1) Tiada pemimpin yang akan kekal selama - lamanya sebagai pemimpin dalam dunia politik demokrasi ketika ini. Sejauh mana baik pemimpin itu, bila sampai masanya beliau akan tetap jatuh jua akhirnya. Malah Tun Dr. Mahathir pun tidak terlepas dari qada dan qadar ini.
2) Aku berpendapat Nik Aziz sudah jauh tersimpang sebagai seorang pemimpin yang berakhlak mulia. Beliau sudah menjadi terlalu riak, sudah buta untuk membeza antara yang haq dan batil dek oleh kebencian yang amat sangat terhadap UMNO dan juga disebabkan oleh kefanatikan pengikut PAS terhadap beliau.
3) Ketiga - tiga elemen di atas boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan PAS. Malah keputusan - keputusan beliau dalam membuat kenyataan melulu serta ditambah lagi dengan tafsiran - tafsiran hukum agama berdasarkan selera politik beliau juga boleh memberi kelebihan kepada BN/UMNO pada PRU13 nanti. Atas sandaran inilah, aku memohon kepada semua blogger pro kerajaan supaya menyokong Nik Aziz kekal sebagai menteri besar Kelantan kerana UMNO/BN memerlukan beliau untuk menawan Kelantan pada PRU13 nanti.
4) Sedikit sebanyak rakyat Kelantan pasti muak dengan isu - isu nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran beliau, termasuklah isu perlantikan menantu beliau sebagai CEO anak syarikat kerajaan Kelantan, isu pergi menunaikan haji atas sumbangan kontraktor yang sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri serta isu pemberian konsesi balak kepada syarikat asing yang berpengkalan di Singapura.
5) Akhirnya rakyat Kelantan yang akan menentukan samaada beliau layak untuk terus memimpin negeri Kelantan atau PAS layak untuk terus menjadi parti pemerintah negeri Kelantan. Harus dingat, tiada siapa yang maksum hatta ulama sekali pun. Bila kita diberi kemewahan, kuasa dan ilmu, kita akan diuji dengan perasaan riak dan takbur, akhirnya kita akan terpesong. Minda kita akan dihijab oleh perasaan riak dan takbur tersebut, lalu menilai sesuatu perkara tersebut secara melulu tanpa dapat melihat sesuatu perkara tersebut secara menyeluruh, dinamik dan lebih praktikal. Lebih malang lagi, perkara yang jelas termaktub hukumnya akan diselewengkan bagi memenuhi tuntutan selera politik kita.
6) Berdasarkan analogi yang dijelaskan di atas, aku dapati Nik Aziz telah dan sedang menuju kearah itu. Hanya mereka yang pemikirannya tidak dihijabkan dan berlapang dada akan dapat melihat dan dapat berfikir tentang senario tersebut. Bagi mereka yang pemikirannya memang telah dihijabkan pula, pasti sukar untuk membuat penilaian tersebut.
7) Inilah polemik yang melanda orang Melayu, mereka sering melihat sesuatu perkara tersebut dari kulitnya bukannya dari isinya. Mungkin disebabkan orang Melayu adalah bangsa yang malas berfikir, kesannya orang Melayu sering membuat keputusan dan perhitungan yang salah yang akhirnya akan memberi kesan kepada orang Melayu kelak. Ditambah lagi dengan dunia tanpa sempadan (globalisasi) dan kemudahan teknologi maklumat yang mampu membawa maklumat terus menyelusuk kedalam pemikiran kita tanpa tapisan dan sekatan secara mobile, bakal menuntut seseorang supaya mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengkajinya, berlapang dada dan sentiasa melihat dari semua sudut termasuklah dari arah yang bertentangan.
8) Penyakit amnesia, inertia, arrogance dan delusion yang sering melanda orang yang dah lama memegang tampuk pemerintahan seperti yang telah diingatkan oleh PM kepada UMNO/BN nampaknya juga telah melanda Nik Aziz.
Nama Nik Aziz sudah tidak seharum dulu di mana beliau pernah disegani oleh kawan dan lawan. Malahan nama Nik Aziz kini telah lebih kepada menjadi bahan tertawa. Agak lewat utk mencerminkan diri sekarang.
ReplyDeleteDah nyanyuk tapi tak mengaku.
ReplyDeleteMeluat
Orang tua gila, meluat sungguh.
ReplyDeleteUtusan Malaysia telah melaporkan spt berikut,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm. Atas sebab inilah Nik Aziz harus kekal menjadi pemimpin PAS & kekal MB Kelantan sehingga beliau mati.
ReplyDelete