Tuesday, March 30, 2010

Hadi Awang

1) Aku nak tergelak dengan kenyataan Hadi Awang mengenai Nik Aziz yang kekal sebagai mursyidul am PAS.

2) Kenyataan beliau berbunyi "Dalam Islam, isu mengejar jawatan tidak timbul sama sekali. Mereka yang tidak meminta diberikan jawatan harus diberikan jawatan," kata Hadi Awang.

3) Aku tak bersetuju sama sekali dengan pandangan beliau ini. Pada aku, kalau Nik Aziz sudah tidak berminat lagi dengan jawatan tersebut atau jawatan tersebut sudah menjadi beban kepada beliau kerana faktor usia. Maka PAS haruslah mencari tokoh lain yang mungkin lebih muda dan berminat untuk mengisi jawatan tersebut, malah adalah tidak adil kepada Nik Aziz untuk meneruskan tugas beliau sebagai mursyidul am PAS kerana ia mungkin akan menambah dosa beliau jika masih mengekalkan jawatan tersebut.

4) Beliau sudah uzur dan nyanyuk, PAS perlu memberi peluang untuk beliau meneruskan sisa - sisa hidup beliau dengan aman tanpa perlu melakukan perbuatan - perbuatan yang tidak diingini lagi. Beliau harus diberi peluang tersebut kerana waktu sudah terlalu amat suntuk. Masakan tidak, beliau sudah acap kali tidak hadir mesyuarat kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, ditambah lagi masalah - masalah kerajaan PAS Kelantan pimpinan beliau yang ketika ini banyak dibalut dengan isu - isu nepotism, kronisma dan corruption yang dicetuskan oleh anak - anak menantu dan kenalan - kenalan rapat beliau.

5) Aku ingin bertanya kepada Hadi Awang, adakah ajaran Islam membenarkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin walaupun kesihatan beliau tidak membenarkan dan sudah tidak berminat lagi dengan jawatan tersebut? Jika beliau terus dibenarkan meneruskan tugasan tersebut beliau akan gagal melaksanakan amanah dan tuntutan sebagai seorang pemimpin, apakah hukum dalam Islam kepada seseorang pemimpin tersebut jika beliau gagal melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin? Perlukah majlis syura mempunyai mursyidul am jika ia sudah boleh berfungsi tanpanya?

6) Mungkin PAS amat terdesak sehinggakan perlu mengekalkan Nik Aziz sebagai patung mursyidul am kerana dipercayai pengaruh beliau masih lagi kuat dalam PAS, kononnya Nik Aziz itu merupakan ikon PAS. Mungkin ikon PAS ini diperlukan untuk terus melakukan aktiviti memusnahkan parti dari dalam, bertindak sebagai virus.

7) Oleh itu, aku amat bersetuju dengan keputusan PAS tersebut.

No comments:

Post a Comment