Saturday, February 13, 2010

M.V. Agusta, Proton & DAN

M.V. AGUSTA DAN PROTON

1) Isu penjualan saham M.V. Agusta oleh pengurusan Proton terdahulu kembali diperkatakan, klik di sini untuk penerangan lebih lanjut, malah turut Tun M kembali memperkatakan isu ini, sila klik di sini.

2) Nampak gayanya sejarah seperti membuktikan keputusan menjualkan saham M.V. Agusta adalah keputusan yang salah dan tidak tepat oleh pengurusan Proton terdahulu. Dato' Azlan yang merupakan pengerusi Proton terdahulu yang bertanggungjawab dalam penjualan saham M.V. Agusta harus bertanggungjawab terhadap kesilapan bodoh tersebut.

3) Beliau yang berlatar belakangkan perakaunan ternyata merupakan seorang yang tidak layak menjadi orang pengerusi syarikat berteknologi tinggi dalam bidang automotif. Pandangan sempit beliau yang hanya melihat dari sudut untung rugi ternyata telah menyebabkan kerugian yang sangat banyak kepada Proton.


4) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga adalah orang yang harus bertanggungjawab membiarkan perkara tersebut berlaku. Ternyata beliau yang sudah bodoh mendapat nasihat bodoh daripada penasihat bodoh beliau, maka hasilnya adalah keputusan amat bodoh.

5) Inilah akibatnya apabila negara mendapat pemimpin yang tidak bijak dalam mengurus dan memimpin negara dan ekonomi, maka akibatnya negara yang rugi. Negara sudah banyak ketinggalan di pentas ekonomi dunia sejak beliau menjadi PM, terlalu banyak najis - najis Pak Lah yang harus dicuci oleh Dato' Seri Najib, termasuklah dalam soal politik yang melanda negara ketika ini.

DAN

6) Baru - baru ini difahamkan syarikat Berjaya Corporation ingin memohon kepada kerajaan agar melonggarkan syarat DAN yang menghalang sebarang pembuat kereta luar dari membina kilang pembuatan kereta yang berkapasiti enjin yang kurang dari 1.8 liter. Sila klik di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

7) Difahamkan syarikat Berjaya Corporation dengan BYD Auto Company Limited ingin bekerjasama membina kilang pemasangan kereta keluaran negara China yang berkapasiti kurang dari 1.8 liter untuk dipasarkan di dalam negara ini.

6) Saya berharap kerajaan agar menutup telinganya terhadap rayuan tersebut. DAN ditubuhkan untuk melindungi industri automotif negara sambil bertujuan untuk mengembangkan industri automotif negara agar berdaya tahan serta maju seperti industri automotif negara - negara maju lain, ianya juga bertujuan untuk melindungi pembuat kereta nasional seperti Proton dan Perodua.

7) Ini bukannya soal dapat menjual kereta yang lebih murah di pasaran tempatan tetapi lebih untuk melindungi industri automotif negara dimana telah terbukti negera China mampu menghasilkan kereta yang murah walaupun belum terbukti lagi mampu menghasilkan kualiti yang baik.

8) Jadi nasihat saya kepada Berjaya Corporation (walaupun tidak layak untuk nasihat) agar jangan buang masa dan tenaga dari meneruskan usaha tersebut kerana kesannya mungkin buruk kepada industri industri automotif tempatan dimana Berjaya mungkin pula meraih keuntungan yang tinggi hasil dari laibiliti orang lain.

9) Kepada kerajaan, jadilah kerajaan yang mementingkan kepentingan semua orang bukannya hanya melihat kepentingan golongan tertentu sahaja. Barulah kerajaan akan dilihat oleh rakyat sebagai sebuah kerajaan yang "walk the talk" seiring dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN bukannya macam kerajaan pimpinan Pak Lah dahulu dan PKR yang hanya "talk the talk".

No comments:

Post a Comment