Monday, March 29, 2010

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS

1) Aku menyambut baik keputusan PAS mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS, sila klik di sini.

2) Ini kerana, UMNO/BN amat memerlukan Nik Aziz dalam menarik sokongan orang Melayu kepada UMNO/BN serta menarik sokongan penyokong PAS untuk membantu UMNO/BN ketika pilihanraya umum nanti.

3) Justeru, aku ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz dan PAS kerana telah membuat satu keputusan yang amat tepat sekali.

4) Peluang yang telah disediakan ini, harus digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN bagi mengeploitasikan isu - isu terbaru yang bakal disediakan oleh Nik Aziz yang suka melatah ini, beliau akan mengeluarkan pandangan bodoh yang tidak boleh diajar yang akhirnya akan memberi impak maksima kepada PAS.

5) Memandangkan penyakit nyanyuk beliau sudah semakin kronik, setiap kenyataan nyanyuk beliau  akan pasti memberi kesan yang besar kepada PAS yang majoritinya terdiri dari kalangan penyokong fanatik yang telah dididik dengan fahaman ekstrem serta penuh hipokrit Islam ala PAS.

6) PAS yang mengamalkan pendekatan Islam plastik atau Islam kosmetik harus berasa bangga dengan keputusan ini. Sudah pasti penyokong beliau akan bersembahyang kesyukuran atas keputusan tersebut.

7) Manakala golongan Erdogan balaci Anwar Ibrahim dalam PAS akan turut bersorak gembira dengan penuh sumbang kerana suara sumbang mereka akan terus didengari melalui Nik Aziz yang nyanyuk ini. Manakala bos mereka, saudara Anwar Ibrahim akan berjoget gumbira kerana masih terdapat lagi balaci - balaci yang boleh diperkudakan dalam PAS.     

No comments:

Post a Comment