1) Aku bersetuju dengan pandangan Kassim Ahmad tentang, Islam membenarkan pluralisme agama, sila klik di sini. Tetapi pada aku, kita tidak boleh mengambil bulat - bulat pendekatan tersebut dalam membenarkan pluralisme agama ini. Pendekatan ini boleh diambil dengan mengambil kira masa, suasana dan keadaan sesuatu tempat tersebut agar ianya tidak berlaku sebarang kemusnahan atau masalah. Ini penting bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan oleh penganut agama lain dan juga umat Islam Malaysia sendiri. Janganlah hanya kerana politik kita akan berbalah sesama sendiri sehingga agama Islam pula yang mendapat calar dan dipandang serong oleh penganut agama lain.
2) Dalam kontek hubungan antara agama Islam dengan agama lain di Malaysia ini, mungkin konsep pluralisme ini boleh dipakai memandangkan terdapat perbezaan yang jelas antara Islam dengan agama lain. Malah rakyat Malaysia sejak sebelum merdeka lagi sudah dapat menerima konsep pluralisme antara Islam dengan agama lain ini.
3) Secara umumnya majoriti rakyat Malaysia adalah bermazhab Syafie. Mazhab Syafie pula tergolong di dalam mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah yang terdiri dari beberapa mazhab lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali. Manakala mazhab Syiah tidak tergolong dari mazhab ini, ini kerana terdapat perbezaan yang ketara antara mazhab Syiah dengan mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah.
4) Dalam kontek perbezaan antara Syiah dan Al-Sunnah inilah aku berpendapat untuk tidak besetuju dengan konsep plurasrisme ini. Bukanlah aku hendak menidakkan kepercayaan pengikut - pengikut mazhab Syiah ini, kerana pada aku mereka ini masih mengucap dua kalimah syahadah dan masih beriman kepada Allah yang maha Esa. Malah aku tiada kuasa serta kemampuan ilmiah untuk membincangkan perbezaan kedua - dua mazhab ini.
5) Malah Dr. Asri juga tidak bersetuju dengan pandangan mazhab Syiah, sila klik di sini, beliau telah menjelaskan pandangan Syiah dari sudut sejarah, pandangannya mengapa dan bagaimana Syiah telah terpisah dari Al-Sunnah Wal Jamaah. Tetapi anehnya, kenapa Dr. Asri dan Marina Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan beberapa pengikut Syiah di Gombak baru - baru ini? Pandangan mereka telah dinyatakan melalui blog Syed Akbar Ali, sila klik di sini. Manakala pandangan Marina Mahathir pula telah dijelaskan oleh beliau melalui kolumnis dari akhbar harian The Star.
6) Aku mengambil pendirian yang berbeza daripada mereka, kerana aku melihat Islam dari sudut yang lebih prakmatik dan dinamik. Aku berpendapat jika kita harus memotong tangan untuk menyelamatkan nyawa, maka hukumnya harus. Perpaduan dalam Islam adalah lebih mustahak berbanding pluralisme, soalnya di sini, adakah perlu untuk kita mempertahankan pluralisme dengan mengorbankan perpaduan dalam Islam?
7) Seperti yang Dr. Asri nyatakan di dalam blognya, beliau berpendapat Al-Sunnah Wal Jamaah adalah lebih sederhana dalam beberapa hal berbanding Syiah. Jelas di sini, apa yang ingin beliau nyatakan bahawa Syiah adalah bersifat lebih ekstrem berbanding Al-Sunnah Wal Jamaah, di mana konsep kesederhanaan juga merupakan konsep yang diperjuangkan oleh Islam. Jadi tidak perlulah Dr. Asri melaung - laungkan dalam media menuduh kerajaan Malaysia menuju era Talibanisasi sedangkan beliau sendiri tidak bersetuju dengan Syiah. Tidakkah beliau lupa tentang konsep perpaduan dalam Islam, mengapa harus kita korbankan perpaduan yang sudah lama terjalin di dalam negara hanya untuk kebebasan mengamalkan apa yang mereka yakin. Apakah pendekatan mengubat lebih baik daripada pendekatan mencegah?
8) Jelas di sini, Syiah lebih mementingkan konsep kepimpinan melalui warisan manakala Al-Sunnah Wal Jamaah pula mementingkan penguasaan melalui konsep kepimpinan, atau pun dalam bahasa yang lebih mudah "demokrasi" atau pun "syura", dimana ketika ini Malaysia masih dan sedang melaksanakannya tidak seperti yang dilaksanakan oleh puak Taliban.
No comments:
Post a Comment