2) Ternyata badai tsunami tersebut amat kuat sekali sehinggakan membuat aku terduduk, aduh pedihnya aku rasa.
3) Tsunami tersebut adalah manifestasi kemarahan Tuhan terhadapku yang selama ini melupaiNya, melupai sahabat - sahabat yang sentiasa berada di sampingku ketika senangku mahupun ketika susahku dan serta ahli keluargaku yang sentiasa sayangkan aku walau seburuk mana sekalipun aku ini.
4) Sesungguhnya aku memang layak dilanda badai tersebut. Aku sudah buntu dalam mencari jalan untuk lari dari badai tersebut, apakah yang harus aku lakukan? Adakah harus aku menempuh badai tsunami tersebut atau haruskah aku lari darinya. Apakah yang harus aku lakukan untuk kebiakan diriku dan semua orang di sekelilingku.
5) Selama ini aku begitu ego sekali, bongkak, riak dan terlupa bahawa sebenarnya aku bodoh dan buta hati. Sehinggalah dilanda oleh badai tsunami ini barulah aku tersedar dari lamunanku. Tetapi ianya sudah terlambat, badai yang melanda telah merosakkan segala - galanya, telah merosakkan jambatan yang telah aku bina selama ini, telah merosakkan rumah yang aku bina selama, telah merosakkan persahabatan yang aku bina selama ini dan sebuah institusi yang telah terbina selama ini. Semuanya kerana aku, aku yang telah merosakkan segala - galanya.
6) Oleh itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada sesiapa sahaja yang berasa tersinggung, kecewa, terkilan dan marah dengan sikap aku selama ini.
7) Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan dan petunjuk agar aku terus kuat dalam mengharungi badai ini, aku sudah tiada tempat lain lagi selain dari Engkau untuk aku memohon pertolongan. "Sudah terhantuk baru nak tengadah" mungkin inilah peribahasa yang sesuai dengan diriku ini.
8) Sesungguhnya pengalaman ini terlalu amat berharga dan pedih sekali hinggakan aku yakin ianya akan tersemat kukuh dalam sanubariku hingga keakhir hayatku.
9) Aku berharap ianya akan berakhir secepat yang mungkin agar aku dapat membuka lembaran baru dalam hidupku. Sudah pasti pengalaman ini akan menjadi asas atau sempadan bagiku untuk mengharungi cabaran seterusnya.
10) Aku amat berharap sahabatku yang setia pada ketika susahku mahupun ketika senangku tidak pergi jauh meninggalkan daku, dan tidak lupa juga keluargaku yang tersayang. Aku berjanji dengan sepenuh jiwa dan ragaku melawan badai tersebut. Ya Tuhan, Engkau berkatikanlah perjuanganku ini.
11) Sekian.
Salam buat mu..
ReplyDeleteDuhai teman terharu hati ini bila membaca luahan hatimu..jelas terbayang seribu kekesalan yang timbul dlm dirimu selepas "tsunami" melanda..tetapi teman..jangan lekas patah semangat kerana " Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada tuhan..kerana percayalah bahawa allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenang, pujian mahupun cercaan...Apapun syukur kerana masih ada rasa kesedaran dlam dirimu juga drpda dirimu terus hanyut dgn keseronokan syurga dunia...Izinkan saya berkongsi beberapa prinsip yg saya rasa boleh dijadikan sebagai pegangan hidup..Bukan untk menyatakan yg diri ini adalah terbaik ttp segala prinsip ini saya dapati hasil dari apa yg saya pelajari dan juga kesilapan2 yang tlh saya lakukan....
1. Sebagai anak yang saya pelajari..." Seorg anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak.Jangan sesekali mungkiri kasih kedua-dua ibu bapa yg telah tua, nanti anak2 akan dewasa dan mungkiri kasih kita pula."
2. Setelah bergelar isteri yang saya pelajari..
" Biar sekaya mana pun kemewahan yang diberi oleh suami, biar sebanyak mana pun duit yang ditaburi oleh suami..sebagai seorang isteri tiada lain yang lebih bermakna apabila dipimpin dan dibimbing oleh suami menjadi seorang isteri yang solehah,dilimpahi dgn penuh kasih dan sayang dan diberikan zuriat yang cantik dan soleh sbagai hadiah sebuah ikatan yang suci..kerana sesungguhnya...hubungan kita dgn allah memberi kesan langsung trhadap hubungan isteri dgn suami..Buat sisuami..baikilah hubungan dgn allah untuk memperbaiki hubungan dgn isteri..jangan hanya sekadar mengharap ketaatan seorng isteri sekiranya sisuami sendiri gagal untuk mentaati allah sebagai hambanya....
3. Setelaha bergelar seorang ibu..." Biar secerdik mana pun anak itu telah dididik, biar setinggi mana pun ilmu yang telah diberi pada sianak, biar setinggi mana pun pangkat si anak dlam pekerjaannya..biar secantik mana pun suami/isteri yang sianak kahwini..naluri sbagai seorang ibu tiada yg lbih berharga bila sibu sentiasa didahulukan,sentiasa dingati,sentiasa dihubungi walau sianak jauh beribu batu ,dan dijaga oleh sianak sehingga sang ibu menutup mata...krana biar sedalm mana pun luka dihati si ibu demi untuk kebahagian anak sang ibu snggup korbankan...
4. Prinsip sebagai seorang sahabat.." jgn memandang rendah dlm sebuah persahabatan kerana walau sehebat mana pun diri kita tetap kita tidak mampu untk melangkah tanpa seorang sahabat..dan untk menjadi sahabat yg setia adalah sahabat yang dapat mendgrkan lagu didlm hatimu dan dan akn menyanyikan kembali tatkala kamu lupa akan bait-baitnya...
cubalah saudara fahami dan dalami setiap baris prinsip yg saya coretkan disni...
sebagai pengakhir kata...hadapilah ujian hidup ini dengan mencari maksud disebalik setiap takdir takdir allah..jangan menilaikan sesuatu perhubungan berdasarkan pada keindahan dan keasyikan mata melihat kecantikan rupa paras dari luaran kerana kecantikan itulah yang akan membuat kita mudah terpesong...dan hargailah setiap waktu dan saat kita bersama ibu/ayah...