Sunday, March 7, 2010

Dilemma Melayu

1) Dasar ekonomi baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 oleh pemerintahan Tun Abdul Razak dahulu telah pun mencapai usia 39 tahun.

2) Secara kasarnya kita boleh melihat hasilnya ketika ini. Dasar yang diperkenalkan ini bertujuan untuk:
  • Mengurang dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang - peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
  • Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
3) Perlaksanaan DEB adalah berdasar kriteria di atas setelah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum mencapai kemuncaknya pada 13 Mei 1969. DEB dilancarkan ketika BN masih masih lagi terluka dek oleh tragedi 13 Mei.

4) Soalan saya disini, setelah 39 tahun dasar DEB dilaksanakan adakah kaum Bumiputera atau Melayu benar - benar berjaya memanfaatkan dasar tersebut? Pada saya, tidak sepenuhnya.

5) Orang Melayu masih lagi terlena dan leka dengan buaian yang kerajaan selama - lamanya akan membantu mereka. Harus diingat, kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu sekarang tidak selama - lamanya akan dapat mempertahankan orang Melayu. Bila sampai masanya kelak, kerajaan akan terpaksanya membuka ruang seluas - luasnya kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dalam merebut peluang yang disediakan. Malah ketika ini sudah terdapat suara - suara yang menuntut kerajaan agar membuka ruang tersebut.

6) Orang Melayu masih lagi terlena walaupun loceng "wake-up call" telah dibunyikan. Terlena bersama mimpi - mimpi indah tanpa disedari maruah dan martabat dan hak yang bathil pun sedang disedut sedikit demi sedikit oleh bangsa lain sehinggalah bangsa Melayu akan menjadi pengemis di tanah air sendiri.

7) Malah kegagalan DEB untuk mencapai sasaran yang disasarkan sebelum ini banyak disebabkan oleh faktor - faktor yang di luar kawalan kerajaan, contohnya:
  • Tindakan pihak - pihak tertentu yang memberi pendapat dan tafsiran negatif terhadap DEB
  • Penyalahgunaan dan penyelewengan oleh orang Melayu sendiri
  • Sikap usahawan - usahawan Melayu
  • "Distribution channel" yang masih dikuasai oleh bukan Bumiputera
  • Pembentukan golongan kapitalis Melayu yang merencatkan pembangunan ekonomi orang Melayu
8) Adakah orang Melayu terlalu manja? Adakah orang Melayu mudah lupa? Tetapi jika dilihat sejarah tamadun di Tanah Melayu, tidak pernah berlaku masalah kebuluran, malah sejarah kejatuhan negeri - negeri diTanah Melayu pun banyak disebabkan oleh kelemahan bangsa Melayu itu sendiri. Lihatlah sejarah kejatuhan Pulau Pinang kepada British dan sejarah kejatuhan Perak kepada British hasil daripada perjanjian Pangkor yang berlaku pada 1874. Semuanya disebabkan oleh kebijaksanaan British dalam permainan politiknya yang licik tanpa perlu menghunus senjata untuk menguasai negeri - negeri di Tanah Melayu ketika itu.

9) Tetapi malangnya orang Melayu ketika ini seperti sudah lupa tentang sejarah Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing ketika dahulu. Kononnya terdapat satu golongan Melayu liberal yang menentang ketuanan Melayu yang bersependapat dengan bangsa - bangsa lain tentang "level playing field". Tetapi jika dihalusi, golongan ini adalah merupakan golongan yang telah disebutkan di atas dipanggil sebagai golongan kapitalis Melayu yang merencatkan pembangunan orang Melayu itu sendiri. Golongan Melayu ini adalah golongan yang tamak, buta sejarah, yang pentingkan diri sendiri malah golongan ini boleh dianggap sebagai penyangak dan pembelot bangsa.

10) Betapa lemahnya bangsa Melayu ketika ini, sudah terdapat banyak pertubuhan - pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangankan hak - hak orang Melayu telah ditubuhkan ketika ini. Terpanggil oleh saya, apa yang berlaku pada UMNO yang selama ini menjadi wadah perjuangan orang Melayu selama ini. Dimanakah suara pemuda UMNO? Sepatutnya pemuda UMNO haruslah kehadapan dalam soal mempertahankan bangsa Melayu, pemuda harus menjadi medium perjuangan bangsa Melayu seperti yang pernah dilaksanakan oleh Dato' Harun ketika menjadi ketua pemuda UMNO dahulu. Malah suara pemuda ketika itu akan diberi perhatian oleh president UMNO. Salah satu sebab hilangnya taring UMNO adalah kerana pemuda UMNO gagal kehadapan dalam soal - soal perjuangan bangsa. Sebab itu bangsa - bangsa lain sudah berani menuntut hak - hak orang Melayu, kononnya apa yang berlaku sekarang disebabkan oleh pembahagian kek ekonomi yang tidak adil terhadap golongan bukan Bumiputera, malah ia dianggap diskriminasi terhadap golongan bukan Bumiputera.

11) Jadi dek oleh tuntutan tersebut, terdapat beberapa pemimpin Melayu menjadi apologetik sehinggakan tuntutan - tuntutan golongan bukan Bumiputera tersebut dipenuhi yang akhirnya melukai hati golongan Bumiputera, malah lebih buruk lagi hak - hak orang Melayu dirampas lalu diberi kepada golongan bukan Bumiputera tersebut. Perbuatan ini dilakukan oleh golongan pemimpin apologetik Melayu tersebut yang cuba menjadi juara atau menjadi pemimpin popular murahan.

12) Malah terdapat pemimpin UMNO yang memohon maaf atas perbuatan mencium keris yang pada firasat saya ianya langsung tidak "offending" mana - mana bangsa pun. Ini kerana keris itu merupakan simbol kekuatan bangsa Melayu, jadi pada pandangan saya, mencium keris itu tidak perlu menjadi isu.

13) Inilah yang berlaku kepada orang Melayu ketika ini, lebih buruk lagi agama Islam yang selama ini menjadi agama rasmi Malaysia juga berhadapan cabaran dari golongan tertentu yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan martabat agama Islam dengan riaknya membawa tuntutan mereka ke mahkamah agar dapat dibenarkan mengguna kalimah Allah dalam majalah bahasa Melayu Katolik Herald. Kenapa ini berlaku, ianya disebabkan orang Melayu ketika ini lemah dan mudah diperkotak katikkan oleh bangsa lain sehingga maruah dan kesucian agama Islam juga berhadapan bahaya.

14) Apakah yang menyebabkan orang Melayu diperlakukan sebegini rupa? Orang Melayu sering berfikiran secara linear, akibatnya mereka sering gagal menganalisa sesuatu perkara itu disebaliknya. Akibatnya mereka sering bertindak secara membuta tuli dalam sesuatu hal yang berlaku, mereka akan gagal dalam mengambil peluang yang tersedia hasil dari isu yang timbul jika mereka berfikiran linear atau gagal berfikir disebaliknya. Pemikiran ini dipanggil sebagai pemikiran lateral.

15) Sebagai contoh perlaksanaan dasar kerajaan Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir:

Pemikiran Konvensional

Pemikiran Lateral

Waktu Semenanjung Malaysia biar berbeza

Waktu Semenanjung Malaysia biar sama

Projek kerajaan, kerajaanlah yang tanggung

Projek kerajaan biar ditanggung bersama oleh sector swasta

Pandang ke Barat sahaja kerana Barat sahaja yang baik

Pandang ke Timur kerana Timur lagi baik

Kerajaan dikendalikan oleh “mesin taip”

Kerajaan dikendalikan secara elektronik (electronic government)

Perdagangan harus dilakukan secara lama

Perdagangan harus dilakukan dalam bentuk e-commerce atau e-service


* Bagi Dr. Mahathir tiada sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilakukan. Beliau menggunakan teknik berfikir kreatif yang cukup popular yang berupa pertanyaan : mengapa tidak?

16) Inilah salah satu sikap atau pemikiran yang masih membelengu orang Melayu. Orang Melayu "can't afford to wait another wake-up call" kerana jika ianya berlaku sekali lagi itu akan menjadi suatu malapetaka besar yang akan memberi kesan buruk selama - lamanya terhadap bangsa Melayu.

17) Bangsa Cina sebagai contoh adalah merupakan bangsa yang survival, bangsa Cina banyak berhijrah kepulauan Melayu ketika kurun ke19 hingga tahun 1949, faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku ialah disebabkan berlakunya peperangan dan kebuluran di Tanah Besar China. Bangsa Cina yang sampai ke Tanah Melayu ketika itu mempunyai keinginan tinggi untuk mengubah nasib dan mempunyai genetik yang matang dan "resistant" terhadap cabaran dan mempunyai kemampuan untuk adaptasi terhadap suasana atau "environment" yang mereka hadapi.

18) Mungkin orang Melayu perlu berhijrah ketanah asing untuk menghasilkan genetik Melayu yang resistant atau berdaya maju. Malah terdapat orang Melayu yang berjaya di negara asing, ada dikalangan mereka ini yang langsung tidak mendapat bantuan atau subsidi dari kerajaan. Mereka ini "has learn through the hardship they have gone through" di negara asing ini.

No comments:

Post a Comment