Saturday, January 22, 2011

Kita

Utusan Malaysia melapurkan;

DAP suatu hari akan sedar - Zaid

 
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA


shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyifatkan pakatan pembangkang hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan ke mana sekiranya masih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua parti itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau juga yakin bahawa DAP pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang tidak mempunyai hala tuju sekiranya masih diterajui oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.


"DAP pun pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang pimpinan Anwar tidak akan ke mana-mana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang berkata, Zaid akan menempuh satu perjalanan yang sukar melalui partinya, KITA dalam mendapatkan sokongan rakyat setelah keluar dari pakatan pembangkang.


Karpal berkata, Zaid perlu menerima realiti politik di mana bukan mudah untuknya bergerak secara bersendirian bagi membina dan mendapatkan sokongan rakyat ke atas parti barunya itu.


KITA diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lalu. KITA pada asalnya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) namun Muktamar Agung Tahunan AKIM pada 15 Disember lalu menyaksikan pertukaran nama itu serta melantik Zaid sebagai ketuanya.


Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau mengakui buat permulaan ini, KITA akan melalui perjalanan yang sukar terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi saya yakin rakyat mahu memilih parti yang dapat mengemukakan cadangan yang membina serta menyediakan calon terbaik untuk berkhidmat kepada mereka. Bukannya sebuah parti yang hanya mahu berperang dan tiada hala tuju," tegasnya.


My view;

DAP akan terus menyokong Anwar Ibrahim [AI] & PKR selagi mereka masih boleh dipergunakan. Sokongan akan berubah jika AI & PKR mengambil pendirian sebaliknya. Sokongan yang diberikan oleh DAP bukan yang berbentuk sealiran dalam pendirian politik tetapi lebih kepada sokongan untuk memancing undi. Jelas ia adalah berbentuk tidak kekal dan berpaksikan ketidak ikhlasan. PAS juga telah membuat kesilapan besar dengan menyertai Pakatan, malah PAS telah hilang sayap dan suaranya dalam Pakatan. Hanya kerana kebenciannya terhadap UMNO/BN, PAS sanggup mengambil pendekatan yang jelas melanggari pendirian politiknya. Jelaslah di sini, PAS adalah parti politik hipokrit yang berpaksikan kebencian dalam idealogi politiknya.

No comments:

Post a Comment