Monday, December 27, 2010

Akhir Teka - Teki Telah Dijawab

1) Teka teki tentang perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO negeri telah pun dijawab apabila setiausaha agung UMNO Tengku Adnan telah mengumumkan perlantikan semula pengerusi badan perhubungan UMNO negeri, sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

2) Ianya akan berkuat kuasa mulai 1hb Januari 2011. Datuk Paduka Ahmad Bashah yang merupakan timbalan pengerusi UMNO negeri sebelum ini telah dinaikkan pangkat menjadi pengerusi, manakala Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula telah dilantik menjadi timbalan.

3) Begitu juga bagi negeri Terengganu, dimana Datuk Ahmad Said yang merupakan timbalan pengerusi juga telah dinaikkan pangkat menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

4) Pulau Pinang juga mendapat pengerusi baru iaitu Dato' Zainal Abidin yang sebelum ini merupakan timbalan pengerusi menggantikan Datuk Zahid Hamidi.

5) Manakala negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan kekal dengan pengerusi sekarang iaitu Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

6) Adakah dengan rombakan ini akan memberi impak kepada UMNO dan khususnya BN?, tidaklah kita ketahui sehingga PRU13 nanti. Harap yang dipilih akan terus bekerja kuat lagi bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO/BN, manakala yang tidak terpilih dan digugurkan tidak berpaling tadah. Inilah masa untuk mengukur kejujuran dan ketaatan anda sebagai ahli UMNO yang setia.   

No comments:

Post a Comment