Kristian itu sendiri.

3) Ternyata beliau melihat isu tersebut dari sudut yang menjadi asas pertikaian yang mana jika ianya diberi perhatian mungkin akan dapat menyelesaikan kemelut yang melandakan kita sekarang. Beliau berpendapat pihak Akhbar Herald perlu mengorbankan perasaan ego mereka dengan mengugurkan tuntutan mereka jika benar - benar ingin mencapai keamanan.

4) Saya percaya ini juga merupakan salah satu ajaran dalam agama Kristian iaitu bertoleransi dengan penganut agama lain, malah umat Islam di Semenanjung Malaysia telah lama menggunakan perkataan ALLAH dan pihak Kristian pula bebas menjalankan aktiviti keagamaanya tanpa sebarang masaalah dan gangguan.

Thursday, January 7, 2010

Kalimah Allah

1) Saya menulis topik ini hanya sekadar memberi pandangan saya sebagai seorang Islam yang amat sayangkan agamanya. Ianya bukan bertujuan untuk mencari publisiti atau mencari kesalahan di pihak penganut agama lain mahupun Kristian, ianya sekadar memberi pandangan dari sudut seorang Islam.

2) Polemik yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya kepada orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Apa yang berlaku terhadap Melayu akan memberi kesan kepada Islam kerana Islam dan Melayu di Malaysia amat senonim, ianya dapat disimpulkan di dalam perlembagaan persekutuan melalui artikel 160.

3) Isu terbaru ini ternyata amat merisaukan saya, mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan lunas undang - undang di mana ianya tidak semestinya selari dengan sensitiviti masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Perkara ini haruslah diletak kepada bahu kerajaan, tetapi harus diingat, kerajaan juga tertakluk kepada undang - undang.

4) Inilah akibat dari polisi "give and take" yang amat berleluasa ketika zaman Tun Abdullah dahulu yang telah berlarutan ke zaman DS Najib Razak. Adakah demokrasi atau keterbukaan ini yang dicanangkan ketika era Tun Abdullah dahulu yang kita mahukan sekarang ini. Nampaknya najis yang telah ditinggalkan oleh Tun Abdullah masih belum terhakis, sebaliknya ianya telah berlarutan ke zaman DS Najib Razak sehinggakan daki - dakinya masih berbau lagi.

5) Suatu yang menjadi kemuskilan kepada saya, kenapa pihak majalah Katolik Herald begitu beriya - iya ingin menggunakan nama ALLAH sehinggakan sanggup menghabiskan wang untuk membawa kes ini ke mahkamah. Kalau mereka boleh bertoleransi tentang perkara ini selama ini, kenapa sekarang tidak boleh? Kenapa mesti ditiupkan perasaan sensitif yang selama ini tidak menjadi masaalah pun?

6) Mengapa perkataan TUHAN tidak digunakan sebagai kata ganti GOD? Saya difahamkan majalah tersebut adalah majalah berbahasa Melayu, jadi amat moleklah jika perkataan TUHAN digunakan kerana perkataan ALLAH adalah hak eksklusif agama Islam yang bermaksud tuhan yang esa yang tiada duanya, tiada tiganya, iaitu ALLAH yang satu, dimana ianya bercanggah dengan konsep Trinity agama Kristian, oleh itu, ianya boleh merosakkan akidah umat Islam.

7) Islam adalah agama rasmi Malaysia, jadi sebagai agama rasmi negara Malaysia maka kelebihan tersebut haruslah diberikan kepada Islam selagi ianya tidak mengganggu agama lain.

8) Jadi mengapa kita harus menjolok sarang tebuan jika hanya sekadar untuk "berseronok" jika dapat menggunakan perkataan ALLAH.

9) Ingatlah, setiap tujuan yang tidak baik akan diakhiri dengan keputusan yang tidak baik jua.

10) Saya percaya, agama Kristian juga mengajar umatnya bertoleransi dengan agama lain, jadi oleh itu, saya amat berharap pihak majalah Herald dapat mempertimbangkan kesan isu ini terhadap negara, menang sorak kampung tergadai, adakah ini akan berlaku kepada negara Malaysia.