2) Ingatlah kejayaan yang diberi bukan kejayaan yang kekal atau abadi. Pada aku, kalau kita berjaya dalam segala lapangan yang diceburi, ia sepatutnya lebih membuatkan kita tunduk kepada yang Esa. Malangnya perkara sebaliknya yang terjadi. Sebagai contoh, ahli saintis yang berjaya menganalisis zat dan sifat Tuhan yang Esa dengan mempelajari bagaimana setiap kejadian berlaku di alam ini. Sepatutnya mereka harus lebih tunduk serta tawaduk terhadap Tuhan tetapi perkara sebaliknya yang berlaku, mereka menjadi begitu angkuh serta sombong sehinggakan terdapat di kalangan mereka yang akidahnya serta imannya sudah berkecai.
3) Nasib yang melanda golongan saintis ini sudah menjalar di kalangan orang Melayu.Kejayaan ekonomi dan pendidikan yang dicapai telah membuatkan mereka berasa bijak atau lebih pandai dari orang lain, lalu membuatkan pandangan orang di sekeliling tidak diendahkan atau gagal sama sekali dalam memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam setiap aspek perbincangan jauh sekali perdebatan.
4) Adakah orang Melayu secara genetiknya atau secara sifatnya sejak azali lagi mempunyai sifat yang macam ini? Dipercayai budaya malas membaca membuatkan mereka gagal dalam memahami erti sebuah kejayaan serta lupa asal usul. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Tun Dr. M, MELAYU MUDAH LUPA.
5) Malah Tun Ghazalie Shaffie pernah berkata, orang kita lebih suka mendengar atau mempercayai perkara yang mereka suka dengar. Kenyataan yang sering kali merupakan kebenaran amat sukar didengar jauh sekali dipertimbangkan.
6) Tun Dr. M juga pernah berkata, "once we became top leader, people surround us tend to pass a good news, a bad news which is reflect the true situation is very hard for that leader to come by". Inilah yang berlaku kepada Pak Lah, beliau telah dibutakan oleh orang - orang di sekeliling beliau, dibutakan oleh anak menantu beliau dan orang yang terdekat dengan sahabat handai serta keluarga terdekat beliau.
7) Ditambah dengan sifat bongkak serta sombong beliau yang lupa tentang asal usul anak bangsa sendiri, malah beliau telah dibutakan oleh sifat sombong dan bongkak tadi sehinggakan tidak sedar yang kejayaan beliau menjadi pemimpin nombor 1 negara atas kerana simpati dan kepercayaan rakyat terhadap beliau. Tetapi bila rakyat dapati mereka telah membuat pilihan yang salah, maka beliau telah disedarkan kembali oleh rakyat hanya melalui sekeping kertas undi dan sebatang pensil.
8) Sepatutnya tempoh 4 tahun yang diberi oleh rakyat harus digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk melaksanakan mandat yang diberi oleh rakyat. Tetapi malangnya, beliau telah sebaliknya mengkayakan anak menantu beliau. Tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin negara dilupakan.
9) Adakah sifat ini suatu sifat yang tersemat kukuh dalam sanubari orang Melayu atau secara genetiknya orang Melayu memang bersikap sedemikian? Ingatlah setiap kejayaan, kekalahan, kemusnahan, kekecewaan, kesedihan, keseronokan dan lain - lain hanyalah ujian Tuhan.
10) Kejayaan yang dikecapi boleh ditarik balik dalam sekelip mata sahaja.