Sunday, February 21, 2010

Dato' Nasir


1) Mungkin blog PEJUN suara hati anda boleh membantu kita agar lebih mengenali Dato' Nasir Safar.

2) Inilah yang berlaku kepada sesiapa yang berani mempertahankan kebenaran tentang sejarah Tanah Melayu dan mempertahankan ketuanan Melayu di dalam tanah air sendiri, beliau haruslah berani dicop sebagai rasis atau di dakwa dalam akta hasutan, hatta hilang jawatan sekali pun, klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

3) Dari maklumat yang saya dapat, sebenarnya Dato' Nasir tidak pula mengeluarkan kenyataan tersebut seperti yang diwar - warkan. Hasil dari pengamatan saya isu tersebut sengaja disensasikan oleh Malaysiakini, lalu menjadi isu hangat yang diperdebatkan hinggakan beberapa parti komponen BN terutama sekali MIC yang mendesak Dato' Nasir agar meletak jawatan dan memohon maaf.

4) Anehnya beberapa laporan polis terhadap Dato' Nasir telah dibuat di luar kawasan negeri Melaka, laporan itu pula telah dibuat oleh beberapa individu yang tidak diketahui motifnya.

5) Selama ini Dato' Nasir telah melakukan beberapa siri ceramah di serata negara dan tidak timbul pun masalah tersebut, malah siri ceramah tersebut juga dihadiri oleh beberapa wakil daripada parti komponen BN yang lain.

6) Malah, tidak dapat dipastikan terdapat beberapa wakil dari parti - parti komponen BN yang keluar dari dewan ketika soal jawab tersebut.

7) Inilah yang berlaku kepada orang Melayu yang perlu menagih simpati dari bangsa lain di tahah air sendiri. Haruskah kita perlu memohon kebenaran dari bangsa lain jika hendak bercakap tentang ketuanan bangsa sendiri? Kalau orang Cina dan India boleh mendakwa sesiapa saja yang mereka sukai, tidak bolehkah kita orang Melayu juga melakukan perkara yang sama?

8) Dalam konteks ini PM haruslah tegas dalam mempertahankannya, kerana PM merupakan President UMNO, parti yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu. Kalau PM sendiri gagal dalam melaksanakannya maka PM juga gagal menjadi pemimpin yang adil terhadap negara dan bangsanya sendiri.


No comments:

Post a Comment