1) Sesungguhnya janji Allah itu benar dan nyata. Allah tidak akan sesekali memungkiri janji, benarlah apa yang dikatakan "sesungguhnya doa orang teraniaya itu akan dimakbulkan oleh Allah". Melihat dari kontek ini boleh disimpulkan terdapat beberapa petunjuk telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita, samaada disedari atau pun tidak.
2) Melihat beberapa perkara yang tidak putus - putus terjadi terhadap DSAI selama ini termasuklah isu terbaru beliau yang telah didedahkan oleh wikileaks baru - baru ini tidak menggemparkan sama sekali. Terpulanglah kepada kita samaada hendak menilainya secara mendalam atau tidak.
3) Ianya seperti tiada kesudahan. Soalnya di sini, adakah kita dan DSAI sedar mengenainya? Kepada orang tertentu, mereka mungkin tidak nampak atau mungkin buat - buat tidak nampak, mungkin pemikiran mereka telah dihijab dari segala bentuk kebenaran, Wallahualam.
4) Tidak perlulah dinyatakan di sini, apakah bentuknya atau contoh yang telah dan sedang ditunjukkan oleh Allah itu, aku rasa para pembaca yang budiman tahu mengenainya.
5) Moralnya di sini, janganlah memandang enteng janji Allah itu, kerana janji Allah itu benar.
No comments:
Post a Comment